• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Blog Hazmin / Kecewa Permohonan Innity Ditolak

Kecewa Permohonan Innity Ditolak

By Hazmin Hamudin | 12 December 2012 | 68 Comments

Innity Logo

Kecewa Permohonan Innity Ditolak. Malam kelmarin aku memberanikan diri atau lebih tepat mencuba nasib dengan submit application untuk mendaftar untuk menjadi publisher Innity buat kali pertama. Bagi mana-mana blogger yang tak tahu apa itu Innity, apa kelebihan Innity dan syarat-syarat untuk memohon Innity bolehlah merujuk dekat SINI. Tapi aku pasti kebanyakan blogger tahu apa itu Innity kan. Ramai juga blogger yang tergila-gila untuk memasang iklan Innity di blog masing-masing. Tapi apa kan daya akibat syarat Innity yang ketat telah membataskan semua tu.

Setelah menunggu email balasan daripada pihak Innity dengan hati berdebar-debar, jawapan yang diterima adalah sangat mengecewakan hati nurani aku ni. Nampaknya permohonan aku untuk menggunakan Innity telah ditolak. Sebab permohonan aku ditolak adalah kerana Low Traffic, Inappropriate Content. Tentang Low Traffic tu aku faham, tapi yang Inappropriate Content tu aku kurang pasti pulak sebab apa. Ada siapa-siapa boleh jelaskan pasal benda ni?

Berikut adalah email yang telah dihantar oleh pihak Innity.

Thank you for your application to join Innity Performance Network. After a few rounds of review by our team, we have found that your site now does not yet meet our network criteria, due to Low Traffic, Inappropriate Content. Therefore, we are unable to accept you into our network. We do believe in the potential of your site to grow substantially over the years and we are still open to future cooperation.

We have to ensure the effectiveness of Performance ads for our publishers and our advertisers. Hence, we review all publishers, and unfortunately we have to reject certain applicants.

If you need more information, please let us know.

Thank you for your understanding.

Sincerely,

The Innity Performance Network Team

Hazmin Nov Stat

Berkenaan syarat trafik untuk menjadi publisher Innity iaitu sebanyak 40,ooo unique visitors (UV) sebulan dan 200,000 page view (PV) sebulan, mungkin sesetengah blogger mudah je nak capai syarat macam ni. Tapi bagi blogger macam aku yang boleh dikategorikan biasa-biasa sahaja memang terasa agak berat jugak nak capai. Memang aku tahu aku apply Innity ni dengan trafik cukup-cukup makan sahaja iaitu 48,569 UV dan 479,737 PV untuk statistik bulan November 2012. Jadi kebarangkalian permohonan aku ditolak adalah cukup tinggikan. Bulan-bulan akan datang aku akan cuba untuk meningkatkan lagi trafik ke blog aku.

Nak kata kecewa sangat tu takda la. Sekurang-kurangnya aku tahu sejauh mana tahap blog aku sekarang ni. Masih banyak lagi yang perlu diperbaik dan dipertingkatkan lagi bilangan trafik yang masuk. Patutlah selama ni tak pernah lagi merasa dapat Buffered Earnings (BE) atau sekarang ni CPUV (Cost-per-unique-visit) daripada pihak Nuffnang. Takpa, jangan berputus asa. Boleh cuba lagi untuk bulan-bulan yang akan datang ni. Untuk dapat yang terbaik, kita perlu jadi yang terbaik. Usaha perlu ditingkatkan lagi.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Akmal Zaidi 4 February 2014 at 4:07 PM

    Tahniah, saya apply innity sampai sekarang tak ada respon, diorg akan respon sama ada ditolak dan diterima kan, ni dah dekat seminggu masih x de respon lagi. Mintak2 la respon positif.

    Reply
  • Mr True 8 June 2013 at 9:49 AM

    Salam, saya pun baru je apply menjadi publisher Innity ni, tengah hari apply, petang dh approve. Bab UV dan PV pun rasanya lebih kurang sama je dengan bro punya. Maybe rezeki saya kot setelah hampir setahun menunggu untuk apply. Sekarang ni nak bandingkan Innity or Komli yang paling bagus.. 🙂

    Reply
  • Sara 5 May 2013 at 4:28 PM

    dh byk kali apply tp asyik kena tolaj jerk

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 9:28 PM

      Memang ketat dah syarat innity sekarang ni. Kena betul-betul mantap baru boleh lepas.

      Reply
  • zul 15 February 2013 at 11:37 AM

    salam
    nak tanya..image untuk traffic report tu amik kt mane???

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:40 PM

      Image trafik tu ambik dekat AWStats. Kalau menggunakan self hosting wordpress pasti ada benda ni.

