• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Event / Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan EPL Ahad Ini

Najib Jemput Peminat Bola Sepak Tonton Perlawanan EPL Ahad Ini

By Hazmin Hamudin | 19 October 2011 | 2 Comments

Sunday Nite Football @ Seri Perdana

Sunday Nite Fooball @ Seri Perdana

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengajak peminat bola sepak untuk menonton perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara pasukan Manchester United dengan Manchester City di kediamannya di Seri Perdana, Putrajaya, pada jam 8 malam Ahad ini (23 Oktober 2011). Untuk makluman, Datuk Seri Najib sendiri merupakan penyokong kuat Manchester United yang dikenali juga dengan nama The Red Devil.

Bagi peminat pasukan Manchester United ataupun Manchester City yang ingin turut serta menyaksikan perlawanan ini bolehlah mendaftarkan diri di laman web 1Malaysia untuk mendapat jemputan bagi menyaksikan perlawanan ini. Anda juga akan dibenarkan untuk membawa seorang teman bersama dengan anda pada malam tersebut nanti.

Pendaftaran ini akan dibuka sehingga pukul 5 petang esok iaitu Khamis 20 Oktober 2011. Jadi, jom daftar ramai-ramai sebelum terlepas peluang untuk menyaksikan perlawanan antara Manchester United dan Manchester City bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Info Majlis

Tarikh: 23 October 2011
Masa: 8:00 pm to 11:00 pm
Lokasi: Seri Perdana

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • NuReLLe 20 October 2011 at 10:11 AM

    oh…bru dgr kt radio semlm pasal ni..gugugugu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 20 October 2011 at 10:46 AM

      apa lagi, cepat la daftar… petang ni tutup dah..hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Selamat Hari Pekerja 2012

By Hazmin Hamudin

Element Case Ronin G10 Stealth iPhone 5/5s

By Hazmin Hamudin

PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip

By Hazmin Hamudin

Maharaja Lawak Minggu 12

By Hazmin Hamudin

Beli Whey Protien Dymatize ISO 100 Di MyProtein Shop

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in