• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Agama / Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM

Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM

By Hazmin Hamudin | 13 November 2012 | 32 Comments

HP Souce dan Tabasco

Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM. Berita ni pastinya dinanti-nantikan oleh sesetengah pihak yang meragui status halal sos jenama Tabasco. Bagi pengguna yang menggunakan sos jenama Tabasco ni pasti lega mendengar berita ini kerana lepas ni bolehlah menggunakan sos Tabasco ni tanpa was-was. Sebelum ni aku ada buat entri Sos Jenama HP Souce dan Tabasco Ada DNA Babi, dan sekarang semuanya telah terjawab dalam entri ni.

PRODUK makanan daripada jenama Tabasco sudah disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengeluar, Mcllhenny Company.

Mereka menegaskan bahawa pembuatan dan kandungan sos lada tersebut mematuhi hukum Islam dan Piawaian Halal Malaysia.

Jakim telah mengesahkan status halal khususnya sos lada jenis Pepper Sauce, Buffalo Style Hot Sauce, Chipotle Sauce, Garlic Pepper Sauce, Green Pepper Sauce, Habanero Pepper Sauce dan juga Sweet and Spicy Pepper Sauce.

Pengarah Serantau Mcllhenny Company, Kan Cheung berkata, pihak syarikat sentiasa prihatin dengan tanggungjawab sosial kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga seluruh dunia.

Sesungguhnya Islam adalah agama yang lengkap. Ia bukan sahaja menitikberatkan aspek pengabdian seseorang hamba kepada Penciptanya, malah Islam juga memberi panduan kepada penganutnya di dalam semua aspek kehidupan termasuklah pemilihan makanan yang halal serta baik bagi manusia. Prinsip halal adalah salah satu perkara yang sangat dititikberatkan dalam pemilihan makanan mengikut syariat Islam.. Dengan pengesahan daripada pihak Jakim itu, persoalan pengguna Muslim yang sebelum ini gusar tentang status produk tersebut sudah terjawab.

Sumber

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Sueskopio76 17 November 2012 at 2:40 AM

    fuhhh… legaaaa… ;))

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:12 PM

      Peminat Tabasco ke bro?

      Reply
  • Nadot 14 November 2012 at 5:51 PM

    dah boleh la makan balik kalau dorg letak balik kat pizza hut eh… pedasss best best 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 November 2012 at 8:43 PM

      Sedap ke sos ni Nadot? Hehe

      Reply
  • cik siti 14 November 2012 at 12:31 AM

    a’a….sebab dulukan pizza hut pernah letak sos ni kat restaurant dia….sejak tuu la ayah cik siti suka makan sos tuu…tp bila da kata tak halal, mcm kecewa ja ayah cik siti…heheh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 November 2012 at 8:18 AM

      Ada jugak ye peminat sos ni. Hehe.. Lepas ni boleh la ayah cik siti makan sos ni dengan pizza.

      Reply
  • donnyien 13 November 2012 at 11:45 PM

    belum pernah rasa sos tabasco ni.. apapun janji halal dan tidak memudaratkan pengguna.

    Reply
  • Juan 13 November 2012 at 9:10 PM

    sedap ker, x pernah rasa plak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 11:09 PM

      Tak sedap. Hehe

      Reply
  • izan mama mia 13 November 2012 at 9:00 PM

    saya tak pernah bl sos nih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 11:09 PM

      Saya pun tak pernah. Tapi pernah rasa di restoran makanan segera. Macam tak sedap je.

      Reply
  • boni kacak 13 November 2012 at 5:31 PM

    apa yang haram masuk dalam tubuh kita, akan menjadikan kita jauh dari Pencipta…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:44 PM

      Betul tu bro… 🙂

      Reply
  • cik siti 13 November 2012 at 5:25 PM

    bagus2….ayah cik siti mesti suka dengar berita ni….^^

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:33 PM

      Ayah cik siti suka makan sos ni ke?

      Reply
  • syaifuddin alias 13 November 2012 at 4:15 PM

    haaa ? sos amende ni tak pernah dgr pun

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:33 PM

      Sejenis sos untuk menyedapkan rasa. Haha.. Memandai je.

      Reply
      • syaifuddin alias 14 November 2012 at 1:36 AM

        sos prego sedap ..haha

        Reply
        • Hazmin Hamudin 14 November 2012 at 8:19 AM

          Tu sos spaghetti… Haha..

          Reply
  • Wak Gelas™ 13 November 2012 at 3:29 PM

    wak pon syukur jugakkk.. ehhhEee

    Reply
  • luqmanzakaria 13 November 2012 at 3:27 PM

    tak pernah tau pon kewujudan sos nih..noob x! haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:32 PM

      Hehe.. Macam mana boleh tak tahu ni.

      Reply
  • wadi 13 November 2012 at 3:19 PM

    leh r try pas ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:32 PM

      Sebab dah confirm halalkan.. 🙂

      Reply
  • sharinginfoz 13 November 2012 at 3:16 PM

    Baguslah kalau macam tu, makanlah tanpa was-was

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:31 PM

      Memang penting halal ni kan. Baru makan pun tanpa was-was

      Reply
  • shraqs 13 November 2012 at 3:00 PM

    Bagus info ni bro. Banyak produk sos dari luar negara yg selalu menimbulkan was was sebab takde tanda halal.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 10:31 PM

      Itulah.. Tahun lepas tak halal.. Tapi sekarang ni dah halal dah. Hehe

      Reply
  • puanbee 13 November 2012 at 2:10 PM

    Tak pernah beli sos ni pun … sedap sangat ke ?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 7:33 PM

      Tak pernah beli kak. Selalu rasa dekat restoran makanan segera je. Kurang sedap bagi saya. hehe

      Reply
  • akubiomed 13 November 2012 at 12:07 PM

    Sebenarnya banyak alternatif lain tetapi kalau sudah suka dengan Tabasco terpaksa sehingga disahkan halal.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 November 2012 at 7:31 PM

      Itulah.. Masing-masing ada selera sendiri. Saya sendiri kurang suka rasa Tabasco ni.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Roti Sayur Di Yut Sun Restoran, Taiping

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #13 | Minum Petang

By Hazmin Hamudin

Sedap Ke Makan Steamboat ?

By Hazmin Hamudin

Bas Ekspres Penuh DVD Lucah

By Hazmin Hamudin

Tabasco Sudah Disahkan Halal Oleh JAKIM

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in