• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Umum / Membeli Kasut Jogging

Membeli Kasut Jogging

By Hazmin Hamudin | 10 October 2013 | 92 Comments

Jogging

Dengan berjogging kita dapat membakar lemak dan menambahkan tahap metabolisme dalam badan. Yang lagi best, jogging juga boleh menghilangkan lemak degil kat perut. Tapi kena la jogging selalu dan konsisten. Kalau setakat sebulan sekali baik tak payah.

Jadi untuk menyahut cabaran Biggest Loser Contest Unit yang dibuat di pejabat aku, lepas ni aku akan mula berjogging semula. Ya, sebenarnya memang aku dah lama tak berjogging. Senang cerita aku memang malas nak berjogging. Kalau aktiviti sihat macam ni pun tak buat, macam mana berat badan nak turunkan. Dekat sini aku senaraikan jugak beberapa kelebihan berjongging ni.

Antara Kelebihan Jogging:

  • Menguatkan jantung dengan melancarkan peredaran darah dan sistem pernafasan.
  • Mempercepat sistem pencernaan dan membantu menyingkirkan masalah pencernaan.
  • Menghilangkan tekanan.
  • Mengarahkan kepada kehidupan yang aktif.
  • Membantu membakar lemak dan mengatasi kegemukan.
  • Membantu memperbaiki selera makan.
  • Menguatkan otot kaki, paha dan punggung.
  • Membuat tidur lebih nyenyak.
  • Cara senaman paling murah.

Perkara pertama yang aku kena buat untuk memulakan aktiviti berjogging ni ialah membeli kasut jogging yang sesuai. Nampak tak betapa lamanya aku tak jogging sampai kasut jogging pun dah takda. Jadi pemilihan kasut yang sesuai amat penting bagi mengelakkan kecederaan pada pergelangan kaki dan memberi impak yang tidak baik kepada otot kaki ketika berlari.

Nampaknya sekarang ini membeli belah secara atas talian telah menjadi trend kerana ianya memudahkan pembeli. Dengan melayari laman web online shopping popular seperti Zalora Malaysia, aku tak perlu lagi bersesak-sesak di pusat membeli-belah. Masa, duit minyak jugak dapat dijimatkan.

Siapa yang tidak kenal dengan laman web Zalora Malaysia ni kan. Dengarnya servis mereka semakin hari semakin baik jugak. Jadi aku ada jugak tengok kasut jogging yang boleh aku beli di Zolora ni. Lepas dah tengok, memang ada beberapa kasut yang aku berkenan jugak. Nanti kalau aku dah beli aku buat entri yang lain pulak

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • zik 15 October 2013 at 11:00 PM

    lama tak jogging nih.. kasih jogging memang takda.. tapi kasut safety boot adalah.. huhu

    Reply
  • Rizkyzone.com 13 October 2013 at 9:48 PM

    saya kalau jobging tak pakai alas kaki sob, sekalian refleksi kaki

    Reply
  • seri.selaseh 13 October 2013 at 9:37 AM

    Ada member cakap, berbasikal atau berenang lagi selamat dpd jogging. Sbb jogging nih bnyk hentakan kat tubuh badan. Kalau naik basikal, kita tak rasa hentakan2 tu. Sama gak ngan berenang

    Reply
  • ohcikgu 13 October 2013 at 5:01 AM

    macam patut kena tukar kasut baru jugak aje nih..

    Reply
  • akubiomed 12 October 2013 at 4:33 PM

    Selamat berjogging. Cuma jangan ekstrem sangat nanti lutut cepat haus masalah di hari tua atau awal lagi.

