• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pengangkutan Awam / Mutu Pengangkutan Awam Di Malaysia

Mutu Pengangkutan Awam Di Malaysia

By Hazmin Hamudin | 9 February 2011 | 2 Comments

Adakah mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia ni mencapai tahap yang membanggakan? Isu dan persoalan ini dari tahun ke tahun tiada kesudahannya dengan pelbagai masalah dan ragam yang terpaksa ditanggung dan dihadapi oleh pengguna itu sendiri.Bagaimana saranan kerajaan supaya rakyat menggunakan pengangkutan awam ke mana-mana destinasi atau ke tempat kerja dapat diterima oleh rakyat sedangkan mutu yang ditawarkan masih lagi berada ditakuk lama.

Pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan terhadap prasarana dan kemudahan pengangkutan awam masih lagi tidak selari dengan mutu perkhidmatan yang ditawarkan. Sebagai contoh seperti pembinaan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) yang terletak di Bandar Tasik Selatan yang begitu canggih dan gah pada pandangan mata semua pihak tetapi menghadapi masalah antara pihak pengendali terminal dan pengusaha bas. Yang terpaksa menanggung akibatnya adalah pengguna itu sendiri dan terminal yang canggih tetap tidak dapat digunakan seperti yang diharapkan.

Bukan saja-saja aku mengomel pagi-pagi ni. Sebagai pengguna pengangkutan awam iaitu LRT setiap hari ke tempat kerja sudah tentulah aku mengharapkan perkidmatan LRT berada pada tahap yang terbaik dan tidak menyusahkan pengguna itu sendiri untuk eberulang-alik ke tempat kerja.

Pagi ni LRT bagi laluan Sri Petaling ke Sentul Timur sebagaai contoh menghadapi masalah teknikal dan menyebabkan aku lewat ke tempat kerja. Masuk kerja pukul 7:30pagi dan sekarang pukul 7:15pagi aku masih lagi berada di Bandar Tasik Selatan sedangkan ofis di Jalan Ampang. Macam mana la aku sendiri sebagai rakyat hendak menyokong saranan kerajaan supaya menggunakan pengangkutan awam kalau macam ini lah mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

P/s : pertama kali lewat yang agak teruk ke tempat kerja. Abis buruk rekod aku kali ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hazmin 10 February 2011 at 2:08 AM

    @hAwA

    wah…nak awal mcm mana lagi ye? Ni pun dah keluar rumah pukul 6:30 tau.hehe..

    Reply
  • hAwA 10 February 2011 at 12:50 AM

    itu baru LRT. KTM belum masuk cerita lagi.

    kesimpulan: kene keluar keje lagi awal la tuk elak prob camni

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Intipati Manifesto Barisan Nasional 2013 Sempena PRU 13

By Hazmin Hamudin

Akhirnya Hosni Mubarak Letak Jawatan

By Hazmin Hamudin

Selamat Hari Raya Aidiladha 2013

By Hazmin Hamudin

Kad Jemputan VIP Pasukan Selangor | Piala Malaysia 2012

By Hazmin Hamudin

Protokol ke-10 Yahudi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in