• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

Durian Udang Merah Di Mantin Penipu?

By Hazmin Hamudin | 23 May 2017 | 28 Comments

Durian Udang Merah Mantin PenipuZaman sekarang ni, memang mudah untuk menyebarkan sesuatu berita atau perkara yang terjadi di sekeliling kita. Maklumlah, semuanya hanya dihujung jari sahaja. Sebab itulah setiap berita tu haruslah ditapis dahulu ataupun sekurang-kurangnya dicari dahulu kesahihan sesuatu perkara sebelum disebarkan kepada umum. Zaman viral sana sini la katakan. Banyak yang menipu daripada yang betul.

Aku bukanlah nak bercerita pasal isu viral ni. Tapi lebih kepada isu durian udang merah yang sedang hangat diperkatakan di media sosial sekarang. Minggu lepas aku pergilah ke lokasi durian udang merah tersebut di Mantin, Negeri Sembilan. Tak susahpun nak cari lokasi gerai yang menjual durian tersebut. Jika melalui Lebuhraya LEKAS, boleh exit di Pajam/Nilai dan terus menuju ke Pekan Mantin.

Sampai di lokasi, memang sesak sepanjang jalan dengan kenderaan parkir di kiri dan kanan jalan. Punyalah meriah dengan orang ramai berebut-rebut memilih buah durian. Inilah dinamakan kuasa viral. Sekali dah disebarkan, berpusu-pusulah orang ramai datang ke sini bagi melihat sendiri buat durian udang merah yang dikatakan murah tu. Mana nak dapat durian udang merah harga RM15 sekilo? Murahkan? Tapi bukan sahaja ada udang merah, tapi ada udang disebalik batu juga. Haha.

Durian Udang Merah Mantin Penipu

Kau rasa logik ke harga durian udang merah di pasaran semasa boleh mencecah harga antara sehingga RM30 sekilo dijual dengan harga RM10-RM15 sekilo di Mantin? Betul ke durian udang merah di Mantin ni tipu je? Aku bukanlah pakar bab buah durian ni. Kalau dilonggokkan buah durian depan mata memang tak tahu nak bezakan yang mana jantan, yang mana betina. Haha. Memang takda la jantina buah durian ni. Kalau musang king, udang merah, D24 tu ada la.

Bila dah nampak buah durian berlonggok depan mata memang boleh mendatangkan nafsu nak makan. Ditambah pulak dengan suasana meriah orang beli durian. Siapa yang tak nak beli. Sambar jugalah sebiji durian yang dikatakan dari baka udang merah ni. Dapat la sebiji RM27 selepas ditimbang oleh apek penjual durian tu tadi. Tapi bila dah makan, apa ke pelik rasa buah durian udang merah yang apek ni jual. Tawar weh durian udang merah dia. Warna pun pucat suram je. Bau pun segan-segan nak keluar. Tak macam durian udang merah yang aku makan dekat SS2 dua minggu lepas kuning dan manis.

Durian Udang Merah Mantin Penipu

Nampak gayanya ini kali sudah terkena. Durian udang merah sudah jadi ada udang di sebalik mee. Hasil carian dan pemerhatian sana sini, akhirnya dapat disimpulkan yang apek ni jual durian siam. Diulangi, durian siam ya kawan-kawan. Kulit tebat, saiz besar-besar dan isi durian pun masak peram memang sangat mendukacitakan. Kesian ramai yang datang jauh-jauh semata-mata nak menikmati durian udang merah, tapi akhirnya tertipu dengan apek penjual durian.

Bagi aku, kalau harga terlampau murah daripada harga sebenar tak kira la sama ada durian ataupun benda-benda lain pasti ada sesuatu yang tak kena. Biarlah bayar mahal sikitpun asalkan tak tertipu dan puas hati dengan apa yang kita dapat. Ni tulis durian udang merah, tapi yang dijual durian siam. Benda-benda macam ni tak payah la nak diviralkan. Datang makanpun tak puas hati nanti. Tu saja la nak pesan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • SEWAN PA SYSTEM PUTRAJAYA 27 July 2018 at 11:19 AM

    sekarang pun tgh musim murah2…ingatkan nak ke mantin ni, bad review takut pulak kena tipu

    Reply
  • ira 2 August 2017 at 10:43 AM

    kesian lah orang yang beli tu. tak jujur langsung berniaga. untung dapat lah tapi sampai bila hidup nak menipu orang je.

    Reply
  • Yuzz 17 July 2017 at 8:23 AM

    Mmg betul..yg dijual tu durian siam. Kesian tgk yg tertipu n ghairah memborong tu..

    Reply
  • Nisa 20 June 2017 at 5:16 PM

    This is why I NEVER like buying durians… takut jadi beginilah.

    Reply
  • lokman 14 June 2017 at 4:55 PM

    kena amek langkah2 berhati hati

    Reply
  • Ikhwan 13 June 2017 at 7:04 AM

    Apek tu kerja nak membongak je.

