Fasha Sandha Disahkan Mengandung. Pelakon terkenal, Nur Fasha Sandha Hassan disahkan mengandung seminggu lebih selepas membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di Ampang, semalam. Pasangan ini baru saja pulang dari berbulan madu di Pulau Redang, Terengganu pada minggu lalu selama lima hari.
Gambar Kad Kahwin Nurul Wahab
Gambar Kad Jemputan Kahwin Nurul Wahab. Penyanyi Nurul Wahab, 35, mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya bermula Isnin untuk majlis yang akan berlangsung pada 6 Jun depan di Duchess Place, Jalan Ampang. Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.
Selamat Hari Jururawat 2012
Tanggal 12 Mei 2012 seluruh dunia akan menyambut Hari Jururawat. Hari Jururawat ini disambut seluruh Malaysia adalah sebagai mengenang jasa bakti para jururawat yang memberi perkhidmatan kejururawatan kepada seluruh masyarakat tanpa mengenal penat lelah mereka bekerja siang dan malam untuk menjaga pelbagai ragam pesakit.


