• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke?

Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke?

By Hazmin Hamudin | 12 September 2012 | 12 Comments

Penyampai Radio

Sekarang Ni Musim Artis Jadi Penyampai Radio Ke? Sekarang ni dah jadi macam satu trend pulak di mana kebanyakan stesen-stesen radio berebut-rebut untuk mendapatkan khidmat artis untuk menjadi penyampai radio di stesen mereka. Tak kiralah sama ada pelakon ataupun pelawak, mana selebriti yang dirasakan cukup popular dan boleh bagi keuntungan dekat diorang ni, abis semua diorang sapu bersih.

Tujuan stesen radio ni tak lain dan tak bukan adalah untuk mengejar rating yang tinggi bagi menjadi stesen radio no satu di Malaysia. Soal pengisian yang berfaedah serta ilmu yang bermanfaat kepada pendengar diketepikan dan diletakkan no dua. Ni yang terbaru di katakan Zizan Raja Lawak pula akan menjadi penyampai di radio Era FM selepas pelakon Aaron Aziz berbuat demikian.

Pelawak dan pelakon Zizan Abdul Razak memberitahu masih mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyampai radio Era FM yang dibuat oleh pihak pengurusan stesen itu. – mStar Online

Pelakon kacak Aaron Aziz dilaporkan mengembangkan lagi bakat seninya dengan menjadi penyampai radio Era FM. Aaron bakal mengendalikan segmen Doktor Cinta ditemani seorang lagi penyampai radio iaitu Shac.  – Murai

Rasanya stesen radio sekarang ni yang sepatutnya menjadi medium untuk menyampaikan maklumat yang berfaedah kepada pendengar telah bertukar menjadi seperti stesen radio lawak. Nak buat lawak tak salah, tetapi janganlah sampai syok sendiri, terjerit-jerit, buat lawak bodoh, langsung takda pengetahuan am sampai kita yang dengar naik menyampah. Akhirnya, stesen radio yang membuat lawak bodoh itulah yang menjadi pilihan pendengar. Maka, berjayalah sasaran mereka untuk mendapat rating paling tinggi.

Sebaik-baiknya kita ini hendaklah mengurangkan ketawa kerana ketawa berlebihan tak elok, betul tak? Ketawa berlebihan tanda lalai dan jahil. Ketawa seorang ilmuwan (atau ulama) akan hilang ilmunya, hilang wibawanya, turun martabatnya jika ketawa berlebihan. Ketawa seorang jahil akan bertambah keras hatinya, perasaannya.

Apa pendapat korang pulak. Adakah stesen radio sekarang ni berjaya menjadi medium maklumat kepada pendengar atau hanya sekadar menguntungkan sebelah pihak sahaja? Inilah hakikatnya sekarang ni apabila nilai komersil lebih diutamakan daripada kualiti yang diperolehi oleh pendengar.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • cairill 16 September 2012 at 10:42 PM

    Buat masa ni mmg saingan mmg sengit untuk stesen radio terutamanya untuk slot pagi, sebabnya masa tu la ramai yg buka radio terutamanya yg tgh drive, bila dah sangkut dlm jammed, maka radio yg peneman. Membawa masuk artis popular adalah satu cara yg plg mudah untuk meningkatkan rating stesen radio msg2, skrg boleh di lihat hmpir semua stesen radio guna formula yg sama, artis sendiri tak kan nk lepas kan peluang mcm ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 September 2012 at 11:02 PM

      Betul tu bro.. Kalau kita pun confirm grab peluang yang ada. Tapi jangan terlampau over sangat dah la kan. Kena ada pengisian juga.

      Reply
  • akubiomed 14 September 2012 at 3:47 PM

    Selagi masih laku apa salahnya. Dunia artis ada pasang surutnya. 🙂

    Reply
  • Cikgu Hairul 13 September 2012 at 12:13 PM

    Bosan melayan stesen radio yg ambik artis jadi DJ. Kalau reti bercakap takpe. Ni harapkan popular je, cakap merapu buat apa. Bukan semua tapi sebahagian besar dari mereka macam tu.

    Reply
  • eliss 13 September 2012 at 10:57 AM

    diorang pandai berebut peluang :p

    Reply
  • puteri kasih 12 September 2012 at 10:27 PM

    memang menyampah layan radio kadang-kadang..terutamanya bila lawak berlebihan dan tak kena..yang kedengaran hanya dj radio yang ketawa terbahak bahak.

    diorang pilih artis sebab nak naikkan nama stesen diorang. Diorang seperti lebih utamakan kuantiti dari kualiti..huhu

    Reply
  • Fadzmie 12 September 2012 at 10:25 PM

    Taktik Era lah tu nak bagi naik balik rating dorang. Sebab sebelum ni dorang dah replace DJ lama dengan yang baru which is orang tak kenal, rating dorang jatuh. Haha.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 September 2012 at 7:27 AM

      Tu la.. Kena buka stesen radio baru kot. Artis FM. Haha

      Reply
  • Freelance 12 September 2012 at 10:17 PM

    oklah tu perkembangan sihat untuk dunia hiburan kita. yang penting dalam hiburan tu ada terselit pendidikan.

    Reply
  • donnyien 12 September 2012 at 4:42 PM

    lama x buka radio ni… apapun memang tak patut la… bagilah info2 yg bermanfaat, ramai pendengar kita di malaysia.. bkn semua boleh ikut rentak sendiri

    Reply
  • donnyien 12 September 2012 at 4:38 PM

    satu cara mereka untuk menaikkan lagi jenama mereka..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 September 2012 at 7:25 AM

      Itu la. Sekarang ni mereka lebih kejarkan rating.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Makin Jahanam Alexa Blog Ni

By Hazmin Hamudin

Hazmin Dan Zulaikha ?

By Hazmin Hamudin

Fesyen Apakah Macam Ini ?

By Hazmin Hamudin

Gambar Kad Kahwin Nurul Wahab

By Hazmin Hamudin

Selamat Tinggal Blogspot

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in