    Reply
  • ejam 12 October 2013 at 2:07 PM

    sejak dah beranak pinak ni tak pernah pergi joging lagi…rindu kawan2 sama belajar dulu yg selalu cuci mata berjoging dan usha2 awek..hehe

    Reply
  • Sop 12 October 2013 at 1:54 AM

    Wah bagus tu bro mula bersenam
    Sop dah lama x berjogging
    kasut NIKE dah rosak sbb lama xguna.. tu la sbb lama x bersukan
    nak gi gym pun malas ni.. iks iks

    Reply
  • Hafizul 11 October 2013 at 8:07 PM

    Betul belaka dah tu apa yang dikata..sya pernah gak berjoging..bab buang air besar memang lawas..tapi tak lama bertahan smgt sy thu..last2joging entah kemanaa dahhh..hehe

    Reply
  • Khairul Zamri 11 October 2013 at 7:33 PM

    aishhh mcam dapat paid link zalora je nie hehe

    Reply
  • anies 11 October 2013 at 12:35 PM

    sy pn igt nk beli kasut baru tp tgk kasut lama tu mcm ok je.. cuma rs berat sket je la

    Reply
  • suriaamanda 11 October 2013 at 11:33 AM

    SA masih dlm ward…ni pun akibat x jogging la ni…sihat skit nanti SA nk start jog..lemak pun dh byk ni…

    Reply
  • Mak lagenda 11 October 2013 at 11:03 AM

    mak ni, joging pun idakkkk..kot mana la nak beli kasut2 jogging ni eyh. Pdhal anak laki dah berbuih mulut soh senam tu..

    Reply
  • LydSunshine 11 October 2013 at 10:03 AM

    akak kalo beli kasut jogging takde nya nak consider benda2 tu. Asal boleh je. heheh. Sebab joging pun jarang.

    Reply
  • WakGelas™ 11 October 2013 at 8:15 AM

    wak pon dh lama x jogging jugakks.,ahhKs

    Reply
  • Dezee 11 October 2013 at 7:17 AM

    Aku prefer swimming..rs mcm terbang beb.heh.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 8:01 AM

      Haha. Macam mana pulak boleh terbang kalau dah dalam air tu bro?

      Reply
  • papa mifz 11 October 2013 at 2:56 AM

    den dah lama sangat tak berjogging…kene ubah nih…huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 8:01 AM

      Hehe. Kena jogging jugak bro. Bawak mifz beriadah sekali.

      Reply
  • fazrol 11 October 2013 at 1:22 AM

    Kalau tak silap kasut paling elok utk jogging adalah oasic…
    Yang ada gel… menjaga sendi..
    Kata2 dari kawan aku yg rajin jogging…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 8:01 AM

      Kasut Asics ke maksud bro? Rasanya betul apa yang bro cakap tu. Design kasut ni memang out, tapi fungsi tak boleh dipertikaikan lagi.

      Reply
      • fazrol 11 October 2013 at 8:11 AM

        yang tue yg sebenarnya.. ha ha..

        Reply
  • titan 10 October 2013 at 11:53 PM

    beli kasut..tengok tujuan. Bukan semua kasut sesuai untuk jogging. hoho..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 8:00 AM

      Ada cadangan ke bro kasut apa yang best? Hehe

      Reply
  • wazy 10 October 2013 at 11:45 PM

    Dah lama tak tukar kasut jogging yang sedia ada ni,nampak gaya kena beli yang baru sekali ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:59 AM

      Kalau dah ‘season’ kena beli baru bro. Baru selesa. hehe

      Reply
  • Denaihati 10 October 2013 at 10:28 PM

    pilih kasut jogging yang sesuai dan selesa amat penting untuk kesihatan kaki kita.
    selamat berjogging semula bro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:59 AM

      Betul tu tuan. Kena beli kasut yang sesuai dan selesa. Terima kasih tuan Denaihati.

      Reply
  • Mama Murai 10 October 2013 at 10:11 PM

    dulu selalu gak berjogging. tapi la ni makin kurang sebab aktiviti seharian terlalu padat. kadang-kadang menyesal pula terlibat dengan perniagaan. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:58 AM

      Pertama kali dengar orang menyesal dengan perniagaan ni. Hehe. Ala, mesti ada masa tu untuk jogging. Kena pandai cari masa.

      Reply
  • ajumohit 10 October 2013 at 10:01 PM

    semoga berjaya dalam challenge tu ye, semnagat mcm ni yg kita mahu 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:58 AM

      Haha. terima kasih kak. Tak nak jogging jugak?

