• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita Terkini / Jangan Beli Tiket Perlawanan Malaysia vs Singapura Secara Online

Jangan Beli Tiket Perlawanan Malaysia vs Singapura Secara Online

By Hazmin Hamudin | 23 July 2011 | Leave a Comment

Peminat bola sepak dinasihat jangan membeli tiket di e-bay untuk menyaksikan perlawanan awal antara Malaysia dan Singapura pada pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 bagi zon Asia yang berlangsung di Stadium Jalan Besar, hari ini.

Timbalan Pengarah Bagi Pemasaran dan Pertandingan, Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Ridzal Saat berkata mereka yang gagal mendapatkan tiket boleh menyaksikan perlawanan secara langsung menerusi skrin besar yang diletakkan berhampiran stadium berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Stadium Jalan Besar semalam, beliau berkata mereka tidak perlu membeli tiket di e-bay kerana harganya mencecah S$400 setiap satu.

“Kita tidak boleh berbuat apa-apa, namun peminat yang tidak mempunyai tiket dinasihatkan menonton skrin besar yang memaparkan perlawanan itu secara langsung,” katanya yang turut menafikan FAS mempunyai kaitan dengan penjualan tiket secara dalam talian (online).

Ridzal juga berkata pihaknya tidak tahu jumlah tiket yang dijual atau diletakkan untuk dibida menerusi laman web.

Jerry Jamal, 51, yang mendakwa sebagai peminat bola sepak warga Singapura berkata FAS tidak sepatutnya membuka talian bidaan bagi tiket berharga S$15 sehingga menyebabkan harganya melambung kepada S$400 bagi setiap tiket.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kerana boleh menyebabkan perlawanan tersebut diatur,” katanya.

  • Post a comment
    Cancel reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Sampai Di Ridel Hotel Kota Bharu

By Hazmin Hamudin

Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

By Hazmin Hamudin

Bahaya Bebola Kristal (Colour Crystal Ball)

By Hazmin Hamudin

Statistik hazminhamudin.com Bulan Disember 2012

By Hazmin Hamudin

Kekalahan Pertama Manchester United Untuk Musim 2011

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in