• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Bola Sepak / Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor

Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor

By Hazmin Hamudin | 29 August 2013 | 37 Comments

Irfan Bakti Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Selangor

Irfan Bakti letak jawatan jurulatih pasukan Selangor susulan aksi longlai skuad Red Giant dalam tiga perlawanan awal Piala Malaysia. Lebih memedihkan adalah kekalahan 0-3 kepada naib juara Liga Perdana Sime Darby malam kelmarin sekali gus membuatkan beliau membuat keputusan drastik meninggalkan Merah Kuning walaupun masih mempunyai baki kontrak sehingga penghujung musim ini.

“Bagi saya, kekalahan 3-0 kepada Sime Darby cukup memalukan dan sebagai jurulatih saya bertanggungjawab sepenuhnya. Jadi saya terpaksa buat keputusan berundur demi maruah bola sepak Selangor dan maruah saya sendiri”.

Sumbangan Irfan Bakti kepada pasukan Selangor pada musim ini adalah apabila beliau berjaya  membawa Selangor muncul naib juara Liga Super musim ini sekali gus layak beraksi di Piala AFC tahun depan.

Semalam, selepas perlawanan menentang Sime Darby tersebut bas yang dinaiki oleh pemain Selangor dikepong oleh penyokong setia pasukan Selangor  bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pemain dan jurulatih. Apa yang aku tahu tindakan tersebut dilakukan oleh Ultras Selangor.

Tak tahu la kenapa dari dulu aku memang cukup tak berkenan dengan penyokong yang menggelar diri mereka sebagai Ultras ni. Perangai tah apa-apa. Kalau chant tu siap nyanyi lagu tahap kurang ajar la bagi aku. Lirik bangsat, anjing tu kira biasa bagi mereka. Aku nak tanya Ultras ni, kalau aku panggil korang ni bangsat, anjing korang marah tak? Suka suki korang je kan.

Kalau ye pun korang tak puas hati, tak payah la nak buat tindakan yang macam budak-budak tu. Akupun kecewa jugak dengan prestasi pasukan Selangor sekarang ni, tapi kalau dah sampai tahap bas kena kepong, heboh pulak dalam media massa satu Malaysia, aku pun malu weh.

Benda ni bukan salah jurulatih sorang je. Jurulatih tu cuma mengajar dan merancang apa yang perlu dilakukan oleh pemain. Atas padang pulak pemain yang perlu menterjemahkan segala apa yang telah diajar oleh jurulatih. Pemain Selangor ni pulak musim depan ada yang kena pancing dengan bayaran yang tinggi oleh pasukan lain, mulalah gelap mata. Mainpun dah sambil lewa je tu.

Apa-apa pun terima kasih kepada Irfan Bakti kerana telah mebimbing pasukan Selangor sehingga ke peringkat sekarang ni. Penyokong-penyokong Ultras tu kalau main bola agak-agak boleh menang tak?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • faizal bin isa 29 September 2013 at 12:05 PM

    GOOD LUCK SELANGOR TAHUN DEPAN.

    Reply
  • Khairul Zamri 1 September 2013 at 1:30 PM

    speecles kejap huhu, mungkin itu yang terbaik kan nak wat camne ag

    Reply
  • padin 31 August 2013 at 4:17 PM

    penyokong dah melebih2… aku sendiri kecewa Selangor kalah, tapi adatlah… tak perlu nak huru harakan lagi keadaan ye tak..

    Reply
  • Ismail N 30 August 2013 at 9:02 AM

    Ada 3 perlawanan lagi.. Susah dari segi maths masih ada peluang lagi. Irfan patut tunggu hingga habis Piala Malaysia dan biarkan management yg decide. Bagi pendapat kawe ler…

    Reply
  • Joe 29 August 2013 at 11:22 PM

    Prestasi pasukan dy terok sangat. Memang pun dy resign

    Reply
  • Rahmat Ariffin 29 August 2013 at 11:13 PM

    Dulu K. Devan, skrg Irfan Bakti lak…resign time Piala Malaysia gak…

    Reply
    • padin 31 August 2013 at 4:18 PM

      Bagi peluang untuk P Maniam sekali lagi, hehee

      Reply
    • faizal bin isa 29 September 2013 at 12:05 PM

      tahun depan pasukan ambilah jurulatih yang ok sikit.biar kan pemain nak berhijrah .kita mula dari bawah balik.ambil player muda dari skuad piala presiden selangor gabung pemain senior yang ada baru sebati mcm dulu selangor.kalau boleh tahun depan jangan target tinggi.sekadar kekal dalam liga super ataupun 5 pasukan terbaik.kalau dapat piala tahun depan kira bonus la bagi selangor.

      Reply
  • Mrs.Secretary 29 August 2013 at 4:03 PM

    alamak kalau bab2 bola mmg i failed la….hehehe

    Reply
  • hafiz 29 August 2013 at 3:43 PM

    kecewa sangat tu dengan pemainnya…

    Reply
  • cikgu naman 29 August 2013 at 2:47 PM

    Sesetengah penyokong yang tak suka berfikir panjang ni lah yang mencemar nama baik pasukan..