      Reply
  • Mizz Aiza 10 October 2013 at 9:52 PM

    jom sihatkan badan.. aiza jogging pun seminggu 2-3 kali je..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:57 AM

      Ok la tu Aiza. 2-3 kali seminggu pun dah ok jugak daripada tak buat langsung. Ni nak start pun malas lagi ni. Hehe

      Reply
  • eyriqazz 10 October 2013 at 7:10 PM

    Sayapun baru beli kasut jogging juga..tapi tak guna2 lagi..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:57 AM

      Bila nak mula ni bro? Hehe. Kasut dah ada dah tu, tinggal nak sarung je.

      Reply
  • Anim 10 October 2013 at 7:03 PM

    Selamat berjogging. Usia muda lagi ni, insyaAllah takde masalah kesihatan. Dah bertambah usia cam kak ni, doktor bagi jalan kaki cepat saja. Nak jogging dah tak daya…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:56 AM

      Itulah kak. Tapi dari muda ni lagi kena jaga kesihatankan. Nanti dah tua susah kalau baru nak sibuk jogging semua tu.

      Reply
  • Mrjocko 10 October 2013 at 6:30 PM

    dulu dapat free jer kasut joging,,, skang dah kena beli jugak,,, ;(

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:55 AM

      Aik. Macam mana boleh dapat free dulu bro?

      Reply
  • wahida 10 October 2013 at 5:30 PM

    aku bersenam kat gym je nok, tu pun bukan berlari, berjalan je atas treadmill tu…wakakaka…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:54 AM

      Haha.. Berjalan je atas treadmill. Ni memang hebat kak.

      Reply
  • Pokok Manggis Depan Rumah 10 October 2013 at 5:09 PM

    Wah,bagus berjogging, boleh menyihatkan tubuh badan.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:54 AM

      Memang salah satu perkara yang patut buat sebenarnya kan bro. Rakyat Malaysia ni malas nak jogging. Hehe

      Reply
  • Juan 10 October 2013 at 4:59 PM

    aku baru jer semalam aku berjogging, ko buat entry ni buat aku tergerak nak hasilkan artikel pasal jogging nih, hehe

    Reply
    • Pokok Manggis Depan Rumah 10 October 2013 at 5:10 PM

      Kena buat tu. Boleh dapat cerita jogging juan pula.

      Reply
      • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:53 AM

        Hehe. Ingat nak sambung lagi cerita jogging ni. Tunggu ada kasut dulu baru boleh sambung lagi.

        Reply
  • Sumijelly 10 October 2013 at 4:48 PM

    kak sumi salah beli kasut jogging.. trs x dpt jogging…

    nampaknya kene g beli baru… sbb kalu x selesa pakai cam na nak jogging kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:52 AM

      Macam mana boleh salah kak? Beli online ke? Itulah, kalau tak selesa memang tak boleh pakai la nak buat jongging. Kena beli lain.

      Reply
  • Nafira 10 October 2013 at 3:57 PM

    hehehe.. selamat menyahut cabaran yer~
    saya pon ngah usha kasut joging gak.. setakat nih memang saya kayuh basikal senaman tu jer.. x yah kasut joging.. hehehe.

    tak minat ke nak wat DA cam saya?? cepat tau berat turun.
    tak senam pon berat turun.. tapi kena cekalkan hati tolak semua makan berkarbohidrat dan bergula.. hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:52 AM

      Berkesan ke kayuh basikal senaman tu? Dekat rumah ada satu tapi malas nak guna. Hehe.

      Itulah, tengok diet DA ni macam boleh tahan seksa dan banyak dugaan. Setakat kawal sikit-sikit tu boleh la. Duduk dengan parent ni lagi susah. Makan je kerja. Hehe. Tapi sekarang nak kurangkan nasi la.

      Reply
  • Strider 10 October 2013 at 3:15 PM

    bagus gak tu bro..aku pun memang nak beli kasut jogging tapi takde masa nak kuar shopping..nanti boleh laa bro buat entry pasal nak beli barang kat zalora nie..aku memang tak penah buat online shopping nie..hehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:50 AM

      InshaAllah bro kalau jadi beli kasut dekat sini.

