• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi

Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin | 29 October 2012 | 23 Comments

Restoran Miyagi Bangi 1

Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi. Kalau korang ada layan rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) dekat TV3 mesti tahu restoran ni. Kuat betul penangan rancangan JJCM sampai aku dan keluarga pergi redah makan dekat Restoran Miyagi yang terletak di Bandar Baru Bangi ni pulak. Restoran Miyagi adalah restoran yang menghidangkan makanan Jepun dan terasa seperti berada di restoran Jepun yang sebenar. Dengarnya Restoran Miyagi ni dibuka oleh pasangan yang berasal dari Jepun.

Restoran Miyagi Bangi 2Suasana dalamannya memang terasa seperti berada di restoran Jepun, siap dipasang dengan meja, kerusi, hiasan dan sushi bar Jepun, semuanya dalam stail kayu jati. Cuma bagi aku restoran ni terasa sedikit sempit dengan susun atur mejanya. Kalau full house memang terasa sedikit rimas dengan suasana yang agak bising.

Entri kali aku harap korang dapatlah menikmati hidangan-hidangan gambar makanan dekat Restoran Miyagi Bandar Baru Bangi ni. Aku nak cerita banyak pasal makanan Jepun ni pun memang tak pandai. Nama makanan pun memang tak tahu dan tak hafal langsung. Korang ambiklah bau gambar ni ye. Hehe. Kali ni saja nak bagi korang meleleh air liur tengok makanan Jepun ni. Malas aku nak membebel banyak-banyak.Restoran Miyagi Bangi 3

Nama menu dekat Restoran Jepun ni memang aku tak boleh nak ingat semua termasuklah menu sayur terung ni. Memang tak ingat apa nama menu ni dalam bahasa Jepun. Hehe.. Failed betul aku nak buat review pasal Restoran Jepun ni. Tergeliat lidah nak sebut nama menu dia satu-satu.Restoran Miyagi Bangi 4

Kalau pergi Restoran yang menghidangkan makanan Jepun memang tak sah kalau tak order udang tempura ni. Udang yang digunakan memang besar. Memang aku cadangkan korang order udang tempura ni kalau datang dekat sini.Restoran Miyagi Bangi 5

Ayam yang digoreng dengan tepung. Sangat rangup dan sedap. Tak ingat jugak nama menu ayam ni. Hehe. Tahu makan je sampai abis.Restoran Miyagi Bangi 6

Ni pulak sotong goreng yang disalut dengan tepung. Pun aku tak ingat nama menu ni. Memang Failed nak menghafal. Sesuka hati aku je bagi nama sotong goreng tepungkan. Haha..Restoran Miyagi Bangi 7

Califonia Maki ni adalah salah satu menu special roll yang terdapat di Restoran Miyagi ni. Ingatkan saiznya kecik je, sekali bila sampai memang besar rupanya Califonia Maki ni. Kenyang jugak kalau yang jenis tak kuat makan tu kan. Menu ni adik ipar aku yang order.Restoran Miyagi Bangi 8

Set Salmon Teppanyaki ni mak aku yang order. Memang lengkap menu ni dengan buah-buahan dan miso sup. Aku try makan sikit memang sedap. Kalau datang lagi memang aku nak order yang ni.

Restoran Miyagi Bangi 9Yang ni adalah makanan yang aku order, Yakinikujyu Tei ataupun Beef on Rice Set. Terbelit jugak lidah nak sebut nama menu yang aku order ni kan. Portion macam yang korang nampak memang banyak dan mengenyangkan. Cuma bawang dekat nasi tu banyak sangat. Dah macam makan nasi bawang pulak aku rasa.

Kesimpulannya, walaupun harga menu dekat Resotaran Miyagi Bandar Baru Bangi ni agak mahal, tapi dengan kuantiti dan makanan didatangkan bersama set buah-buahan dan juga sup rasanya agak berbaloi juga bagi aku. Memang menngenyangkan makan dekat sini. Kalau korang nak rasa sendiri kenikmatan masakan Jepun ni boleh la cuba singgah ke Restoran Miyagi ni.

Alamat:

RESTORAN JEPUN MIYAGI
Lot 24, Ground Floor & First Floor,
Medan PB1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.

Tel: (6)03 – 8926 3533
Fax: (6)03 – 8926 2952

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • CutiMalaysia 15 May 2013 at 12:25 AM

    restorannya bukak malam jer kot yer..setiap kali lalu time lunch time asyik tutup jer..ingatkan not in the bisnes dah..

    Reply
  • zaidzain 2 May 2013 at 2:16 PM

    salam. nak tanya, apa status kehalalan restoran miyagi ni ya?

