Orang lain semua dah habis bercerita pasal suasana Hari Raya Aidilfitri 2013. Yang dah tutup kitab pasal hari raya ni pun ada aku rasa. Aku ni pulak baru nak masuk cerita bab Hari Raya Aidilfitri hari tu. Orang kata, biar lambat asalkan selamat. Padahal dasar pemalas nak buat entri.
Takda apa sangatpun aku nak ceritakan pasal suasana hari raya aku dekat kampung. Eh, tak payah nak kampung sangatlah. Ada kampung pulakkan aku ni. Rumah nenek aku dekat tengah bandar Kuala Lumpur tu. Haha. Macam tak berapa layak pulak nak panggil kampung. Hehe.
Nak cerita lebihpun malas sebab takda kampung. Jadinya, aku letak beberapa keping gambar je dah la. Buat syarat je kan. Janji ada entri raya untuk kenangan aku masa akan datang nanti. Gambar dekat atas tu masa pagi raya sebelum gerak pergi rumah nenek aku. Kira gambar lengkap la adik beradik aku. Sekarang bukan senang nak dapat gambar lengkap macam ni sebab dua orang adik aku dah kahwin. Tahun ni semua beraya dekat sini, dapatlah ambik gambar lengkap macam ni.
Yang ni gambar masa dekat rumah nenek aku. Semua ni sepupu-sepupu aku. Tapi ada jugak terselit cucu nenek aku. Ni kira tak lengkap lagi. Ada yang takda.
Amacam kampung dekat tengah bandar Kuala Lumpur? Nampak jugaklah suasana kampung tu kan. Haha. Mesti ada yang tanya dekat mana. Kampung aku dekat Gombak je. Kalau nak dibandingkan jarak rumah dengan pejabat, dekat lagi pejabat aku dengan kampung. Kih3. Bukan main seronok nak menayang duit. Macam ni lah kalau dah dapat duit rayakan. Aku jela tak dapat. Tu yang berdiri tegak je tu. Haha.
Gambar bersama anak buah aku dan juga adik aku. Ni sorang jela anak buah yang aku ada buat masa ni. Bukan main serius lagi muka dia masa nak ambik gambar ni. Ni bukan dekat rumah nenek aku dah. Masa ni berjalan raya dekat Puchong.
Ok, last sekali tuan blog nak ambik tempat pulak. Haha. Bukan main lagi tegak berdiri. Bab posing aku memang aku tak pandai. Haha. Macam failed pulak aku tengok selipar tu dengan baju melayu. Tu je la gambar raya yang boleh aku letak. Gambar lain takda. Memang tak pergi beraya sangatpun. Tunggu la pulak tahun depan kalau ada gambar yang lagi meriah. Boleh aku sumbat dalam blog ni.
wahhh besarnya family π mesti riuh rendah raya kan? π oh selamat hari raya!!!
Kejap je riuh rendah tu. Dah petang raya sunyi balik. Hehe. Tapi ok la kan daripada tak beraya. π
Tak apa bro..raya kan sebulan..haha
tetap terasa kemeriahannyer even beraya ditengah kota.. walla tema merah kita samalah hehehe
Sebenarnya ni oren kemerahan tapi ramai yang ingat merah. rasanya tahun depan baru betul2 merah. Hehe
Merah menyala hehehe…
Haha. Sebenarnya oren kemerahan tu.
tudia tuan blog berbaju melayu warna merah π
bila ahli keluarga ramai, memang meriah raya kan tapi tulah nak kumpul ambil gambar semua sekali payah. Selalu ada je yang missing in action…hehehe
Kih3. Ramai pulak yang berkenan dengan warna merah ye. Kalau belum kehwin senang nak kumpul. Tapi kalau ada yang dah kahwin memang susah la jawabnya.
sama la kita.. tema warna merah….
Ramai jugak yang bertemakan merah ye
Bnyknyeeeeeeeeee gambo raya!! Sian mak..tahun ni sekeping pun xdo!! Huk huk huk..
Haha. Selalunya mak yang rajin posing depan kamerakan. Tahun ni takda pulak ye.
yui sggh pg khamis ya..
Terima kasih yui.
payah juga ni nak dapat kumpul ramai2 ambil gambar
kami pernah dapat pada tahun 2005 dulu
dah lama sangat
Itulah.. Bila dapat kumpul macam ni memang kena ambil gambar. Bukan senang nak dapat.
Hensem nyer baraya, selamat hari raya En Hazmin, masih bulan raya kan ni.
