• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Fakta / Fakta Menarik Legoland Malaysia

Fakta Menarik Legoland Malaysia

By Hazmin Hamudin | 3 September 2012 | 15 Comments

Legoland Malaysia

Fakta Menarik Legoland Malaysia. Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya kini dalam peringkat percubaan tahap akhir sebelum dibuka sepenuhnya kepada umum pada 15 September nanti.

Sebanyak 15,000 struktur model dibuat daripada kira-kira 30 juta keping Lego dan lebih 40 permainan, pertunjukan dan tarikan interaktif akan menjadi ciri utama Taman Tema Legoland Malaysia (Legoland Malaysia Theme Park).

Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang taman tema ini.

  1. Sebuah taman tema yang dibina berdasarkan rangkaian permainan binaan Lego yang terkenal.
  2. Merupakan taman tema Legoland keenam di dunia dan pertama di benua Asia.
  3. Terletak di Nusajaya, Iskandar Malaysia
  4. Dibangunkan oleh Themed Attractions and Resorts dan Iskandar Investment bernilai RM 720 juta
  5. Mempunyai 7 kawasan bertema iaitu The Beginning, Lego Kingdom, Imagination, Land of Adventure, Miniland, Lego City dan Lego Technic.

Pas masuk tahunan boleh didapati secara online melalui laman web mereka di www.legoland.com.my dengan potongan 30% iaitu RM245 untuk dewasa, RM 180 untuk kanak kanak bawah 11 tahun. Manakala harga tiket untuk satu hari ialah RM140 untuk dewasa, RM110 untuk kanak kanak dan warga emas.

Terdapat lebih 3,500 tempat letak kereta disediakan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • hafiz 4 September 2012 at 9:16 AM

    akan dimasukkan dalam senarai holiday tahun depan..tapi entrance fee agak mahal jgak kan..pusing satu hari baru berbaloi ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2012 at 11:01 PM

      Takpa mahal pun.. Biar masuk daripada tak masuk langsung.

      Reply
  • topo 4 September 2012 at 1:25 AM

    mesti ramai orang Singapura turun Johor nanti kan hohoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2012 at 8:26 AM

      Itu sudah semestinya kerana hanya bersebelahan sahaja dengan negara jiran tersebut.

      Reply
  • marou apple hijau 4 September 2012 at 1:07 AM

    boleh fight dengan universal studio singapore

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2012 at 8:25 AM

      Rasanya Universal Studio Singapore lagi besar. Tapi masing-masing ada tarikan yang tersendiri.

      Reply
  • Juan 3 September 2012 at 10:49 PM

    bagus nih, meningkatlah nama Malaysia nanti

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2012 at 8:25 AM

      Tapi sepatutnya harga tiket dikurangkan lagi untuk rakyat Malaysia.

      Reply
  • Fadzmie 3 September 2012 at 7:36 PM

    Pas tahunan tu maksudnya bayar sekali then boleh masuk pada bila-bila masa sepanjang tempoh satu tahun ni ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2012 at 8:24 AM

      Apa yang saya faham, pas tahunan tu untuk setahun dan boleh masuk bila-bila. Berbaloi kalau yang duduk dekat.

      Reply
  • Shahrul 3 September 2012 at 5:11 PM

    Jom kita serbu ramai2 legoland

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 September 2012 at 8:23 AM

      Confirm penuh sesak masa pembukaan rasmi nanti.

      Reply
  • akubiomed 3 September 2012 at 1:08 PM

    Tempat yang menyeronokkan untuk membidik dengan kamera DSLR. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 September 2012 at 1:53 PM

      Tapi bila pokok-pokok dekat situ dah besar, lagi banyak tempat yang cantik untuk membidik dengan DSLR.

      Reply
    • Jebeng Otai™ 5 September 2012 at 12:34 PM

      btul bro..sy pon fikir mcm tu jgak..huhu

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kereta Penyanyi Yuna Dipecah Masuk

By Hazmin Hamudin

Dapat Juga Makan Garrett Popcorn

By Hazmin Hamudin

Konsert Moovment 2011 Bersama Far East Movement Dan DJ Earworm

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Scha Al-Yahya Dan Awal Ashaari

By Hazmin Hamudin

Big Bad Wolf Sale 2012 Di MIECC

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in