Flemington Hotel Taiping. Minggu lepas semasa outstation ke Taiping, sempat la aku menginap di Flemington Hotel ni untuk merehatkan badan yang letih-letih setelah seharian memandu dari Kuala Lumpur. Yela, mana tak penatkan sebab dari KL singgah dulu di Teluk Intan. Kemudiannya ke Lumut dan ke Taiping melalui jalan lama. Cadangnya nak tidur dua malam, tapi cuma tidur satu malam je dekat Flemington Hotel ni manakala malam seterusnya tidur di Ipoh pulak.
Lokasi Flemington Hotel ni memang strategik. Banyak tempat-tempat menarik di Taiping berhampiran je dengan hotel ni. Tempat-tempat menarik sekitar hotel ni adalah Taman Tasik Taiping, Bukit Maxwell, Muzium Taiping dan Muzium Matang, Zoo Taiping/Night Safari dan bangunan warisan (Taiping adalah Bandar Warisan). Kira senang la kalau nak pergi semua tempat tu kalau menginap dekat sini.
Bilik yang aku duduk ni adalah bilik Lake View Premier Rooms. Memang aku request nak bilik mengadap Taman Tasik Taiping atau lebih dikenali dengan Lake Garden. Harga bilik Lake View Premier Rooms ni RM158. Takda la mahal sangat bagi aku. Untuk jenis dan harga bilik yang lain bolehlah tengok dekat website Flemington Hotel.
Memang luas dan selesa bilik yang aku duduk ni. Siap disediakn kerusi untuk korang bersantai sambil menikmati pemandangan Lake Garden atau Bukit Larut daripada tingkap bilik je.
Memang jelas kelihatan keindahan Bukit Larut yang berkabus dari tingkap bilik. Kalau dekat rumah sendiri dapat tengok pemandangan macam ni memang tenang je rasa. Refreshments macam mineral water, coffee/tea ada disediakan termasuklah kettle untuk memasak air. Barulah boleh santai-santai tengok pemandangankan.
Toilet bilik ni bagi aku takda la sempit sangat. Kira ok la tu. Tiada bathtub disediakan manakala shower diasingkan dengan dinding kaca tu lengkap dengan shower gel dan shampoo. Travellers toothbrush and toothpaste juga ada disediakan. Tak payah susah-susah nak bawakkan. Aku kalau toilet bersih, selesa kira ok dah tu. Nak besar-besar sangat bukan nak berlaripun dalam tu. Hehe..
Pagi Yang Nyaman Di Taiping. Taiping berada di dalam daerah Larut iaitu kawasan yang paling lembab di Malaysia. Gambar pemandangan Taman Tasik Taiping ni aku ambil daripada tingkap bilik hotel aku. Nasib la request bilik mengadap tasik. Dapat tengok pemandangan yang cantik di pagi hari.
Dah puas cerita yang best-best je nak jugak selit sikit apa yang kurang bagi aku dekat bilik yang aku duduk ni. Ada dua benda yang kurang la bagi aku dekat bilik ni. Almari untuk letak baju dan peti ais memang takda dalam bilik ni. Almari digantikan dengan rail dan hanger sahaja untuk menyangkut baju. Bilik lain yang lagi mahal aku tak pasti pulak ada ke tak. Setakat tu sajalah yang aku rasa perlu dipertingkatkan lagi oleh pihak hotel.
Untuk pool aku tak sempat nak jelajah satu hotel sebab duduk satu malam je. Tapi yang best pool hotel ni terletak dekat rooftop. Apa-apapun bagi aku memang selesa dan berbaloi duduk dekat sini. Pemandangan sekitar hotelpun cantik. Kalau korang datang Taiping bolehlah menginap dekat Flemington Hotel ni.
nama burung…ok juga
baru tau Flemington ni nama burung. Hehe
serius, memang lawa dan cun!
memang cantik hotel ni, betul2 tepi taman tasik.. 🙂
Itulah.. Tapi kena mintak bilik mengadap tasik.
bunda orang taiping pun belum pernah sampai hotel ni..mmg, kalau keTaiping mercu tandanya lake garden lah..tak sah kalu tak gi..pastu naik bukit maxwell..
