• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Live Blog / Sunset Di Pantai Cenang, Langkawi

Sunset Di Pantai Cenang, Langkawi

By Hazmin Hamudin | 9 January 2014 | 30 Comments


Sunset Di Pantai Chenang, Langkawi by Hazmin Hamudin

Sunset Di Pantai Chenang, Langkawi, LiveBlog melalui akaun blog Hazmin Hamudin (Hazmin Hamudin) di Flickr.

Akhir bulan lepas aku ke Langkawi atas urusan kerja. Walaupun duduk dekat Bayview Hotel yang terletak di Pekan Kuah, tapi sempat jugak aku pergi ke Pantai Cenang. Pantai Cenang merupakan pantai yang terkenal di Langkawi dan semestinya menjadi tumpuan pelancong tempatan mahupun luar negara.

Kalau dah datang Langkawi macam tak sah rasanya kalau tak singgah ke Pantai Cenang ni. Dah lama tak ke sini, apa yang aku perasan di kiri dan kanan sepanjang bahu jalan memang dah penuh dengan deretan kedai-kedai sampai tak nampak dah pantai.

Masa dekat Pantai Cenang ni sempat jugak aku melihat pemandangan matahari terbenam. Memang sangat cantik apabila melihat langit kemerah-merahan disinari matahari senja. Kira tak sia-sia jugaklah jejak kaki ke sini. Kalau berada di Langkawi dan nak lihat pemandangan matahari terbenam, bolehlah datang ke Pantai Cenang ni.

P/S: Entri percubaan dihantar menggunakan email dengan menggunakan Flickr.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Reader Interactions

Comments

  1. kamal says

    16 March 2014 at 9:08 PM

    Melihat matahri terbenam/matahri terbit di pantrai memang menyejukkan mata.

    Reply
  2. cik tom says

    15 January 2014 at 10:47 AM

    thn lepas plan dgn adik ke langkawi tp last minut cancel holiday trip..sob3..

    Reply
  3. JR says

    10 January 2014 at 7:23 PM

    Masa isteri kerja di Langkawi dulu kerap juga ke sana. Tapi sejak dia bertukar balik ke Alor Setar 2 tahun lepas, belum pernah ke sana lagi. Terasa rindu pula dengan Langkawi….

    Reply
  4. jebateja says

    9 January 2014 at 10:41 PM

    Ehh…eh…suka jugak hang dgn permandangan mcm tu erk….ahakz

    Reply
  5. papa mifz says

    9 January 2014 at 8:36 PM

    oh rindu pulak den dengan Pantai Cenang…

    Reply
  6. 4feet8 says

    9 January 2014 at 6:39 PM

    rasa nak pergi sekali lagi. tak puashati beli corelle haritu..

    Reply
  7. Strider says

    9 January 2014 at 4:29 PM

    entry berjaya publish bro…hehehe..memang pantai cenang nie merupakan satu tempat yang popular kat langkawi..sebab tu aku rasa resost kat cenang nie mahal skit kalau compare ngan tempat lain..but its worth it kalau stay sana…hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  8. lieyalatif says

    9 January 2014 at 3:02 PM

    subhanallah cantik sgt…akak mase pi langkawi takde pi pun tgk sunset ke sunrise kat pantai…yg aku kejar adalah piinggan mangkuk hahaahhahha

    Reply
  9. suri says

    9 January 2014 at 2:54 PM

    macam best jer heeee kalau tapi mana pic admin?

    Reply
  10. BM says

    9 January 2014 at 2:45 PM

    Sungguh indah sekali gambar mentari di ufuk barat… Suasana seketika yg akan hilang ditelan masa, membawa seribu makna. Tiada yang kekal selamanya didunia…

    Reply
  11. ema says

    9 January 2014 at 2:41 PM

    indahnya ciptaan Allah…kite pun pernah stay kat Bayview tu…tiap2 malam ada pasar kat bawah hotel ni

    Reply
  12. anies says

    9 January 2014 at 2:30 PM

    2 kali ke sini, x penah siggah pantai ni

    Reply
  13. Mizz Aiza says

    9 January 2014 at 2:27 PM

    subhanallah.. cantiknya sunset.. tak pernah lagi sampai di langkawi..