      Reply
  • fiezaradzi 10 October 2013 at 3:04 PM

    bagus entry ni ni.. hehe..
    bila ada kasut baru, memang lebih semangat sikit nak bersukan ni.. nak2 anak2 mmg suka aktiviti macam ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:49 AM

      Bagus jugak anak-anak suka joggingkan. Nanti mesti mak ayah pun terjoin jugak. Hehe

      Reply
  • Nadot 10 October 2013 at 2:41 PM

    Setiap kali beli kasut jogging bukan main, pastu guna 2-3 kali je..next year beli lagi… hohoho

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:49 AM

      Haha. siap beli tiap tahun tu. Tapi tak gunapun. 🙂

      Reply
  • lizz 10 October 2013 at 2:25 PM

    samala kiter dah lama tak berjoging…kasut joging tu elok lagi dalam kotak nunggu tuan dia berjoging hehe…akak biasa beli kat kedai biasa jer…kasut joging ni janji selesa n sedap pakai…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:48 AM

      Kena jogging balik kak. Hehe. Nasib la akak ni badan ok kan. Tu yang malas tu nak joggingkan.

      Reply
  • TENGKUBUTANG 10 October 2013 at 2:24 PM

    huk2.. sedih..lama dah x jogging.. naK JOGGING TAKOT… XDE KAWAN.. NANTI KENA KEJO DGN ORG GILER LG.. KUI3

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:47 AM

      Macam ada pengalaman kena kejar dengan orang gila je ni. Cuba cerita. Hehe

      Reply
  • suri 10 October 2013 at 2:17 PM

    semoga semangatnya terus kental 🙂 ni target berpa kg nak loss

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:47 AM

      Permulaan ni nak turun dalam 2kg. Kalau ikutkan senang je nak capai. Tapi permulaan ni memang berat sikit badan ni. Hehe

      Reply
  • Joe 10 October 2013 at 12:42 PM

    Aku selalu jugak beli kasut online. Al-Ikhasan pun ok jugak. Tapi aku selalu import kasut dari luar. Aku beli kat ebay je

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:46 AM

      Rajin jugak bro beli kasut online ni ye. Aku ni takda pengalaman beli kasut. Kalau beli barang lain pernah jugak.

      Reply
  • puteri kasih 10 October 2013 at 12:30 PM

    pandangan puteri la kan, kalau nak beli kasut untuk jogging, elok dibeli kat kedai je. Sebab boleh diukur terus kat kaki dan memastikan ianya selesa atau tidak. Kalau beli online, mata kita je yang berkenan tapi mungkin kaki pula yang tak selesa bila di pakai 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:45 AM

      Itulah. Rasanya macam tu la puteri. Terima kasih untuk pandangan tersebut ye.

      Reply
  • yui 10 October 2013 at 11:34 AM

    jgn lupa entry bila dh beli ok..

    Reply
    • t.a.t.a 10 October 2013 at 12:30 PM

      tak nak entry bila dah beli. saya nak entry bila dah turun berat badan. mwahahaha.

      Reply
      • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:44 AM

        Tu pun kalau turun la… Kah3.

        Reply
        • t.a.t.a 11 October 2013 at 8:55 AM

          x pe, at least nak tahu hasil selepas nya.

          Reply
  • JR 10 October 2013 at 11:12 AM

    Sebagai jogger tegar yg hari-hari berjoging 6 km sehari (kecuali Sabtu), saya lebih suka membeli kasut di kedai kasut dari membeli secara online. Ini bagi memastikan kasut yang dibeli itu benar2 sedap dan sesuai dipakai. Walaupun beli online harganya lebih murah, tapi saya kuatir ia tidak sesuai dengan saiz kaki, kerana dari pengalaman saya ada kasut yang tidak sedap dipakai walaupun saiznya menepati saiz kaki kita….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 11 October 2013 at 7:44 AM

      Kena ambil perhatian ni. Rasanya dah boleh buat keputusan. Beli dikedai lebih selamat rasanya. Terima kasih bro JR.

      Reply
  • hafizmd 10 October 2013 at 10:39 AM

    terbaiklah!

    beli kasut joging yg betul2 elok…sbb ada jugak ambe terbaca, kasut joging yg terlampau bagus, akan mengurangkan kebolehan otot kaki utk berfungsi dgn baik…erm =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 10:47 AM

      Terima kasih untuk info ni bro. Aku beli yang biasa-biasa je kot. Hehe. Yang terlampau bagus tu mesti mahal harga.

