• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Perempuan Mengamuk Kereta Dilanggar

Perempuan Mengamuk Kereta Dilanggar

By Hazmin Hamudin | 16 July 2014 | 11 Comments

Wanita Mengamuk Kereta Dilanggar Di Kuantan

Kecoh di media sosial apabila video perempuan mengamuk kerana keretanya dilanggar oleh seorang lelaki berumur menjadi kutukan oleh semua pengguna media sosial. Seharian menghabiskan cuti umum di luar, bila balik dan buka Facebook, dipaparkan pulak dengan berita yang sebegini sensasi.

Apa yang menarik perhatian aku ialah kerana yang mengamuk itu adalah seorang perempuan bertudung yang sepatutnya memaparkan ciri-ciri seorang muslimah yang sopan santun secara zahirnya. Tapi sebaliknya pulak yang berlaku apabila menonton video tersebut. Benarlah kata orang, tak boleh menilai seseorang itu dari luarannya sahajakan.

Dikatakan kejadian tersebut berlaku di Kuantan. Hanya kerana kereta dilanggar dari belakang oleh seorang pakcik yang dah berumur, perempuan tersebut telah hilang pertimbangan diri dan mengamuk sakan di tengah-tengah jalan raya. Kajadian tersebut diperhatikan oleh orang ramai yang berada disekitar. Malah amukan tersebut berjaya dirakamkan oleh orang yang menyaksiakan kejadian tersebut. Bagi aku, memang sangat memalukan.

Perempuan tersebut keluar dari kereta dan menyerang pakcik tersebut sambil memegang steering lock. Bagi aku memang satu kesilapan besarlah. Dah macam gengster la pulak aku tengok perempuan ni. Antara amukan yang telah dilontarkan kepada pakcik tu termasuk “Ini kereta barulah bodoh!” sambil menghentak steering lock dekat kereta pakcik tu. Dah la ko tuntut duit ganti rugi, lepas tu sesedap rasa ko jahanamkan kereta pakcik tu pulak. Memang tak patut betul.

Kerana calar sikit je pun abis ko jatuhkan maruah ko sebagai perempuan bertudung. Bukan maruah ko je tercemar, rasanya semua perempuan bertudung turut dapat tempias. Nama melayu jugak yang busuk dekat mata kaum lain. Serius takda adab kalau macam ni lah perangai yang ditunjuk. Benda boleh bincang baik-baik. Parking kereta dekat tepi supaya tak menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Pakcik tu pun aku tengok boleh je bawak bincang elok-elok.

Patutnya perempuan tu bersyukur kerana tidak melibatkan sebarang nyawa. Keretapun calar sikit je. Kemalanganpun memang tak boleh nak dielak dah. Benda dah jadi. Cuma kesal dengan sikap dan tindakan perempuan tu yang menggunakan steering lock. Itu sudah biadab dan tidak sepatutnya berlaku. Pandangan korang pulak macam mana?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Fiza Rahman 16 July 2014 at 2:49 PM

    Saya baru jer tgk video ni tadi. Memang buat malu kaum lah. Kesian kat uncle tu. Tapi lagi kesian kat pompuan ni sebab diaibkan dilaman sosial. Hidup kita ni bukan niperhatikan olehNYA sahaja, tapi diperhatikan oleh org sekeliling. Adab dan pertuturan kena jaga. Kalau silap memang jadi bahan rakaman macam ni lah.

    Reply
  • gadisBunga 16 July 2014 at 2:02 PM

    mmm…

    sebenarnya saya ada pandangan tersendiri bila tengok video ni. tapi saya tak setuju la kalau benda ni panjang-panjangkan, dikorek digali lagi.

    semoga dia amik pengajaran…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 July 2014 at 2:25 PM

      Saya pun takda la sampai gali segala detail berkenaan beliau. Namapun tidak dinyatakan siap dan gambarpun masih lagi kabur. Cuma beri pandangan apa yang beliau buat tu tak elokkan GB. Hehe

      Reply
  • Myra Jay 16 July 2014 at 11:39 AM

    Bila perasaan marah menguasai diri, terlupa diri seketika..
    Mudah2an kita dijauhkan dari sifat amarah ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 July 2014 at 2:32 PM

      Itulah, moga dijauhkan jugakkan.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 16 July 2014 at 10:25 AM

    Bingai punya perempuan. Kalau kereta kena langgar, insurans boleh bayarkan. Tapi kalau dah dia sendiri sengaja pergi ketuk kereta orang lain, silap-silap boleh ”see you in court la”.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 July 2014 at 2:31 PM

      Itulah. Kalau ye pun marah janganlah sampai ketuk kereta orang tu kan.

      Reply
  • akubiomed 16 July 2014 at 10:17 AM

    Hari ini hari dia, esok-esok hari kita pula. Hmm..bimbang dapat aib seperti ini di masa hadapan. Minta-minta dijauhkan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 July 2014 at 2:31 PM

      Moga tak terjadi dekat diri sendirikan.

      Reply
  • Hans 16 July 2014 at 5:55 AM

    memang serius biadap
    kut yer marah pun jaga lah adab sebagai muslimah
    dan sebenarnya benda boleh settle
    pergi jer balai polis
    ini melalak2 macam tu
    aku yg lelaki tengok pun rasa malu gila
    tak tahu lah wanita2 yang tengok
    berganda2 malunya rasa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 July 2014 at 2:30 PM

      Sepatutnya boleh diselesaikan secara baikkan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menduduki Peperiksaan SPM 2011

By Hazmin Hamudin

Banjir Kilat Sebabkan Kesesakan Teruk Di Lembah Klang

By Hazmin Hamudin

Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Ana Dahlia dan Chef Riz

By Hazmin Hamudin

SKMM Perlu Disiplinkan Penulis Blog

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in