Hari ni makan tengah hari di Restoran Ani Sup Utara Bandar Baru Bangi. Cawangan Ani Sup Utara ni terletak di Seksyen 9 dan bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bandar Baru Bangi. Ani Sup Utara ni merupakan salah satu restoran yang semakin berkembang di Malaysia.
Para pelanggan dapat merasai 2 jenis aneka sup dimana ianya disediakan dalam bentuk alakat dan set yang dihidangkan bersama nasi putih, telur masin, timun, dan sambal belacan. Bila dah belek-belek menu, aku order la set sup tulang dengan air yang dah macam wajib pulak aku order sekarang ni iaitu, teh O ais limau. Tak tahu la macam mana rupanya sup tulang kat Ani Sup Utara ni kan.
Daripada rupa boleh dikatakan agak menarik jugak sup tulang ni. Tapi dari segi rasanya boleh la dikatakan biasa-biasa sahaja sebab bagi aku kuah supnya agak cair.
Macam yang dikatakan tadi, set sup ni didatangkan sekali dengan nasi putih semangkuk, telur masin separuh, timun sepotong, dan sambal belacan. Kira cukup la untuk mengenyangkan aku yang bukan la mempunyai nafsu makan yang agak buas.
Bagi mereka yang menggemari makanan berasaskan sup, boleh la datang ke Restoran Ani Sup Utara ni yang sememangnya menyediakan menu utama makanan sup.
Pernah makan Ani Sup Utara di Kota Damansara, mengecewakan lah. Sup soto sejuk. Nasi pon tak berapa. Mungkin sebab dah petang kot…Tak fancy sangat restoran ni! Hahaha
A’ah la mummy… Masa mula-mula makan kat ani sup utara ni memang tak sedap pun.. Biasa-biasa je…
antara yang terbaikk nihhh!!!
Kalau penggemar sup, memang terbaik.
kat banting ada ani sup utara ni..sekarang ni aku tak pasti ada lagi ke tak. mak aku kata macam dah tutup..
Mungkin diorang ni tak mampu nak bersaing dengan peniaga2 melayu yg terdapat dekat banting tu…
Ani sop mmg banyak cawangan…pernah singgah kat J.J lama dah..
Bila cuaca panas hari ni, sup memang menu yang terbaik. Cuma kena pilih sup mana saja yang kena dengan tekak ni.
Layan menghirup sup ini. Jangan sampai ada yag pesan sudahlah. 🙂
Memang layanpun hirup sup ni kalau panas2. Tapi pengsan ke bro kalau hirup sup?
Kalau yang ada masalah kolestrol boleh tumbang, 🙂
Nasib la aku takda masalah kolestrol ni. Tapi kalau ambik sup yang tak berlemak mungkin tiada masalah kot bro…