• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Work / Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I

Keputusan Peperiksaan Pengesahan Jawatan Kumpulan Sokongan I

By Hazmin Hamudin | 9 September 2012 | 34 Comments

Peperiksaan Pengesahan Jawatan

Penantian selama tiga bulan akhirnya berakhir. Akhirnya keputusan peperiksaan pengesahan jawatan kumpulan sokongan I yang aku ambik masa bulan Jun hari tu telah aku perolehi. Memang berdebar sangat menunggu keputusan exam untuk sah jawatan ni. Kalau tak lulus siap sedia la ko untuk hadap buku yang tebal-tebal tu balik tahun depan. Tak reti-reti lagi nak repeat exam kalau dah tak lulu. Memang tak nak la kan repeat exam sebab nak kena study balik.

Bila dapat tahu surat keputusan peperiksaan pengesahan jawatan aku dah ada dengan bos, lagi bertambah berdebar la kan. Siapa yang tak takut failed oi. Esoknya bos call suruh aku datang bilik dia. Memang aku dah tahu la kan motif bos panggil masuk bilik dia. Dengan tersenyum-senyum bos pun cakap, “tahniah, kamu lulus semua bahagian. Lepas ni boleh la belanja makan” Sempat lagi tu bos suruh belanja makan. Alhamdulillah… Syukur sangat dah lulus exam untuk disahkan jawatan.

Sekarang ni tinggal nak tunggu surat untuk pengesahan jawatan je. Dengan ini secara rasminya (rasmi ke tak dapat surat sah jawatan lagi?) aku akan menjadi kakitangan awam berstatus TETAP. Dah bolehlah keluarkan duit KWSP untuk buat modal kahwin. Ah… Takda maknanya. Baik aku simpan duit tu buat modal beli rumah lagi bagus. Harap-harap lepas ni dipermudahkan segala urusan sehingga aku mendapat surat disahkan jawatan dalam perkhidmatan awam ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • tips 12 September 2012 at 1:28 PM

    keluar EPF, simpan dalam Tabung Haji pula.. 🙂

    *Tahniah wahai penjawat awam!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2012 at 2:52 PM

      Terima kasih. Boleh dipertimbangkan juga masuk dalam Tabung Haji.

      Reply
  • sumijelly 12 September 2012 at 12:27 PM

    Tahniah…. lepa sni leh la ambik KPSL……….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 12 September 2012 at 2:51 PM

      Kena kumpul pengalaman sebanyak mungkin, terus naik yang lagi tinggi. Hehe

      Reply
  • Denaihati 11 September 2012 at 7:35 AM

    tahniah bro. duit KWSP utk modal beli rumah rancangan terbaik.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 September 2012 at 8:13 AM

      Itulah… Kalau nak harapkan duit simpanan memang tak cukup. Duit KWSP tak boleh usik dan simpan untuk modal beli rumah.

      Reply
  • donnyien 11 September 2012 at 6:23 AM

    tahniah~

    Reply
  • muazfaris 11 September 2012 at 2:23 AM

    tahniah bro,, rezeki.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 September 2012 at 8:10 AM

      Terima kasih bro. Alhamdulillah…

      Reply
  • Nadot 11 September 2012 at 12:50 AM

    Tahniaaahh!!!… 🙂
    keje putrajaya ke?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 September 2012 at 8:10 AM

      Terima kasih Nadot. Takde la.. Kerja dekat KL, tp duduk berhampiran jugak dengan Putrajaya.

      Reply
  • Manan Qayyim 10 September 2012 at 11:24 PM

    tahniah bro… all the best utk job tu…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 September 2012 at 8:09 AM

      Tq bro..

      Reply
  • padin 10 September 2012 at 7:30 PM

    tahniah.. moga lebih cemerlang dalam perkhidmatan,
    sukses dalam kehidupan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 9:47 PM

      InshaAllah..

      Reply
  • Eizil 10 September 2012 at 6:43 PM

    Tahniah bro, semoga selepas ni akan dipermudahkan segala urusan… Tanggungjawab kepada keluarga jangan dilupa… 🙂

    Reply
  • puteri kasih 10 September 2012 at 2:23 PM

    tahniah hazmin..jangan lupa belanje puteri juga…hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 9:47 PM

      Wah.. Semua mintak belanja ni.

      Reply
  • Lawrence Vision 10 September 2012 at 2:10 PM

    Tahniah bro, kena open table kalau macam ni.bukan senang nak dapat kerja la ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 9:46 PM

      Terima kasih bro.Hehe

      Reply
  • Fazrol 10 September 2012 at 11:55 AM

    tahniah bro…
    Boleh buat open table… He he..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 12:36 PM

      Alamak… Open table ye.. Boleh2… Hehe

      Reply
  • lewisdotmy 10 September 2012 at 12:42 AM

    tahniah lulus peperiksaan tersebut

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 12:35 PM

      Terima kasih bro. Risau jugak kalau tak lulus.

      Reply
  • najmi jemik 9 September 2012 at 11:19 PM

    tahniah Min, aku lak yg berdebar2x…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 12:29 PM

      Apasal ko lak yang berdebar. Rilex sudah.

      Reply
  • zik 9 September 2012 at 11:16 PM

    cayalah bro… memang hebat nih… dah conpom tue… kalau aku sujud syukur terus..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 September 2012 at 12:29 PM

      Sangat setuju. Memang syukur sangat lulus.

      Reply
  • saupz 9 September 2012 at 8:19 PM

    tahniah bro..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 September 2012 at 10:37 PM

      Terima kasih bro

      Reply
  • auc dot com 9 September 2012 at 7:09 PM

    Tahniah bro…
    leh belanja pas ni 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 September 2012 at 10:37 PM

      Terima kasih bro.

      Reply
  • hatiputera 9 September 2012 at 5:04 PM

    lepas nie dah boleh kenduri duit kwsp pulak.hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 9 September 2012 at 6:08 PM

      Hehe.. Keluar duit KWSP saat yang dinanti-nantikan.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Senarai Harga 20 Jenis Barang Kawalan Sempena Raya 2011

By Hazmin Hamudin

Khairul Fahmi Che Mat Cedera Dalam Kemalangan

By Hazmin Hamudin

Salam Ramadhan 2019/1440H

By Hazmin Hamudin

Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa 2011 Kali Ke-53

By Hazmin Hamudin

Aku Dan LRT

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2026 · Genesis Framework · WordPress · Log in