      Reply
  • pie 21 December 2012 at 11:12 PM

    bro, nak tanye, apa capcha code kt publisher tu eik…susah btul nak bace..try byk kali xlpas2 code tu

    Reply
  • Ibu Mifzal Arsyad 17 December 2012 at 6:50 PM

    trafik banyak tu..sy ingat mesti innity nak upkan lg syarat trafik ni..huhu sy pun dah 6 kali kena tolak..malas dah nak apply..huhu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 December 2012 at 9:52 PM

      Wah.. sampai 6 kali kena tolak. Lagi banyak tu. Hehe

      Reply
  • Naziman 16 December 2012 at 11:50 AM

    Saya tak pernah cuba lagi daftar innity sebab tahu akan di tolak. huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 December 2012 at 12:53 PM

      Hehe.. cuba nasib je bro. Baru tau kemampuan dirikan. Hehe

      Reply
  • ciklaili.com 14 December 2012 at 3:49 PM

    teruskan usaha untuk meningkatkan trafik blog ini. jgn putus asa ye..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 December 2012 at 1:35 PM

      Itulah.. InshaAllah satu hari nanti trafik pasti akan meningkat.

      Reply
  • syaifuddin alias 14 December 2012 at 3:26 AM

    bukan senang dgn innity ni bro ..demand lebih

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 December 2012 at 8:10 AM

      Tu la dia.. Demand melampau2.. Kih3.. Lagipun memang tak layak lagi kot.

      Reply
  • Joe 14 December 2012 at 2:55 AM

    Tak pe bro. Lain kali boleh try lagi.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 December 2012 at 7:20 AM

      Xboleh putus asa. Kena try lagi lepas ni.

      Reply
  • Arrazi 14 December 2012 at 12:50 AM

    Mungkin ada rezeki yang lain tu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 December 2012 at 7:18 AM

      Mungkin jugakkan. Siapa tahu.

      Reply
  • Nadot 13 December 2012 at 11:45 PM

    ade rezki lain yg lebih baik tu nanti… semoge dapat banyak2 iklan sangaat 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 December 2012 at 7:18 AM

      Banyak2 iklan ye Nadot. Baik lagi dapat banyak2 idea nak menulis. Hehe

      Reply
  • Jebeng Otai™ 13 December 2012 at 11:06 PM

    rugi la innity tolak application bro..huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 December 2012 at 7:15 AM

      Tak layak lagi bro. Ingat dah layak. Hehe

      Reply
  • AmiRini 13 December 2012 at 3:38 PM

    Assalamualaikum…

    Terbaik… bukan senang nk cecah that angka.. especially org baru mcm saya…
    hope bro dpt beri tunjuk ajar…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 4:22 PM

      Waalaikumsalam. Berblogging kena ada minat. Bukan kejar trafik semata-mata. Tulis dengan ikhlas kepada pembaca, suatu hari nanti trafik (pembaca) akan datang sendiri kepada kita.

      Reply
  • wir amir 13 December 2012 at 3:08 PM

    terimakasih Hazmin,dr meniarap,merangkak dahulu,kemudian bertahih,kalau ada yg tertunggeng terbalik entry di blog sy sudilah tunjuk ajar,tak dpt nak berlari mengejar anda semua yg pro,dpt berdiri di atas kaki sendiripun kira baik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 4:21 PM

      InshaAllah, kalau ada yang silap rajinlah bertanya. Pasti ramai rakan blogger yang boleh membantu nanti. Lama-lama nanti jadilah yang pro tu. Hazmin pun belum tahap pro lagi.

      Reply
  • budak felda 13 December 2012 at 12:24 PM

    huh terbaik traffik beb..setahu saya sbb yg kedua paal entry..lagi cantik kalu ada niche 🙂 itu yg saya tahu laaa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 12:27 PM

      Susah la kalau blog personal nak ada niche macam tu. Nak buat niche ni amat susah bagi orang yang bekerja 8-5 macam saya ni. Memang takda masa. Dulu jugak senang nak apply.

      Reply
      • budak felda 13 December 2012 at 12:34 PM

        biasa la dah ramai yg mampu apply kot hehehe

        Reply
        • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 4:16 PM

          Itulah.. Makin ramai blogger dah sekarang ni. Rugi tak apply cepat2.

          Reply
          • budak felda 13 December 2012 at 4:18 PM

            teringin nak apply hehehe

            Reply
  • Myra Jay 13 December 2012 at 9:48 AM

    Fuhhh!! bukan senang tu kan..

    Takpe teruskan usaha dan mencuba ye… Moga berjaya nanti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 12:00 PM

      Dulu dengar kata senang je nak apply. Sekarang ni je telah diketatkan.

      Reply
  • wir amir 13 December 2012 at 7:39 AM

    salam,langsung tak tau,sy br belajar meniarap dlm dunia maya ini,terimakasih sudi dtg ye Hazmin

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 8:47 AM

      Dari meniarap kita akan berjalan dan terus berlarikan. Semoga terus maju dalam berblogging ye.

      Reply
  • ohcikgu 13 December 2012 at 2:54 AM

    tak apalah. cuba lagi lain kali..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:20 AM

      Pasti akan cuba lagi bila dah bersedia. Hehe

      Reply
  • Afifah Munirah 13 December 2012 at 2:14 AM

    Pernah mersa ditolak dan diterima.. Apa-apapun just buat macam biasa, rezeki tuhan bagi kita cari…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:20 AM

      Ada apa-apa tips tak untuk diterima? Hehe..

