• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / G-Shock / G-Shock DW-5030C-1ER 30th Anniversary Resist Black

G-Shock DW-5030C-1ER 30th Anniversary Resist Black

By Hazmin Hamudin | 20 November 2014 | 18 Comments

DW-5030C-1ER 30th Anniversary

Kali ni aku nak berkongsi tentang satu lagi jam G-Shock yang berada dalam koleksi bagi menggantikan jam G-Shock yang telah hancur sebelum ni. Jam yang aku maksudkan ialah G-Shock DW-5030C-1ER 30th Anniversary yang telah aku perolehi pada bulan Jun yang lepas. Tapi baru sekarang berkesempatan nak buat review pasal jam ni. Walaupun hajat awal macam nak menyambar model GW5000, tapi akhirnya terpaksa ditukar ekoran harganya di luar kemampuan.

Beginilah rupa kotak bagi model G-Shock DW-5030C-1ER 30th Anniversary dengan logo 30th anniversary yang membezakan dengan model yang lain. Sudah semestinya model ni adalah keluaran terhad.

DW-5030C-1ER 30th Anniversary

Beginilah rupa jam G-Shock DW-5030C-1ER 30th Anniversary. Nampak seperti biasa-biasa saja dan tiada keistimewaan apa-apa pun. Tanggapan macam tu selalunya untuk orang yang tidak tahu mengenai jam G-Shock. Nampak macam jam murah je kan.

Tapi apabila dilihat dari dekat, terdapat beberapa kelainan seperti antara muka yang bercorak batu bata dan perkataan PROJECT TEAM ‘Tough’.

DW-5030C-1ER 30th Anniversary

Model 30th Anniversary ni juga memiliki push button yang menarik. Warnanya seakan-akan warna copper.  Band retainer juga di cap dengan 3 bintang dengan tulisan ‘since 1983’ mengembalikan semula nostalgia lama awal-awal pembabitan Casio dalam dunia jam juga dibuat dalam warna copper yang unik dan menarik.

DW-5030C-1ER 30th Anniversary

 

Tak lengkap kalau tak ada gambar belakang jam. Model ini datang dengan screwback. Memang dah lama aku nak cuba kelainan menggunakan model screwback ni. Memang sedikit berat apabila pertama kali memakainya. Walaupun dalam keluarga DW dan seakan-akan model 5600 tapi module yang dipakai berlainan iaitu module 3421. Tertera juga cetakan lambang 30th anniversary lakaran Eric Haze dan yang paling bestnya model ni dibuat di Jepun.

Kesimpulannya memang aku puas hati dapat sambar model keluaran terhad ni sempena 30th Anniversary G-Shock. Dapat pulak beli dengan harga murah daripada harga yang dijual oleh pengedar sah iaitu RM899. Kalau ada duit lebih memang aku nak sambar model GW5000 pulak sebagai koleksi. Tapi harganya yang mencecah sehingga RM1000 membuatkan aku berfikir banyak kali. Mana tahu ada rezeki lebih nantikan.

TECHNICAL SPECIFICATIONS

  • Model: DW-5030C-1ER
  • Shock Resistant
  • 200 Meter Water Resistant
  • EL Backlight with Afterglow
  • Multi-function Alarm
  • Hourly Time Signal
  • Flash Alert
  • 1/100 second stopwatch
  • Measuring capacity: 00’00″00-59’59″99 (for the first 60 minutes)
  • 1:00’00”-23:59’59” (after 60 minutes)
  • Measuring Unit: 1/100 second (for the first 60 minutes)
  • 1 second (after 60 minutes)
  • Measuring mode: elapsed time, split time, 1st-2nd place times
  • Countdown Timer
  • Measuring unit: 1 second
  • Countdown range: 24 hours
  • Countdown start time setting range: 1 second to 24 hours (1-second increments, 1-minute increments and 1-hour increments)
  • Other: Auto-repeat function
  • Full Auto Calendar (pre-programmed until the year 2099)
  • 12/24 Hour Formats
  • Accuracy: +/- 15 seconds per month
  • Battery CR2016
  • Approx. battery life: 2 years
  • Module 3421
  • Size of case/total weight
  • DW5030C 48.9 x 42.8 x 13.5mm / 83g
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Helmi Aliarit 2 April 2015 at 4:15 PM

    Collector ke bro? Cantik jam ni.

