• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Fakta / Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran

Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran

By Hazmin Hamudin | 2 April 2012 | 16 Comments

Tertarik dengan berita yang dipaparkan di akhbar Berita Harian hari ni berkenaan dengan tajuk, Cium Telinga Punca Hilang Pendengaran. Agak menarik bukan hasil kajian yang dibuat oleh seorang profesor audiologi dari Universiti Hofstra, New York, Dr Levi Reiter ni.

Menurut Dr Reiter, sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga. Perkara ini  boleh menyebabkan seseorang itu kehilangan pendengaran ataupun menjadi pekak.

Cium Telinga Punca Pekak

Apa pendapat korang mengenai hasil kajian yang dibuat oleh Dr Reiter ni? Lepas ni haruslah lebih berhati-hati dalam memberikan ciuman kepada bayi atau pasangan (bagi yang mempunyai ikatan yang sah) la ya. Jangan tersilap cium, terus menjadi pekak di kemudian hari.  Boleh baca laporan akhbar Berita Harian di bawah ni untuk info seterusnya.

NEW YORK: Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.

Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald. Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an.

Selepas akhbar Long Island melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang mengalami masalah sama.

Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.

Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanak bagaimanapun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.

Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala atau penggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.
Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanak Antarabangsa. – Agensi.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ch000tz 4 April 2012 at 5:07 PM

    yea ke…..hehehe nak cium mcm mana kena usik pon dah geli geleman kakakaaaaaa

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 April 2012 at 7:59 PM

      Hahaha… Tu lagi bahaya tu kalau kena cium. Confirm jadi pekak.

      Reply
  • Amirez 3 April 2012 at 3:54 PM

    kalau kajian ni betul, memang bahaya

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 April 2012 at 3:56 PM

      Rasanya para suami yang akan lebih hampa.

      Reply
  • akubiomed 3 April 2012 at 1:12 PM

    Lapisan gegendang telinga nipis ada kemungkinan ciuman maut boleh menjadikan seseorang itu pekak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 April 2012 at 3:49 PM

      Lain macam sahaja maksud bro dengan ‘ciuman maut’ tu. Hehe..

      Reply
  • misskonspirasi 3 April 2012 at 2:04 AM

    biar betul..tp my mom slalu cium kat tinge i ni xder gak kesan paper…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 April 2012 at 7:41 AM

      Sekadar kajian je kot ni. Saya pun kurang percaya dengan perkara ni.

      Reply
  • tehr 3 April 2012 at 1:51 AM

    aku tak suka cium telinga orang
    juga tak suka orang cium telinga aku
    hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 April 2012 at 7:41 AM

      Bagus la macam tu. Boleh mengelakkan pekak 🙂

      Reply
  • benjy 2 April 2012 at 11:44 PM

    Ini fakta yang betul ke sekadar hanya dongendan sahaja … rasa macam tak logik pula kan … ? … 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 April 2012 at 11:47 PM

      Kalau ikut hukum akal, memang rasa tak logik pun benda ni. Sekadar kajian oleh professor di New York.

      Reply
  • segalabenda 2 April 2012 at 10:56 PM

    alamak..aku hari-hari cium telinga anak aku sebab kat situ ada bau masham-masham baby..pasni takut dah aku nak buat..apapun thanks sebab share maklumat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 April 2012 at 11:01 PM

      Harus lebih hati-hati lepas ni. Tapi benda ni cuma kajian je. Tak tau la terbukti ke tidakkan. 🙂

      Reply
  • donnyien 2 April 2012 at 8:33 PM

    kena hati2 nih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 April 2012 at 9:42 PM

      Haha.. Tak tahu la betul ke tak kajian ni.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tempoh Diskaun Bayaran Saman DiLanjutkan !!

By Hazmin Hamudin

Fesyen Apakah Macam Ini ?

By Hazmin Hamudin

Syampu Antara Punca Gemuk

By Hazmin Hamudin

Live Streaming Malaysia vs Thailand Piala AFF Suzuki 9 December 2012

By Hazmin Hamudin

Jogging Menyihatkan Tubuh Badan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in