• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan

Gambar Majlis Pertunangan Liyana Jasmay Dan Fathuddin Mazlan

By Hazmin Hamudin | 28 March 2012 | 11 Comments

Majlis pertunangan pelakon dan penyanyi , Liyana Jasmay, 24, dengan jejaka pilihannya, Fathuddin Mazlan telah berlangsung kira-kira pukul 9.00malam tadi. Tarikh 28 Mac 2012 menjadi pilihan kepada pasangan itu kerana ia merupakan tarikh ulang tahun kelahiran Liyana Jasmay yang ke 24 tahun.

Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin 1

Majlis pertunangan Liyana Jasmay dan Fathuddin telah diadakan di kediaman keluarga Liyana Kemensah Height. Liyana yang mengenakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini berkata, majlis pertunangannya itu sebagai bukti dia sudah bersedia memikul peranan sebagai isteri.

“Walaupun ikatan percintaan kami hanya tiga bulan, saya harap jodoh kami berkekalan sehingga akhir hayat. Alhamdulillah, saya sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai isteri,” katanya selepas majlis pertunangan tersebut.

Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin 2

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.

Liyana memberikan tujuh dulang hantaran kepada Fathuddin yang terdiri daripada senaskhah Al-Quran, kain samping, butang baju Melayu, minyak wangi jenama Dunhill, manisan, kek dan kek cawan. Pihak lelaki pula membalas lima dulang hantaran yang terdiri daripada satu set wangian, telekung, kek, cincin dan sirih junjung.

Detik pertemuan mereka bermula selepas Liyana Jasmay berkenalan dengan Fathuddin melalui seorang kawan sehinggalah mereka mula berkomunikasi melalui telefon sebelum sambutan tahun baru lalu.

“Selepas pertemuan kali kelima, barulah saya merasakan kami agak serasi. Yang penting sekali, dia amat menyayangi ibu dan ayah saya dan juga memiliki sisi humor,” ujarnya.

Pertunangan Liyana Jasmay & Fathuddin 3

Dalam pada itu Liyana turut menghadiahkan sebuah lagu buat Fathuddin yang juga jirannya itu berjudul Cinta Bersatu dan akan dilancarkan 30 Mac ini.

Selain keluarga dan rakan-rakan media, antara selebriti yang hadir ialah, pasangan pengantin baru, Lisa Surihani dan Yusry KRU, Farish Aziz dan Tam.

 

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • kulanz 30 March 2012 at 2:13 AM

    moga bahagia pasangan ni

    Reply
  • akubiomed 29 March 2012 at 9:52 PM

    Meriah betul majlis pertunangan Liyana macam kenduri kahwin. Tanniah kepada Liyana dan pasangannya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2012 at 9:58 PM

      Kalau kahwin nanti macam mana pula meriahnya.

      Reply
  • iEyLa 29 March 2012 at 5:28 PM

    comey…tunang je pon dah macam majlis kawen…
    dunia artis kan.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2012 at 5:35 PM

      Tu la pasal.. Kawin mcm mana la pulak nanti..

      Reply
  • titan 29 March 2012 at 2:16 PM

    kenapa aku rasa macam abang dengan adik aje..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2012 at 2:18 PM

      Haha.. Sebab Liyana Jasmay ni comel sangat kot…

      Reply
  • auc dot com 29 March 2012 at 12:14 PM

    moga kekal hingga ke akhir hayat 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2012 at 12:32 PM

      Baru Selangkah ke alam perkahwinan. Berat dugaan semasa bertunang ni.

      Reply
  • ch000tz 29 March 2012 at 9:29 AM

    jangan kawen pastu cerai udah hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 March 2012 at 9:49 AM

      Belum kawin lagi ni. Jangan bertunang, lepas tu tak jadi kawin udah ler..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Chef Riz Tipu Resume Dalam Rancangan Masterchef Malaysia

By Hazmin Hamudin

Motivasi Di Pagi Hari… Hilangkan Stress…

By Hazmin Hamudin

Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

By Hazmin Hamudin

Hand Phone BlackBerry Torch Aku Masuk Hospital

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #7

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in