Sekarang ni kenapa la mood untuk berblogging tersangat la MALAS. Penat dicari ke mana menghilangnya mood, tapi tak jugak jumpa. Blackberry dah ada, iPad 2 pun dah ada, tinggal nak taip entri je. Tapi mood untuk berblogging tu tetap tak timbul-timbul jugak. Apa ingat mood tu barang ke nak bagi timbul.
Kalau sebelum ni bukan main lagi sasaran setiap hari sekurang-kurangnya satu entri. Tapi semuanya hampeh… Habuk je yang tinggal dalam blog ni… Perangai MALAS ditambah pulak dengan takda mood nak update entri, maka ni la hasilnya. Angka Alexa rank tu pun dah semakin meningkat naik menunjukkan petanda yang tidak baik. Adeh… Target nak bawah sejuta dah tercapai, jangan la Alexa rank tu cecah sejuta balik.
MALAS memang musuh no 1 aku setakat ni. Silalah hindari malas dalam diri anda semua. Tiba-tiba ada pulak pesanan penaja di situ. Hahaha… Harap bulan dua memberi semangat dekat aku untuk terus berblog dan mencoretkan segala macam cerita. Cukup la bebelan setakat ini, buat masa dan ketika ini. Jangan biarkan blog anda diselubungi habuk…
Lelaki Masa Depan
– Posted using BlogPress from my iPad
Tidak kerap kemas kini pun tak apa jangan tinggal terus.
Tu la bro.. Sekali dah jadi blogger, memang tak boleh dipisahkan dengan blog dah…
aku pon selagu gak dalam keadaan mcm tu, tp aku tetap pastikan yang aku x leh lewat update entry melebihi 5 hari atau seminggu
ok la tu… ada gak updete dalam seminggu tu kn.. mcm aku ape pun tak.. ikut mood je..