    Reply
  • zairy 18 December 2012 at 12:26 PM

    satu perkara yang rakyat bukan islam kena betul -betul faham madsud “halal”. Kebayakan mereka yang bukan islam faham ialah selagi bukan babi adalah halal. Ini memang sangat tidak betul. Ayam pun kena disembelih cara Islam baru halal. APa yang menyedihkan umat islam sendiri sekarang pun main belasah selagi bukan babi…

    Reply
  • nur fiatilisma bt ismail 7 December 2012 at 3:23 PM

    nakbooking dl ke..nape call restoran x dpt yer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 December 2012 at 3:40 PM

      Tak payah booking pun boleh jugak.. Saya pergi walk in je.

      Reply
  • gamep01nt 1 November 2012 at 6:43 AM

    peh gua pnah g sini. bang lu kena try itu set daging kambing!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 November 2012 at 11:41 AM

      Set daging kambing lagi sedap ke? Tunggu kalau aku repeat lagi aku try itu kambing pulak.

      Reply
      • gamep01nt 1 November 2012 at 11:49 AM

        sodap laa. kalau x sodap xde gua rekemen. tp klu x leh mkn kambing jgn la makan.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 1 November 2012 at 12:27 PM

          Kambing memang kegemaran gua.. Mesti try nanti.. Nyesal tak order hari tu. Ingat tak sedap..

          Reply
  • lieyalatif 30 October 2012 at 2:47 PM

    alaa suke2!!! kebetulan nak terjah miyagi ….leh jadikan panduan nie….lieya pun suke sushi…selalu terjah sushi king ngan sushi zanmai jek….lepas ni harus try miyagi plak…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 October 2012 at 10:38 AM

      lieya peminat sushi la ni ye.. Kena terjah miyagi pulak lepas ni..

      Reply
  • akubiomed 30 October 2012 at 1:06 PM

    Boleh terjah apabila balik Bangi nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 October 2012 at 10:37 AM

      Kena terjah ni bro.. Tapi bab harga mahal sikit la..

      Reply
  • Melastik Bintang 30 October 2012 at 1:01 PM

    menarik juga..tapi jauhlah pulak..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 October 2012 at 10:36 AM

      Bro duduk dekat mana ni? Rugi la pulakkan. Hehe

      Reply
  • pokok manggis depan rumah 30 October 2012 at 10:25 AM

    Nak pegi cuba juga la ni. Macam manarik..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 October 2012 at 10:36 AM

      Boleh la cuba.. Lepas tu boleh buat review jugakkan..

      Reply
  • Mummy Akmar 30 October 2012 at 8:45 AM

    Pagi-pagi tengok menu camni betul2 buat orang terliur. Dah lah tengah ON diet. Hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:08 AM

      Makanan jepun makan ok lagi mummy… Menyihatkan lagi… Tapi kena makan sushi la…

      Reply
  • Mummy Akmar 30 October 2012 at 8:44 AM

    Ya Allah..hazmin. Sedap betul tengok japanese food ni. Mummy ni meminatinya! Paling best kalau dapat buffet jap food. Masa di KL dulu selalu betul makan buffet jap food di saisaki Bangunan UOA sebab situ office saya. Lepas abis kerja terus buffet disitu. Segala macam jenis tempura sayur and seafood ada disitu, dim sum, sushi, california rolls…cakap jelah semua ada. Semua ada. Sedapnyer! Kat sini susah lah nak pergi selain sushi king yang ala ala tu je. Jap Restaurant tak confident nak makan halal ke tak pon tak sure. Mostly cater for chinese people je. OMG…nakkkkkkkkkkkkkkkk! Hehehe…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:07 AM

      Memang peminat Japanese food mummy ni.. Saya tak berapa sgt makanan jepun..tapi kalau teppanyaki tu saya layan la…memang saja je bagi orang terliur tengok entri ni..

      Reply
  • boni kacak 30 October 2012 at 5:30 AM

    wah…memang nampak sangat2 menarik la.. ruangan dalaman dia pun sempoi..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:05 AM

      Memang rasa jepun abis makan dekat sini.. Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Perlawanan Malaysia vs Singapura 23 Julai 2011 | Pusingan Pertama

By Hazmin Hamudin

Rojak Ayam NZ Garden Cafe Jalan Ampang

By Hazmin Hamudin

Travelog Penang | Nasi Kandar Kampung Melayu Air Hitam

By Hazmin Hamudin

Majlis Perkahwinan Salih Yaacob dan Samihah Sheikh Ali @ Emi

By Hazmin Hamudin

Terima Kasih Solar Time The Mines

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in