• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / 6 Perkara Allah Sembunyikan Dari Umatnya

6 Perkara Allah Sembunyikan Dari Umatnya

By Hazmin Hamudin | 24 September 2012 | 16 Comments

Enam Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

‘Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?.’Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. ‘Tidak’Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kamu telahmenyembah aku dengan ibadah yangbersungguh- sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atasperintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu.’

Kemudian Jibrail as berkata: ‘Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?’

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. ‘Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma’waa sebagai tempat tinggal…’

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

‘Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?’

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. ‘Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yangtelah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan…. .’

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

  1. Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat
  2. Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat
  3. Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran
  4. Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
  5. Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
  6. Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

 Nota kaki: Semoga kita semua mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Melastik Bintang 27 September 2012 at 5:21 PM

    Terima kasih kerana berkongsi ilmu di atas…

    Reply
  • azura 25 September 2012 at 11:12 PM

    insyaallah bro

    Reply
  • akubiomed 25 September 2012 at 10:07 PM

    Sama-sama kita manfaat artikel ini. Terima kasih perkongsian ilmu ini.

    Reply
  • Hairul Azni 25 September 2012 at 5:53 PM

    Artikel yang amat2 berguna bro..terima kasih..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2012 at 6:50 PM

      Sama-sama bro.

      Reply
  • tehr 25 September 2012 at 1:05 AM

    entri yang amat bererti
    moga2 kita beroleh rahmat dan redha allah

    Reply
  • madkie 24 September 2012 at 9:48 PM

    Alhamdulillah…perkongsian menarik. semoga kita sentiasa dalam redhaNya

    Reply
    • Jebeng Otai™ 25 September 2012 at 9:14 PM

      syukur dpt ilmu baru.. 🙂

      Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2012 at 6:23 PM

      Semoga mendapat kebaikan.

      Reply
  • boni kacak 24 September 2012 at 5:57 PM

    wah…memang terbaik.. thanks sebab share 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 September 2012 at 6:23 PM

      Benda yang baik elok dikongsi.

      Reply
  • Naziman 24 September 2012 at 4:06 PM

    Memang bermanfaat. Kalau Allah tak sembunyikan 6 perkara ni, orang akan kurang taat. Contoh macam nak hantar kerja sekolah, kalau orang tak tahu bila nak hantar kerja sekolah dan berapa markah boleh dapat, pasti orang akan buat yang terbaik dan buat seawal mungkin.

    Reply
  • lepakk.com 24 September 2012 at 2:22 PM

    Salam tumpang tanya saudara.. Comment section ni guna plugin apa ye?

    Reply
  • o'gosh 24 September 2012 at 11:47 AM

    mmg bermanfaat…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 September 2012 at 12:29 PM

      Harap macam tu la.. 🙂

      Reply
  • donnyien 24 September 2012 at 11:02 AM

    Amin, semoga bermanfaat ~

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wajarkah Campur Tangan Barat Ke Atas Libya

By Hazmin Hamudin

Salam Maulidur Rasul

By Hazmin Hamudin

Aku Main Futsal Ke Futsal Yang Main Aku Ni

By Hazmin Hamudin

Program TV Paling Menjijikkan

By Hazmin Hamudin

Mencari Mood Menulis Semula

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in