Apa yang istimewanya tarikh 18 Mac setiap tahun? Untuk pengetahun korang, tarikh 8 Mac merupakan hari yang istimewa untuk kaum wanita seluruh dunia kerana pada tarikh ini mereka akan diraikan dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Woman’s Day).
Kenapa hari wanita ni diraikan? Hari wanita bermula dari sebuah kisah wanita biasa yang mencipta sejarah, sejarah perjuangan wanita yang berabad abad lamanya untuk persamaan hak, keadilan, keamanan dan kemajuan dalam kehidupan yang dikongsi dengan kaum lelaki. Untuk info lebih lanjut berkenaan dengan sejarah Hari Wanita ni boleh la rujuk entri aku Selamat Hari Wanita Sedunia 2011.
“Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah hatinya, tempat dimana cinta itu ada.”
Selalunya, di sebalik kejayaan seseorang lelaki itu ada seorang wanita di belakangnya. Punyalah besar erti hadirnya seorang wanita dalam kejayaan seorang lelaki itu. Keindahan dan kecantikan seseorang wanita itu terletak pada sejauh mana dia dapat menjaga maruahnya. Kebijaksanaan wanita pula terletak pada hatinya.
Wanita lebih cepat menangis daripada lelaki, itu memang sifat azalinya. Jika wanita menangis dalam diamnya, ada sesuatu yang tak mampu diluahkannya dengan kata-kata, melainkan air mata sebagai ganti.
Wanita adalah kejadian yang terindah yang di cipta bagi melengkapi dan menutup kekurangan lelaki. Oleh kerana istimewanya wanita di mata seorang lelaki, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI WANITA kepada wanita di seluruh dunia terutamanya ibu aku, wanita yang telah melahirkan aku didunia dan melayan kerenah aku sepanjang membesarkan aku. Tak lupa juga kepada girl yang berjaya mencuri dan bertakhta dalam hati aku ni. Raikan hari anda dengan senyuman dan penuh kasih sayang.
aduhh..mesti rami awek-awek aku marah ni..
‘Awek-awek’yang tak tahan tu bro.
Selamat Hari Wanita 2012. Besar peranan wanita memancu eknomi negara.
Wanita pun sungguh mulia di sisi seorang suamikan bro.