Bunda orang Taiping ye? Yela bunda kalau dah duduk taiping tu mesti terus balik rumahkan. Lake Garden memang tempat yang menarik untuk bersantai bersama keluarga kalau ke Taipingkan.
eh ni hotel baru ek..wow..macam best je..nanti pegi taiping nak try la stay kat hotel ni
Boleh dikatakan baru jugak la. Try la bro.. Tapi ambik bilik mengadap Lake Garden. Hehe
hotel baru ni , alahai dah di taiping memang tk merasa hotel ni la ..haha .. tp ok lah tu katil pun besar , kat taiping nak cari hotel mcm ni agak terhad …
Akak balik tidur dekat rumah je kalau dekat Taiping. Hehe.. Dekat Taiping ada lagi satu hotel baru kak. Hotel Perdana ke apa nama dia.
mcm pernah lalu kat sini.. taiping redup ja..
Dekat Lake Garden Taiping ni. Hehe. Memang redup kawasan ni sebab banyak pokok-pokok besar.
suka tgok keadaan bilik hotel yang bersih dan kemas
Kita bayar kalau dapat bilik yang kotor dan tidak memuaskan memang sakit hati juga rasanya.
wah..cantiknya view dari dalam bilik tu bro… memang sesuai untuk tenangkan fikiran…
Kalau dah kawin lagi best duduk bilik macam ni. Hehe
bilik tuh kelihatan sungguh selesa…malah pemandangan dari bilik pun cantik yer…sejuk mata memandang…:)
Pemandangan cantik tu yang penting tu. Tenang je rasa tengok luar hotel.
masih kira murah jugak tuu..
Tenang sungguh. Ambe tgk gambar pun dah teruja…hahaha
p.s-suka ayat ni “bukan nak berlaripun…” hahahaha
Hehe.. Yela… Kalau berdua baru best toilet besar-besar ni kan.
Tapi nampak selesa. Makan-minum dia suruh makan di cafe/restoaran dia kot.
A’ah kak, memang selesa pun hotel ni..
fuh mewah betul hotel ni….harga pun berbaloi gak ni….kampung wife saya kat padang rengas tak jauh dari situ huhu…boleh cuba ler 1 malam huhu
Hotel biasa je bro. Cuma agak cantik dan menarik bilik dia.
mahalla jugakk, tp X semahal Hard Rock Hotel Penang tuuuuh.. ahHHHaa
Hard Rock Hotel saya belum pernah sampai lagi wak. Dengar nama pun dah tau mahal. Hehe
Ni hotel baru..Mmg ada baca di blog, roof top pool nya pun best…Saya rasa nak try hotel ni..sebab plan ada nak ke Taiping nanti
Wah.. Nak jalan-jalan ke Taiping ke? Kalau ada budak-budak KamaLodge pun menarik jugak untuk dicuba.
Nampak menarik bilik hotel yang bro duduk tu, memang seronok kalau boleh berehat dalam bilik sambil menikmati permandangan macam tu. Harga RM158 rasanya agak berpatutan dengan keadaan bilik yang menarik, kalau terlajak ke taiping, boleh cuba hotel ni nampaknya.
Lokasi hotel ni memang menarik sebab mempunyai pemandangan yang cantik dan tempat-tempat menarik untuk dilawati.
menarik biliknya.. cantik je nampak. nak tido kt taiping dekat jugak dgn kg, tido kg lah. hehe.. mungkin lau berkunjung ke perak, bercuti2, boleh la kot..
Hehe.. Kalau dekat dengan kampung baik tidur dekat kampung je kan. Jimat sikit duit.
Hebat hotel ini. Bila sudah mendapat tempat yang empuk. Jangan sampai terlajak tidur.:-)
Itulah.. Tapi bila tengok keindahan di luar tingkap terus tak jadi nak tidur bro.. 🙂