      Reply
  • donnyien 13 December 2012 at 1:22 AM

    hello bro,
    pernah juga mengalami nasib yang sama dengan bro sebelum ini, turut bersimpati. Cuba lagi bro, naikkan UV blog dengan entry-entry yang fresh dan cuba SEO. Blog saya yang satu lagi semakin ditinggalkan. Entah apa nasib blog itu lepas ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:19 AM

      Bro Donny, Terima kasih untuk tips tu. Pasti akan cuba lagi di masa akan datang.

      Reply
  • beckhrooy 13 December 2012 at 12:59 AM

    Takpe, cuba lagi bro
    bukan trafik tu dah lepas ke…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:18 AM

      Akan datang nak cuba apply lagi. Kena betul-betul bersedia. Tula, ingat trafik tu dah lepas. Tapi masih lagi di tahap rendah je tu.

      Reply
  • TehR 13 December 2012 at 12:17 AM

    tak terlawan dah aku
    memang payah aku nak dapat trafik banyak macam tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:17 AM

      Ala.. Saya pulak tak terlawan dengan pantun bro TehR. Hehe

      Reply
  • Sara 13 December 2012 at 12:12 AM

    dh malas nk lyaan innity..hehehe..byk kali dh kena reject..baik gune yang ade jer 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:17 AM

      Wah.. lagi la dah banyak kali kena reject dengan Innity ni ye. Sekarang guna apa?

      Reply
      • Sara 13 December 2012 at 11:40 AM

        skrng guna adsense dan tgh apply komli..hope dpt la komli tu.. 🙂

        Reply
        • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 12:05 PM

          Senang ke nak lepas adsense kalau blog BM ni?

          Reply
          • Sara 13 December 2012 at 2:30 PM

            sy apply gune blog bi..stahu sy blog BM ni x lps lg nk apply adsense..

            Reply
            • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 4:18 PM

              Patut la. Guna blog BI rupanya. Hehe.

              Reply
  • whitecappuccino 13 December 2012 at 12:04 AM

    itu ker sebabnya…hmmm patotla akak x penah dpt dr nuff tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:15 AM

      Akak tak pernah dapat apa dari nuff?

      Reply
  • wanayu 12 December 2012 at 11:34 PM

    xpenah lagi apply.. akan apply xlama lagi..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 13 December 2012 at 7:15 AM

      Wah.. Mesti trafik dah kencang ni kan.

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 12 December 2012 at 10:46 PM

    tak pernah kawe apply ehhh… cukup jer layan adsense jer. Ponat nak jaga byk sgt program 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2012 at 10:59 PM

      Aku lagi la tak layak nak apply adsense tu bro. Blog bro ada campur dengan BI kira ok lagi la..

      Reply
    • beckhrooy 13 December 2012 at 12:59 AM

      adsense tak aprove2 lagi huhu

      Reply
  • jal 12 December 2012 at 10:40 PM

    boleh cuba lagi nanti keep it up jer insyaallah boleh dapat

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2012 at 10:58 PM

      Itulah.. Nak kena naikkan lagi trafik dan baiki apa yang kurang.

      Reply
  • SamDaddyCool 12 December 2012 at 10:21 PM

    Takpe cuba lagi. Bab BE tu serius aku pelik. Trafik blog aku tu, tak sampai 100 uv sehari, tapi dapat BE

    Reply
    • SamDaddyCool 12 December 2012 at 10:22 PM

      Serius trafik blog ko ni, 10 kali ganda lagi baik berbanding blog aku tu.

      Reply
      • Hazmin Hamudin 12 December 2012 at 10:58 PM

        Uit.. Trafik bro tak sampai 100 uv sehari pun dah boleh dapat BE ke? Pelik jugak Nuffnang ni. Rasa macam nak hantar tiket je dekat diorang ni.

        Reply
  • remyhazza 12 December 2012 at 9:57 PM

    takpe bro… mungkin takde rezeki lagi… remy pun kekadang sedih jugak….. BE tak pernah singgah……. tapi bila difikirkan balik… mungkin blog remy tak sebagus blog lain…. kena redha aje… mungkin bukan rezeki remy disini….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2012 at 10:56 PM

      Itulah. Belum rezeki lagi. Remy pun tak pernah dapat BE jugak ke? Mungkin blog kita ni ada lagi ruang yang perlu ditambah baik.

      Reply
  • akubiomed 12 December 2012 at 9:11 PM

    Rasanya syarat menyertai Innity telah dinaikkan sejak awal tahun 2012.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 December 2012 at 10:55 PM

      Itulah.. Rasanya kalau ikut syarat asas dah lepas dah. Tapi mungkin nak lebih lagi daripada tu.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Perlawanan Malaysia vs Liverpool | Liverpool Asia Tour 2011

By Hazmin Hamudin

Bazar Larut Malam Mines Auto City

By Hazmin Hamudin

Lama Betul Tak Bersiaran

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Pesta Cahaya 2013

By Hazmin Hamudin

Salma Juara Mentor Ke 5

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in