Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk. Sempena hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang ke 81 bagi tahun 2011, penyanyi Hattan telah diberi gelaran Datuk. Hattan antara 152 orang yang diberikan anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Hattan menerima anugerah tersebut daripada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Pekan. Dalam Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang tersebut antara lain yang menerima gelaran Datuk ialah Ketua Pemuda UMNO Pahang, Datuk Abu Jimi Samad, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamed Suffian dan Anggota Undangan Negeri Panching Datuk Mohd Zaili Besar.
Sekarang ni macam dah jadi trend pulak golongan artis dah dapat gelaran Datuk. Kalau sebelum ni rakan artis Hattan dah dapat Datuk seperti Ac Mizal dan Eizlan Yusof. Selalu gelaran Datuk ni diberi kepada mereka yang banyak berjasa pada negara atau menyumbangkan sesuatu kepada negara. Hattan ni berjasa apa ya? Mungkin kerana beliau telah ‘menyumbangkan’ suara beliau kepada negara mungkin.
Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Hattan kerana dianugerahkan gelaran Datuk yang kini bergelar Datuk Mohd Sukri Shahabudin.
Tanniah kepada Datuk Hattan. 🙂
x pasti napa diberi datuk..huhu
Sebab nak cukupkan kuota untuk artis kot. Hehe..