Sejak kebelakangan ni rajin betul aku menjejakkan kaki ke Chatime. Apa itu Chatime ? Kalau korang biasa minum buble tea korang akan tau la Chatime ni benda apa. Senang cerita chatime ni menjual segala jenis buble tea la. Chatime ni merupakan franchised daripada Taiwan dan mula mendapat perhatian di kalangan rakyat Malaysia termasuklah aku sendiri.
Mula-mula diperkenalkan di Taiwan pada tahun 2005 dan sekarang ni mempunyai lebih 200 kedai di seluruh Asia Pasifik iaitu di Taiwan, China, Hong Kong, Australia, Vietnam, Los Angeles dan sekarang ni mula bertapak di Malaysia. Aku kalau pergi Chatime ni mesti beli Hazelnut Chocolate with Pearl dengan Roasted Milk Tea with Pearl. Nyaman betul bila dapat minum sambil kunyah pearl tersebut.
Kalau mula-mula nak masuk kedai Chatime ni mesti korang akan terasa was-was kerana terdapat tulisan seakan-akan tulisan Cina dan majoriti yang berkunjung ke Chatime ni adalah daripada kaum Cina. Tapi korang jangan risau sebab Chatime ni mempunyai sijil halal antarabangsa.
Uish… Macam dah lari tajuk je aku ni. Macam tau-tau je sekarang ni aku kerap berkunjung ke Chatime ni. Maka dengan bermurah hatinya Nuffnang menghadiahkan voucher beli 2 percuma 1 Chatime Publika Special kepada semua Nuffnangers. Menarik bukan ? Bukan itu sahaja, voucher tersebut juga boleh digunakan selama tiga bulan sehingga 31 Januari 2012. Tetapi hanya boleh digunakan dekat cawangan Chatime @ Eat Food Village, Publika, Solaris Dutamas.
Terima kasih la kepada Nuffnang sebab sudi nak bagi voucher macam ni. Lain kali kalau ada lagi voucher yang best-best jangan la lupa bagi aku lagi ye. Boleh gak aku tolong promote kan.
oooo.. HALAL antarabangsa yek? baru tau.. thanks! ๐
your welcome.
bes ek…hari2 boley gne voucher ni selama 3 bulan???baiknye nuffnang!
Kalau hari-hari beli Chatime ni pun boleh bankrap jugak.
tak pernah try lagikk! hehehe hope dapat try sbb ramai dah yg cakap best! ๐
Memang best pun… Try la… ๐
tahniah.
terima kasih.. ๐
jom belanja akk dengan rakyat akk hahah
belanja tu boleh, tapi dengan rakyat jelata tak tahan tu kak…takut dengar..hehe
rm5.00 secawan..mahalnya..
kalau nak dikira dari segi kepuasan, rasanya berbaloi. tapi terpulang dekat individu untuk menilai..