    Reply
  • Qashmere 29 August 2013 at 1:46 PM

    Wow confidenttttttttttt!!! buat status dekat FB gitu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:16 PM

      Apa yang confident mummy? Hehe

      Reply
  • akubiomed 29 August 2013 at 1:41 PM

    Satu kejutan buat skuad Selangor. Sedih apa yang berlaku. Apa pun selamat maju kepada Irfan Bakti sumbangan beliau tetap dikenang.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:15 PM

      Itulah.. Agak terkejut jugak sebenarnya bila dapat tahu semalam. Harap misi 33 Selangor tidak berkubur

      Reply
  • KesumaAngsana 29 August 2013 at 1:11 PM

    x tau nak komen apa.. apapun kekalahan & punca ni bukan tanggungjawab seorang saje, ini melibatkan semua sebenarnyer

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:15 PM

      Kalau yang tak minat bola tu memang susah sikit nak komenkan KA

      Reply
  • eyriqazz 29 August 2013 at 12:23 PM

    Bola Sepak Malaysia, memang banyak dugaannya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:14 PM

      Dan banyak juga politiknya kan bro eyriqazz

      Reply
  • JR 29 August 2013 at 12:22 PM

    Itulah namanya bola versi Asia Tenggara. Bila dah start jatuh payah nak bangkit balik. Sekarang sindrom ni dah jangkiti Lion XII pula

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:14 PM

      Kih3. Siap berjangkit dekat pasukan Lion XII ye bro JR.

      Reply
  • puteri kasih 29 August 2013 at 12:21 PM

    kekalahan sesuatu pasukan bukan terletak pada bahu jurulatih je, pemain-pemain pun patut disalahkan juga. Tapi memang salute la dengan Irfan Bakti sebab ini menunjukkan dia seorang coach yang bertanggungjawab.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:13 PM

      Betul tu. Mesti ada sebab kenapa semua ni terjadi dah bukan salah jurulatih seratus peratus.

      Reply
  • AUC 29 August 2013 at 12:12 PM

    antara2 ciri seorang jurulatih yg bertanggungjawap

    Reply
    • AUC 29 August 2013 at 2:06 PM

      p/s: cantik widget metro kat sidebar tu hehheeheh

      Reply
      • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 2:12 PM

        Haha.. Jangan begitu bro. Saja tukar selera. Terima kasih ye bro untuk info widget tu.

        Reply
  • lieyalatif 29 August 2013 at 11:19 AM

    akak tgk skrang ni area bola sepak kite skrang dah penoh ngan mainan politik kan…eh beriye aku komen politik2 bola hahaahah akak bukan minat bola pun hahahaahah

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 11:43 AM

      Pergh.. Tabik la akak perhatikan jugak politik bola sepak tempatan jugak. Hehe

      Reply
  • hafizmd 29 August 2013 at 10:30 AM

    Ada juga baca pasal fan Selangor yg tak kepung bas after game tu. Aku rasa, sbb fan punya expectation tinggi…tu yg naik angin bila tak perform….

    Apapun, aku salute coach Irfan kalau benar dia resign…ambil tanggungjawab atas kekalahan macam ni…tak macam sesetengah coach..masih mati2 bertahan di kerusi jurulatih walaupun skuadnya tak perform…oh!

    p/s- Coach Irfan Bakti, please come back ke Terengganu =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 10:36 AM

      Hehe.. Wah.. Seru dia balik ke bro.. Dengar dia nak ke Kelantan. Tapi tak tahu la kalau khabar angin je.

      Reply
      • hafizmd 29 August 2013 at 11:45 AM

        keh3….aku mmg suka dia balik latih Terengganu…

        harap2 dia ke Terengganu…kelantan carik coach lainlah…hehe

        Reply
  • fiezaradzi 29 August 2013 at 10:29 AM

    terus letak jawatan ek.. apa pun, mungkin ada skuad yang lebih baik menanti dia..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 10:35 AM

      Aik. Macam skuad Selangor tak baik je bunyi. Hehe

      Reply
      • hafizmd 29 August 2013 at 11:45 AM

        keh3…jgn memain ngn fan selangor….hehe

        Reply
  • Kak Zakie Purvit 29 August 2013 at 9:17 AM

    Samalah squad JDT Fandi Ahmad pun resigned

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2013 at 9:49 AM

      Skuad JDT musim depan dapat jurulatih yang lagi best kak. Hehe. Tak sama macam Selangor.

      Reply
      • hafizmd 29 August 2013 at 11:46 AM

        coach luar negara tu…player plak lagi power…ada nama =)

        Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Badminton All England – Pusingan Kedua

By Hazmin Hamudin

Servis Kereta Di Pusat Servis Perodua Balakong

By Hazmin Hamudin

Roti Subway Malaysia Selamat Dimakan

By Hazmin Hamudin

Aku Dah Tengok Gerhana Bulan Penuh

By Hazmin Hamudin

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha al-Yahya

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in