    Saya ada dua G-Shock, pakai lasak pun tiada masalah. 🙂

    Reply
  • Naim 3 March 2015 at 10:21 PM

    Sedang mencari jam untuk hantaran, tp hmm.. boleh tahan jugak jam ni. Macam best..

    Thanks atas review.

    Reply
  • Syahril Hafiz 27 February 2015 at 11:21 PM

    Jam tangan lasak memang harga power sikit. Janji puas hati ..Teringin G Shock dari dulu lagi, tapi belum sampai seru. lebih tertarik dengan smartwatch..nak tunggu Pebble Time pulak ni..hihi

    Reply
  • Dja@Sishaza 19 February 2015 at 5:26 PM

    Wah menarik, berkenan untuk dijadikan hadiah Mr Hubby… tapi harganya, aduhai tak mampulah huhuhu

    Reply
  • Mrs. A 27 November 2014 at 4:51 PM

    Kurang menghayati jam cenggini nampak macam sama jer… tapi kotak dia cantik.

    Reply
  • LydSunshine 27 November 2014 at 4:25 PM

    cantiknya jam ni… telan airliur je la akak tgk. Tak mampu nak beli ni.

    Reply
  • Mohd Shubhi 26 November 2014 at 3:54 PM

    Tak pernah lagi beli G-Shock ni. Pernah tengok masa mula-mula dia perkenalkan dalam pasaran dulu saja. Masa tu masih murah, kurang RM200 semuanya

    Reply
  • Miracle Vitamins 26 November 2014 at 8:19 AM

    Suami saya pun memang menggemaro G-shock ni

    Reply
  • ajumohit 25 November 2014 at 7:54 AM

    baru semangat nak bekerja kan, dapat pula harga murah dari biasa, memang berbaloi

    Reply
  • JAWATAN KOSONG KERAJAAN & SWASTA 25 November 2014 at 12:28 AM

    Wah dapat harga atas syiling tu..tahniah bro..

    Reply
  • blogger lelaki 21 November 2014 at 9:39 PM

    jam legend nie..masa kecik2 memang menjadi kegilaan nie..hu3

    Reply
  • Kakiblog 21 November 2014 at 10:28 AM

    jam yang mahal memberi imej seseorang itu jenis mementingkan masa..

    Reply
  • gp 21 November 2014 at 10:25 AM

    Aku x berapa sangat jam digital ni. Tak reti nak tengok sebab x nampak masa tu bergerak

    Reply
  • yui 21 November 2014 at 9:31 AM

    sronok ada jam bru gnti yg lama ea..huhu

    Reply
  • akubiomed 21 November 2014 at 9:02 AM

    Boleh tahan harganya tetapi bagi yang hardcore tidak menjadi masalah. 🙂

    Reply
  • daddyziyyad 20 November 2014 at 4:03 PM

    Aku peminat G- Shock…pernah ada G- Shock….tapi lepas tu hilang…Dah bertahun tahun pakai brand lain….rasa nak beli G Shock lepas baca entry ni bro…cuma kena study balik model2 nya..dah lama tinggalkan..:P

    Reply
  • anies 20 November 2014 at 2:58 PM

    lawa oooo

    Reply
  • JR 20 November 2014 at 11:17 AM

    Saya dah dekat 8 tahun tak pakai jam tangan, masa bergantung 100% dengan jam henset atau jam kereta, hehehehe…

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Macam Mana Nak Guna Twitter

By Hazmin Hamudin

Aksi Pelik Penculik, Mangsa Diarah Jilat Kaki Penculik

By Hazmin Hamudin

Keputusan Malaysia vs Lubnan (Lebanon) Kelayakan Olimpik | 23 Jun 2011

By Hazmin Hamudin

Mawi Dan Ekin Dapat Anak Perempuan

By Hazmin Hamudin

Gunung Berapi Lokon Di Sulawesi Indonesia Meletus

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in