Pagi tadi dah selamat sarapan sebungkus nasi lemak dengan ayam sambal. Satu kombinasi menu yang membuatkan aku kenyang sampai ke tengah hari. Perut pun tak terasa lapar lagi. Maka lepas solat jumaat aku buat keputusan nak makan yang ringkas-ringkas je. Tujuan asal nak makan Wendy’s, tapi boleh tahan jugak penuhnya Wendy’s dekat KLCC ni. Beratur sampai ke luar. Jadi terus beli donuts dekat Big Apple Donuts & Coffee.
Cukuplah hidangan tengah hari aku yang ringkas ni. Aku cuma beli Californian Almond dengan Say Cheese je. Dua-dua donut guna coklat putih. Memang lemak berkrim la bila makan. Jumlah harga makan tengah hari aku hari ni RM5. Okey, dah kenyang kena sambung buat kerja.
fuhh..mesti sedap kann..
Boleh tahan jugak kesedapan dia. Lemak berkrim. Disukai ramai. Hehe
big apple memag menjadi pilihan,donut-donutnya sedap belaka 🙂
Tu la.. Rasanya Big Apple dengan Jco ni berasal daripada Indonesia kan.
big apple donut nih memang berhantu…kalau den satu kotak tuh pun boleh habiskan…hehe
hehe.. Ramai jugak penggemar big apple donut ni ye.
belum pernah merasa lg donut big apple..selalu makan dunkins donut je..mungkin esok leh rasa 🙂
Dunkis donut bagi saya dah tak sedap dah.. Elok ibu Mifzal cuba big apple pulak. 🙂
macam orang putihlah…
Orang melayu pun ada donut jgk ape. Hehe
apa apa pun big apple donut nie memang fov saya, kalau pergi mid valley mesti bila package…
Ramai jugak ye yang menggemari donut ni. Budak-budakpun suka kalau dapat.
hai bro, nampak sedap je donat tu, one of my favourate
Memang sedapkan bro. Tapi cepat muak.
nampak cam sedap..tak pernah makan lagi donat mcm ni..huhu
Bro kena cuba makan ni. Memang sedap. Hehe
tengok bola makan ni best juga
Memang best ni bro. Tapi tak boleh selalu.. Manis dan cepat muak.
alahai.. mcm bunting pulak daku ni tetiba mengidam nak makan donut big apple ni. elok la hr ni pun hr sabtu. jab kena menyendel yang di pertuan suami ku.. hahahaha
Hahaha.. Lain macam je ni.. Sila la beli je donut ni.
Saya paling suka makan donat
Sedap buat minum petang donut ni.Hehe
tiba2 rasa nak makan donut juga ni..
nasib baik xde yang berdekatan..
hahaha
Bro duduk mana? Donut gula pun boleh jugak. Hehe
pada saya J’CO paling best.. 🙂
J’CO pun antara yang terbaik jugak bro. Tapi susah nak cari. Hehe
dulu selalu gak makan ni kat mid valley.. memang sedap..
Apple donut ni lagi sedap dari Dunkin’ Donut…terbaik…sama la kita..waktu tengahari jer boleh makan, cukup la 2 biji donut pun kira ok….
Zaman Dunkin Donut dah berakhir. Hehe.. Dunkin liat dan rasapun lebih kurang sama je semua.
Kakak minggu ini tak masak sebab semua anak-anak dan mak zah ada di kampung. makan beli juga.
Tapi tempat kakak kerja jauh nak cari donut macam Hazmin ni. kalau ada best juga
Dapatlah akak berehat daripada bermasakkan. Hehe.. Dekat johor takda ke kak donut ni? Bagi anak-anak mesti suka ni.
dah tak berapa minat big apple..sebab manis sangat..tapi kalau sekali sekala makan, ok je
sekali sekala ni je bro. Dah lama tak makan. Kalau selalu memang muak jugak ni.
aku juga kalau tengah hari boleh makan macam ni
roti atau biskut pun boleh
nasi aku makan pagi dan malam
hehe
Dekat ofis saya selalu mempraktikkan macam ni. Hehe.. Tengah hari waktu tido. Haha
kalau dah kena nasi lemak…sampai ke ptg pun perut boileh tahan…… heavy tu……
Itulah pasalnya. Terus makan donut je tengah hari. Hehe
apa ni oi! makan nasik ala oi!!
Kenyang nak makan nasik oi.. Haha
melayu kena makan nasik oi! HAHHAH
Makan nasi gemok la oi.
Sedap….tapi JR kdg2 mkn donut yg dibuat isteri (tak ada brand..)
Donut yang dibuat sendiri lagi terbaik bro JR 🙂
big apple punye donat durian terrrrbaik!
pelik jugak wendy’s situ penuh orang eh. ada tempat lengang je…macam kat gian kota damansara. ke masa kite pegi tu je yang lengang?
Itulah.. Order donut durian tapi takda pulak. Padahal musim durian sekarang ni.
Wendys dekat KLCC ni baru dirasmikan. Beratur sampai keluar. Memang tak sanggup nak tunggu.
sedap nih bro
Sedap jugak.. Hehe
Kalau beli sekotak tak cukup donut nie.. Permintaan di rumah kawe amat tinggi.. adehhh..
Kalau ramai permintaan memang tak cukup 2 biji ataupun 6 biji. Kena beli lebih lagi.
sedap tu Hazmin,nyummm nyummm,
nak buat mcmana ye dgn bloglist tu?nmpak gayanya kena dtg selalu utk cek entry terbaru,hehe
Itulah… Hazmin pun tak tau kenapa jadi macam tu.
Isteri saya ada ajak beli Big Apple tetapi saya pula tidak berminat.
Hehe.. Kenapa tak ikutkan saja kemahuan isteri bro?
Okay.
Selamat sambung kerja. huhu