• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin (Blackrose)

Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin (Blackrose)

By Hazmin Hamudin | 19 July 2011 | 2 Comments

Yasmin Hani dan Shahrin

Selepas Farah Diana Anuar @ Farah AF2 serta pengacara majalah tiga iaitu Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zin menamatkan zaman bujang masing-masing pada minggu lepas, kini tiba giliran seorang lagi artis tanah air yang turut mengikut jejak langkah yang sama seperti mereka untuk mengakhiri zaman bujung pada penghujung tahun ini.

Menurut sumber dari mStar, Pelakon Yasmin Hani, 32, mengakui bakal menamatkan zaman bujangnya pada penghujung Oktober ini dengan bekas pemain dram Blackrose yang juga bekas suami kepada pelakon Ida Nerina iaitu Shahrin Razali. Jelas Yasmin Hani atau lebih mesra dipanggil Hani, majlis yang akan diadakan di Duchess Place, Jalan Ampang itu akan diadakan secara kecil-kecilan dan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

“Saya akan berkahwin pada penghujung tahun ini iaitu pada bulan Oktober dan majlis tersebut akan diadakan secara kecil kecilan yang akan dihadiri oleh rakan terdekat dan ahli keluarga.

“Segala persiapan perkahwinan, Insya-Allah sudah siap dan hanya tinggal beberapa perkara tentang peraturan perkahwinan yang masih belum selesai,

“Saya hanya ingin melakukan yang wajib sahaja, majlis pernikahan dan perkahwinan akan diadakan pada hari yang sama di Duchess Place, Jalan Ampang,”

Tambah Hani, dia yakin keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia sekarang adalah masa yang paling tepat, malah dia menganggap kehadiran Shahrin bagaikan melengkapi lagi kehidupannya.

“Saya rasa usia sekarang adalah paling tepat kerana masing-masing sudah stabil dari segi ekonomi, sudah mampu untuk berfikir dengan matang dan mempunyai kepercayaan yang tinggi antara satu sama lain.

“Lagi pula hati saya sudah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan menjalani kehidupan berkeluarga,” – Yasmin Hani

Ditanya tentang kelebihan Shahrin di mata pengacara Beat TV ini, Hani berkata Shahrin seorang lelaki yang penyayang dan kelakar.

“Dia seorang yang susah untuk difahami, kadang-kadang keluarga dia sendiri tidak tahu perangai dia.

“Kami banyak berkongsi minat yang sama seperti muzik dan laut, manakala banyak sifat-sifat kami yang saling melengkapi,” – Yasmin Hani

Sementara itu, bercerita tentang perancangan selepas berkahwin, Hani berkata dia masih terus bekerja seperti biasa dalam industri ini.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • amysyaquena 19 July 2011 at 2:49 PM

    semoga perkahwinan kali nie berkekalan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 July 2011 at 3:40 PM

      Harap macam tu jugak…Bagi Shahrin, jangan berulang untuk kali kedua dah la.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H

By Hazmin Hamudin

Bayar dan Duduk

By Hazmin Hamudin

Pagi Yang Nyaman Di Taiping

By Hazmin Hamudin

Masa Yang Sesuai Untuk Tidur

By Hazmin Hamudin

Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2011 (17 – 20 Mac 2011)

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in