    Reply
  14. Fadhil Husin says

    9 January 2014 at 2:24 PM

    kemah boh. Aku sekarang pun dah start liveblog ni. tak payah nak kerah idea banyak2 sangat.

    Reply
  15. Nafira says

    9 January 2014 at 2:17 PM

    syoknyeeeeee..
    bekerja sambil melawat or melawat sambil keje.. kikikikiki.

    saya belom pernah jejak langkawi lagi.. hajat dihati tahun depan nak wat famili gathering kat sana. mudah2an menjadik lah perancangan yang kecil nih.. hehehe

    Reply
  16. suriaamanda says

    9 January 2014 at 2:02 PM

    tahun ni nak bawak family bercuti ke Langkawi..moga2 allah permudahkan…amin…

    Reply
  17. t.a.t.a says

    9 January 2014 at 1:36 PM

    Eh awat kan, aku letak link URL ni kat blogspot tapi dia link yang harimau muda tu lagi. So aku tak tahu post terkini. What to do eh?

    Reply
  18. akubiomed says

    9 January 2014 at 1:27 PM

    Untuk dapat moment ini. Bukan selalu datang. 🙂

    Reply
  19. cik lily putih says

    9 January 2014 at 1:22 PM

    cantiknya sunset, langkawi memang best

    Reply
  20. titan says

    9 January 2014 at 12:59 PM

    rajin betul hang tangkap gambar matahari yek.

    Reply
  21. LydSunshine says

    9 January 2014 at 11:55 AM

    cantiknye scenery. Tenang mata menengoknya.

    Reply
  22. Kakzakie Purvit says

    9 January 2014 at 11:48 AM

    Subhanallah… maha kaya Allah mencipta semua keindahan ini utk kita semua nikmati. Cantik boleh diframekan.

    Reply
  23. lizz says

    9 January 2014 at 11:41 AM

    waaa gi langkawi bestnyer…kemain lawo gambo sunset tu…lepas ni bolehla makan laksa ikan sekor hehe

    Reply
  24. YUI says

    9 January 2014 at 11:01 AM

    subhanallah..sangat cantik =)

    Reply
  25. Hafizul says

    9 January 2014 at 10:54 AM

    Hehe..sempat lagi tu snap matahari ni..cantik nya..hehe

    Reply
  26. Mak lagenda says

    9 January 2014 at 9:56 AM

    Subhanallah..cantik sungguh!! Xpe..wlupun hp x canggih but hasilnya canggih gak..asalkan ada skill kan.

    Reply
  27. Wak Gelas™ says

    9 January 2014 at 9:32 AM

    ohsemm sunggoh sunset tuu bang.., gudjobb

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 January 2014 at 9:36 AM

      Telefon tak berapa canggih ni wak. Tak berapa nak puas hati. Hehe. tapi jadi la sebagai kenangan.

      Reply
  28. Sop says

    9 January 2014 at 9:12 AM

    best wat live blog kan?
    dulu rajin gak tp skrg agak malas. malas nak menaip panjang2 guna tepun 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin says

      9 January 2014 at 9:19 AM

      Best tu memang best bro Sop. Tak payah buat panjang sangat sebenarnya kalau live blog ni. Sebelum ni pakai apps WordPress je kalau nak buat live blog. Tercari-cari cara untuk buat melalui email. Cume kelemahan guna Flickr ni kalau live blog kosong takda gambar macam tak sesuai pulak.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kembali Berblog Selepas Puas Bercuti

By Hazmin Hamudin

Ku Ukir Indah Namamu

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

By Hazmin Hamudin

Talipon Atau Telefon?

By Hazmin Hamudin

Hilang Arah

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2019 · Genesis Framework · WordPress · Log in