• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Diet Makan Ketat Mudakan Fikiran

Diet Makan Ketat Mudakan Fikiran

By Hazmin Hamudin | 21 December 2011 | 4 Comments

Diet pemakanan yang ketat mampu memudakan fikiran, menurut sekumpulan saintis dari Itali.

Kajian yang disiarkan semalam dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences di Amerika Syarikat itu berdasarkan penyelidikan terhadap tikus yang diberi diet kira-kira 70 peratus daripada makanan yang sepatutnya diambil mereka.

Saintis tersebut mendapati diet kurang kalori menjana molekul protein, CREB1 yang mengaktifkan gen berkaitan dengan panjang umur dan fungsi otak yang baik.

“Harapan kita bagi mencari jalan untuk mengaktifkan CREB1, melalui penghasilan ubat baru bagi meremajakan otak tanpa perlu melakukan diet ketat,” kata Ketua Penyelidik, Giovambattista Pani, dari Institut Patologi Umum, Fakulti Perubatan, Catholic University of Sacred Heart di Rome.

Melalui kajian itu, mereka mendapati tikus yang sedang berdiet menunjukkan kemampuan kognitif dan ingatan yang kuat, lebih sopan dan cenderung mengelak atau melambatkan penyakit Alzheimier atau nyanyuk. Namun masih belum pasti puncanya.

“CREB1 dikenali mampu mengawal fungsi otak utama seperti menghafal, belajar dan mengawal kebimbangan. Ia juga mengurangkan atau berkompromi secara psikologi dengan penuaan,” menurutnya.

Tikus yang secara genetik kurang CREB1 tidak menunjukkan kebolehan seperti tikus dengan diet kurang kalori, sama seperti tikus yang diberi makan secara berlebihan.

“Penemuan pertama kali ini penting sebagai perantara mengenai kesan diet terhadap otak. Ia mempunyai implikasi bagi pembangunan terapi di masa depan bagi mengekalkan kecerdasan fikiran dan mengelakkan kemerosotan serta proses penuaan,” kata Pani.

Ketua Neurologi Hospital Hillside Zucker di Glen Oaks, New York, Dr. Mark Gordon berkata, penemuan tersebut membuka pendapat baru mengapa sesetengah individu yang mengalami obesiti pada usia pertengahan berdepan dengan masalah kognitif di akhir usia.

“Obesiti pertengahan usia dikaitkan dengan nyanyuk. Bagaimanapun asas fisiologi terhadap kaitan ini masih samar,” kata Gordon.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ch000tz 17 January 2012 at 5:32 PM

    diet yang paling best ialah makan hati hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 January 2012 at 10:42 PM

      hahaha.. confirm memang diet ni..

      Reply
  • akubiomed 21 December 2011 at 10:02 AM

    Apakah sumber makanan yang dapat menjana CREB1 ini?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 December 2011 at 10:55 AM

      benda tu salah satu elemen protin.. mungkin sumber makanan berprotin. aku pun kurang pasti bab sains ni..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Malaysia Destinasi Pelancongan Mesra Pelancong Islam

By Hazmin Hamudin

Semakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2012

By Hazmin Hamudin

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011)

By Hazmin Hamudin

Sunset Di Pantai Cenang, Langkawi

By Hazmin Hamudin

Penyanyi Hattan Dianugerahkan Gelaran Datuk

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in