    Reply
  • RAIHANAH AHMAD 7 June 2017 at 6:45 AM

    pernah makan udang merah, mmg nampak peliklah. siannya, dah la bayar mahal kan tak berbaloi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 June 2017 at 10:13 AM

      Nasib beli 2 biji je. Tak rasa sangat harga mahal tu. Yang beli sampai beratus tu lagi kesian.

      Reply
  • mrhanafi 6 June 2017 at 7:59 PM

    Memang macam macam cara orang boleh tipu kita

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 June 2017 at 10:12 AM

      Betul tu. Kalau nak untung lebih, ada je la cara dia nak menipu.

      Reply
  • Mrs. A 5 June 2017 at 1:57 PM

    Mrs. A pun tak pandai sangat jenis-jenis durian ini. Lagipun bukanhantu durian. Tak pernah makan lagi kot durian udang merah nih!

    Cerita pasal penjual penipu ni tak kira bangsa kot sebab semalam Mrs. A pun ada beli durian itupun sebab emak Mrs. A teringin nak makan durian pilih-pilih tanya harga katanya sekilo RM25 timbang yang pertama harga RM87 tu dia…. tapi Mrs.A tak nak yang tu muda kot sebab tu le berat.

    Tukar yang lain harga dalam RM53. pastu dah bayar sumer suruh dia kopek sikit tunjuk isi cet tak berapa nak masak isi dia pastu bila Mrs. A komplen kata tak masak dia kata masak tu kak. Takpe akak bawak balik dulu kupas semua kalau tak masak bawa sini tukar. Huh! jauhlah nak patah balik tu dari lubok china nak ke masjid tanah. Tapi memang pun tak masak bila kupas time berbuka tu haish! sabar yolah. Sumpah tak nak beli kat situ lagi depan Petron area Masjid Tanah.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 7 June 2017 at 10:12 AM

      Bayar mahal-mahal dapat durian tak masak lagi la sakit hatikan Mrs. A. Nak makan pun tak boleh. Rugi je beli.

      Reply
  • plain83 4 June 2017 at 10:50 PM

    Ish ish, beraninya orang tu jual durian tipu baka macam ni, macam la tak boleh kantoi 🙁

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 June 2017 at 8:27 AM

      Nak untung lebihkan. Apa pun boleh. Menipu la jalannya.

      Reply
  • Nadhie 3 June 2017 at 1:00 AM

    tak baik lah menipu. da la guna kuasa viral je.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 June 2017 at 7:10 AM

      Kannn. Dah untung orang pergi viralkan kedai dia, lepas tu ambik kesempatan pulak.

      Reply
  • Scdha Sein 2 June 2017 at 6:43 PM

    Apek tu patut dapat pelempang mat over… keh keh keh… Gurau jek…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 June 2017 at 7:10 AM

      Takut David Teoh datang backup apek tu pulak. Haha

      Reply
  • anies 2 June 2017 at 5:06 PM

    baling je kulit durian tu kat penjual biar dia rs azab menipu haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 June 2017 at 7:09 AM

      Yang ni kelakar. Hahaha

      Reply
  • Liyana 2 June 2017 at 1:17 PM

    laaa, tak betul ke? kesian org yg dtg dr jauh..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 June 2017 at 2:49 PM

      Tu la. Sian bagi yang tak tahu. Orang dok viral je berpusu2 pergi.

      Reply
  • suki 2 June 2017 at 1:10 PM

    makan kt KL je ler nmpk gayanya…tp sebab kita tak mkn byk jd tak mahal ler kena bayar..yg jenis makan berbiji2 tu kena cari yang murah ler

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 June 2017 at 2:48 PM

      Mahal pun takpe kalau betul2 sedapkan. Daripada murah tapi tertipu lagi la rugi.

      Reply
  • ema 2 June 2017 at 12:22 PM

    betul tu kuasa viral pun bukannya semua betul..pernah terkena bila viral pasal kain langsir murah di Nilai..pergi-pergi tak ada pun yang murah…. murah lagi di tempat lain… Sedapnya makan durian.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 June 2017 at 2:46 PM

      Yup. Apa yang diviralkan kena semak dulu betul ke tak. Makan durian memang sedap. Hehe

      Reply
  • Mama pipie 1 June 2017 at 12:46 PM

    Ala kesiannya org beli nak udang merah dapatnya udang mee haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 June 2017 at 12:54 PM

      Haha. Tu la. Baik udang mee lagi sedap. Puas makan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Buah Ajaib

By Hazmin Hamudin

Sos Jenama HP Souce dan Tabasco Ada DNA Babi

By Hazmin Hamudin

Ranking Alexa Semakin Menurun

By Hazmin Hamudin

Adakah Aku Telah Jatuh Cinta ?

By Hazmin Hamudin

Stadium Shah Alam Ditutup 3 Bulan

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in