      Reply
  • blogger lelaki 10 October 2013 at 10:03 AM

    aku pun dh laam sgt tak joging ni…mmg dh pancit habis aku skang ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 10:45 AM

      Kalau lama tak jogging memang pancit. Tapi nak tak nak kena mulakan jugak.

      Reply
  • Anak Askar Pencen 10 October 2013 at 9:56 AM

    Trend berjogging sekarang ni orang bawak smartphone. Sebab bole track kita punya jarak yang kita dah cover. Seronok jugak bila dapat tau berapa jarak yang kita dah lalui dan comparekan dengan berapa banyak susut berat badan ni.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 10:01 AM

      Malang pulak aku takda smartphones ni. Ni yang nak kena beli satu ni. Kalau boleh compare yang best tu. Senang set targetkan.

      Reply
    • hafizmd 10 October 2013 at 10:40 AM

      haaa…ni yg tengah carik ni…thanks bro ‘pecahkan’ kebuntuan ni…hehe

      Reply
      • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 10:44 AM

        Aku dah cari dah. Yang famous Endomondo Sports Tracker. Ataupun boleh guna micoach daripada Adidas.

        Reply
  • Kakzakie Purvit 10 October 2013 at 9:18 AM

    Kalau macam kakak ni tak pandai pilih minta aje org kedai kasut tunjuk. Kakak suka yg selesa dan lembut dlmnya. Tak pernah kakak beli dgn zalora lagi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 10:00 AM

      Saya pun bukan pandaipun kak. Tengok cantik dan sedap pakai, terus beli. Yang penting harga berpatutan. Hehe

      Reply
  • siti maimun 10 October 2013 at 9:02 AM

    seronok kalo dah start jogging..nak mula langkah pertama tu je yg buat kita melekit dan agak berat utk buat..bila dah mula… rasa seronok..kalo boleh tiap2 ari nak jogging…. tp kalo dah berhenti… badan akan mula rasa berat balik..huhuhu… moon dah 2 minggu xdapek nak jogging… rasa mcm berat balik dah badan ni..huhuhuhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 9:04 AM

      Betul tu. Nak start tu yang berat sikit. Harap berjaya la mula langkah pertama ni. Hehe. Lepas tu harap dapat maintain.

      Reply
  • 4feet8 10 October 2013 at 8:41 AM

    kalau beli kasut, kena try. kalau beli atas talian, takut bila beli, tak selesa kaki menggunakannya. nak joging je ke..? main badminton, taknak?
    jom main badminton.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:58 AM

      Betul jugak tu kan. Tak terfikir pulak. Hehe. Kena pertimbangkan tu. Boleh jugak main badminton tu. Lama sangat dah tak main ni. Hehe

      Reply
  • encikarman 10 October 2013 at 8:14 AM

    penting ni kasut yg sesuai. aku dlu pernah bantai kasut tak sesuai, bangun tido pagi, sengal kaki, skrg dah ok sbb dah ada kasut sesuai.

    p/s: esok main futsal Triway

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:57 AM

      Memang kena pakai kasut yang sesuai la ni kan. Kena beli cepat ni.

      Reply
  • mie 10 October 2013 at 2:20 AM

    kasut jogging memang penting..
    dulu jogging pakai kasut futsal je…
    last2 asyik sakit pergelangan kaki je..
    hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:56 AM

      Bahaya jugak ni. Hehe. Ingat baru plan nak jogging pakai je kasut apa yang ada.

      Reply
  • TehR 10 October 2013 at 1:46 AM

    jangan nanti jogging juga dalam talian
    tak keluar peluh, bro

    Reply
    • Hazmin Hamudin 10 October 2013 at 8:56 AM

      Haha. Yang tu keluar duit je bro TehR.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Menikmati Kesedapan Coconut Shake Klebang, Melaka

By Hazmin Hamudin

BR1M 2.0 Untuk Orang Bujang Yang Mendukacitakan

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday | Sila Tutup Mata

By Hazmin Hamudin

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

By Hazmin Hamudin

Yasmin Hani Bakal Kahwini Shahrin (Blackrose)

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in