Kenapa before this I tak boleh buka ur blog ni ek, banyak kali try tak dapat, but its ok, now dah boleh dah π
Selamat hari raya kak. Sebelum ni tak boleh bukak ke? Tak perasan pulak jadi macam tu. Nasib dah ok sekarng ni kan.
belum terlambat nak ucap selamat hari raya
meriah juga raya tu nampaknya π
Selamat hari raya jugak bro Sop. Hehe. Boleh tahan la.
Salam aidilfitri maaf zahir batin bro π
Selamat hari raya jugak bro.
masih terasa kemeriahan hari raya di kampung huhu
Di kampung memang terasa kak. Tapi di bandar macam saya ni rasa biasa je. Hehe
selamat hari raya bro π
Selamat hari raya.
fewwwiiittt hensem giler tuan rumah blog nii..IIihhks
Biasa je wak. Takda la hensem mana. Terima kasih atas pujian tersebut. Ahaks
Chubby nya baby dalam gambar yang first tu. Mcm anak buah aku masa umur dia baru bulan-bulan dulu.
Memang chubby bro. Tu belum tengok peha dia yang berlipat-lipat tu.
Ceria jer muka time raya ni
Time raya mestilah kena ceriakan. Baru best nak raya.
meriah gambar raya ni.. π
Meriah dekat gambarpun jadilah kan. Hehe
Yeah sangat segak berbaju melayu
Er kawan dah ucap selamat hari raya kebelum dekat bro hehe
Anggap je dah bro. Hehe.
bila plak nak berdua…
Tak tahu tahun nya bila bro. Hehe
Memang seronok kalau semua ahli keluarga dapat beraya bersama. Sudah ada anak buay ya bro. π
Dah ada anak buah sorang ni bro akubiomed. Hehe
Selamat hari raya jugak bro!
waa meriah gambar raya ngan family tu…..
takper janji ader kampungkan..
comel la anak buah tu…tembam sungguh pipi
Itulah.. Memang bambam pun dia. Geram nak cubit pipi tu. Tak larat nak dukung.
Meriahnyaaaaaaaaaaaa! Merah merah delimaaaaaaaa
Hahaha… Merah-merah delima lagi tu.
Eh kira meriah la tue dapat berkumpul ramai2.. π
Tak kira masa raya ke bukan, kalau dapat kumpul ramai-ramai memang best.
eh, baju raya kita sama.. merah..
Alamak.. Sama ke..? π
haah..cuba tgk kt blog sy tu.tu masa openhouse syarikat.. kan baju merah tu.. kt insta pun ada..
A’ah la. Yang tengah duduk dekat sofa tu kan. Tersama pula.. π
Hahahahhaa bro kira untung ada cerita nak di ceritakan masa raya.. hahahaha.. best gila kg dekat..
Kampung dekat time raya tak merasa nak balik kampung bro. Hehe
Ok la kampung dekat, senang π
Meriah tengok gambar memasing dok tayang duit raya π
Nak juga merasa kampung jauh time raya. Itulah.. Dah tak merasa nak pegang duit raya. Hehe
ambik..tak payah fikir nak redah jem 14jam macam orang lain..hehe
meriah kan kalau semuanya berkumpul
Itulah pasal. Kampung dekat memang tak pernah pening jalan nak jam.
Dua adik dah kawin, yg abangnya pulak bila nak kawin? Rugi tau kawin lambat, takut nanti menangis di malam pertama sebab ketika itu rasa tersangatlah rugi…ahaks…
Kih3.. Ayat bakar line ni bro JR. Haha
Aduuiiiii… gelak dkna baca komen nie.
AKHIRNYEEEE…keluar jugak pic raye ko yeak dik heheeheh
meriah semuanye…ramai gak ahli keluarga semua yeak…seronok berkumpul ramai2 gini….
Haha. Tak boleh tahan la kak. Asyik tengok orang je post pasal raya. Kena cari bahan juga nak buat entri raya. Time raya kumpul ramai-ramai mau tak bestkan. Hehe
Hmmm.. Masih berada dalam mood beraya lagi… Maklumlah raya kan sebulan… hehehe
Hehe.. Buat syarat entri raya ni.
gambar raya ini ler yang dapat menghimpun semua adik beradik…..hehe
cntik berbaju merah gtu..syiok ada gmbr family..
family yui mmg tak pernh gmbr sekali..auhai..huhuhu
Ni pun bukan senang nak ambik gambar raya semua ada. Kalau ada yang dah kawin alamatnya mesti ada yang takdakan yui