Mood kembali ke gym dah datang ni. Lebih sebulan jugak aku berehat daripada melakukan sebarang aktiviti di gym. Boleh dikatakan lama jugak aku berehat untuk kali ni sejak kembali aktif. Maklumlah bulan puasa sedikit membataskan masa untuk pergi. Lagipun tenaga kurang untuk mengangkat segala macam besi. Nak berlari apatah lagi. Ada yang merangkak nanti.
Kembali Bekerja Selepas Aidilfitri
Hari ni 4 Syawal, dah masuk hari keempat kita menyambut dan meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sedar tak sedar, sekejap je rasa masa berlalu meninggalkan kita. Masa raya ni blog akan jadi suam-suam kuku je memandangkan ramai yang tidak update blog. Tapi aku akan cuba update selagi mampu. Ramai ke yang dah kerja hari ni? Sudah semestinya[Read More]
Budaya Lafaz Maaf Kosong-Kosong
Budaya lafaz maaf kosong-kosong ni aku tengok sudah menjadi kebiasaan sekarang ni untuk dilafazkan setiap kali Syawal menjelma. Walaupun ungkapan macam ni dianggap mengikut peredaran masa dan tidak menjadi satu kesalahan untuk diucapkan, namun aku rasa seperti ada yang kurang dengan ungkapan maaf dengan menyebut kosong-kosong tersebut.

