• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Happy Birthday / Meraikan Hari Lahir Ibu Di Restoran D’Tasik

Meraikan Hari Lahir Ibu Di Restoran D’Tasik

By Hazmin Hamudin | 8 February 2011 | 8 Comments

Restoran D'tasik, Uniten
Restoran D’tasik, Uniten
 

Alhamdulillah…Baru saja lepas meraikan hari lahir ibu ku yang serba ringkas di Restoran D’Tasik, Bangi. Walaupun tiada kek mahupun acara meniup lilin seperti mana kebiasaan majlis-majlis hari lahir, tapi aku rasakan ianya cukup meriah dan bermakna sekali. Yang penting kita masih ingat hari bermakna tersebut ataupun tarikh-tarikh penting dalam keluarga kita atau orang tersayang yang berada di sekeliling kita.

Rasa macam tidak lengkap pulak sebab adikku yang sorang lagi berada di Ireland kerana menyambung pelajaran di sana. Sepatutnya dia pun diraikan bersama sebab tarikh lahir dia dan ibu sama iaitu 8 Februari juga. Tapi takpa la, Facebook dan Skype sudah jadi penghubung antara kami untuk mengucapkan selamat hari lahir. Cuma hadiah tidak dapatlah hendak bagikan.Makanan yang dipesan tadi pun hanya boleh ditatap sajalah ya adikku. Dekat Ireland takda semua ni kan. Hehehe…

Sotong Goreng Tepung
Sotong Goreng Tepung
Pelbagai Makanan
Pelbagai Makanan

Yang menariknya dekat D’Tasik ni ialah bila tengah makan ada band yang akan datang ke meja-meja untuk medendangkan beberapa buah lagu atas permintaan pelanggan. Terasa la akan kemeriahan sesuatu majlis tersebut atau mungkin makin bertambah selera untuk makan dan makan lagi. Hehehe… Dekat sini pun ramai juga pasangan-pasangan ataupun keluarga yang datang mengadakan majlis hari lahir. Mungkin disebabkan terdapatnya live band yang boleh menghiburkan mereka dan memeriahkan sesuatu majlis.

Sempat jugalah aku mengambil beberapa keping gambar untuk dimuatkan ke Blog Hazmin untuk dijadikan tatapan semua. Gambar kurang jelas sebab aku cuma menggunakan kamera hand phone sahaja. Selamat Hari Lahir Ibu dan Adikku.

Live Band
Live Band
Kumpulan D'sanusa
Kumpulan D’sanusa
Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Pida 26 March 2012 at 4:54 PM

    Saya pun merancang nak sambut birthday mak saya di D’Tasik ni esok.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 26 March 2012 at 7:12 PM

      Sekarang ni dah tak berapa best la kumpulan Sa Nusa dekat D’tasik tu… Dah tukar ngan org lain…

      Reply
      • Pida 3 April 2012 at 2:26 PM

        Haah, dah tukar kumpulan Atana Voice. Saya pun cerita dalam entry saya hehe.

        Reply
        • Hazmin Hamudin 3 April 2012 at 3:47 PM

          Dengar kumpulan baru ni macam kurang best la. Kumpulan Sa Nusa juga rasanya lagi ok.

          Reply
  • Hazmin 11 February 2011 at 5:42 PM

    @cik sakura
    best la jgk…sebab meraikan birthday org betul2 kita syg kan.

    Reply
  • cik sakura 11 February 2011 at 3:28 PM

    wah..mesti bestkan..

    Reply
  • Hazmin 9 February 2011 at 9:37 AM

    @crixerity

    hahaha..takpa tunggu kitorang dtg sana..tgk sedap ke tak sana punya.

    haha.sambutan sederhana je mcm biasa

    Reply
  • crixerity 9 February 2011 at 7:59 AM

    sini ada juga kot!! sotong goreng tepung sini sedap gila. serius ni. kalah ar malaysia punya.
    :p

    tapi meriah ar. tak adil betul ar yo tak ada.
    😐

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Ibu Dera Bayi Sendiri Telah Terima Hukuman Setimpal

By Hazmin Hamudin

Tarikh dan Lokasi Lihat Anak Bulan Zulhijah / Aidiladha 2011

By Hazmin Hamudin

Dan Brown – The Lost Symbol

By Hazmin Hamudin

Fakta Menarik Legoland Malaysia

By Hazmin Hamudin

Membeli Kasut Jogging

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in