• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Makan-Makan / Makan Tengah Hari Di Ani Sup Utara Bandar Baru Bangi

Makan Tengah Hari Di Ani Sup Utara Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin | 4 March 2012 | 12 Comments

Hari ni makan tengah hari di Restoran Ani Sup Utara Bandar Baru Bangi. Cawangan Ani Sup Utara ni terletak di Seksyen 9 dan bersebelahan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) Bandar Baru Bangi. Ani Sup Utara ni merupakan salah satu restoran yang semakin berkembang di Malaysia.

Ani Sup Utara Bangi 1Para pelanggan dapat merasai 2 jenis aneka sup dimana ianya disediakan dalam bentuk alakat dan set yang dihidangkan bersama nasi putih, telur masin, timun, dan sambal belacan. Bila dah belek-belek menu, aku order la set sup tulang dengan air yang dah macam wajib pulak aku order sekarang ni iaitu, teh O ais limau. Tak tahu la macam mana rupanya sup tulang kat Ani Sup Utara ni kan.

Ani Sup Utara Bangi 2

Daripada rupa boleh dikatakan agak menarik jugak sup tulang ni. Tapi dari segi rasanya boleh la dikatakan biasa-biasa sahaja sebab  bagi aku kuah supnya agak cair.

Ani Sup Utara Bangi 3

Macam yang dikatakan tadi, set sup ni didatangkan sekali dengan nasi putih semangkuk, telur masin separuh, timun sepotong, dan sambal belacan. Kira cukup la untuk mengenyangkan aku yang bukan la mempunyai nafsu makan yang agak buas.

Ani Sup Utara Bangi 4

Bagi mereka yang menggemari makanan berasaskan sup, boleh la datang ke Restoran Ani Sup Utara ni yang sememangnya menyediakan menu utama makanan sup.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Mummy Akmar 30 October 2012 at 8:49 AM

    Pernah makan Ani Sup Utara di Kota Damansara, mengecewakan lah. Sup soto sejuk. Nasi pon tak berapa. Mungkin sebab dah petang kot…Tak fancy sangat restoran ni! Hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 October 2012 at 9:10 AM

      A’ah la mummy… Masa mula-mula makan kat ani sup utara ni memang tak sedap pun.. Biasa-biasa je…

      Reply
  • yas 5 March 2012 at 1:18 AM

    antara yang terbaikk nihhh!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 7:38 AM

      Kalau penggemar sup, memang terbaik.

      Reply
  • titan 4 March 2012 at 9:59 PM

    kat banting ada ani sup utara ni..sekarang ni aku tak pasti ada lagi ke tak. mak aku kata macam dah tutup..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 7:30 AM

      Mungkin diorang ni tak mampu nak bersaing dengan peniaga2 melayu yg terdapat dekat banting tu…

      Reply
  • azmanisma 4 March 2012 at 7:49 PM

    Ani sop mmg banyak cawangan…pernah singgah kat J.J lama dah..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2012 at 7:58 PM

      Bila cuaca panas hari ni, sup memang menu yang terbaik. Cuma kena pilih sup mana saja yang kena dengan tekak ni.

      Reply
  • akubiomed 4 March 2012 at 7:16 PM

    Layan menghirup sup ini. Jangan sampai ada yag pesan sudahlah. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 March 2012 at 7:18 PM

      Memang layanpun hirup sup ni kalau panas2. Tapi pengsan ke bro kalau hirup sup?

      Reply
      • akubiomed 4 March 2012 at 10:50 PM

        Kalau yang ada masalah kolestrol boleh tumbang, 🙂

        Reply
        • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 7:32 AM

          Nasib la aku takda masalah kolestrol ni. Tapi kalau ambik sup yang tak berlemak mungkin tiada masalah kot bro…

          Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday | Hasil Seni

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Kenangan Kucingku

By Hazmin Hamudin

Malaysia Tewas, Tapi Aku Berjaya Lagi

By Hazmin Hamudin

Gempa Bumi Di Jepun Memberi Kesan Kepada Talian Internet

By Hazmin Hamudin

Jom Join ChurpChurp

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in