• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gym / Mood Kembali Ke Gym

Mood Kembali Ke Gym

By Hazmin Hamudin | 1 August 2014 | 30 Comments

Workout

Mood kembali ke gym dah datang ni. Lebih sebulan jugak aku berehat daripada melakukan sebarang aktiviti di gym. Boleh dikatakan lama jugak aku berehat untuk kali ni sejak kembali aktif. Maklumlah bulan puasa sedikit membataskan masa untuk pergi. Lagipun tenaga kurang untuk mengangkat segala macam besi. Nak berlari apatah lagi. Ada yang merangkak nanti.

Sebenarnya boleh je kalau nak pergi gym waktu malam hari lepas solat tarawih. Tapi orang yang bekerja ikut waktu pejabat di siang hari macam aku ni, waktu malam lebih baik berehat je dekat rumah. Janganlah sampai nak mendera badan sangatkan. Langsung takda masa nak berehat.

Gambar atas tu aku ambik masa bulan empat (April) hari tu. Tengah semangat lagi tu. Sekarang ni muscle dah hilang balik dah. Kurus melidi balik semua. Gambar tinggal kenangan je tu. Haha. Kalau dah berehat lama memang loss la muscle jawabnya. Ada jugak buat workout sikit-sikit dekat rumah. Tapi apalah sangatpun kalau peralatan takda.

Sekarang ni bulan Syawal, bermakna sambutan Hari Raya Aidilfitri bagi umat Islam setelah berpuasa selama sebulan. Jadi faham-faham la pesta makan tengah berlangsung dengan meriahnya di sana-sini selam sebulan. Lemak-lemak pula kembali diternak. Mana tak nya kalau yang masuk rendang, ketupat, lemang dan segala jenis rendang. Hehe. Dah puasa sebulan, lepas tu masukkan balik. Takda beza la jawabnya.

Makan minumpun kena jaga jugak ye. Jangan main sental je apa yang nak masuk dalam perut tu. Dalam bahasa mudahnya kena diet. Diet tu bukan bermaksud tak makan langsung. Tapi makanlah makanan yang sihat sikit.

Minggu depan dah boleh rasanya berkira-kira  nak pergi gym balik. Kalau tak pergi memang sia-sia la muscle hilang macam tu je. Buat penat je selama ni angkat beban sampai sakit-sakit badan. Lepas tu memboroikan balik perut tu. Haha. Rugi.. Rugi.. Memang tak la aku nak besarkan balik perut ni. Aku memang tak target berat. Yang penting perut tak ke depan dan dapat badan yang diidamkan. Berat naik ke turun tu belakang cerita.

Sementara ada semangat tengah membuak-buak, baik aku pergi gym cepat. Kalau datang perasaan malas tu lagi payah nanti.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • suriaamanda 4 August 2014 at 3:53 PM

    SA memang x pi mana2 gym tp amalkan senaman2 yang termampu SA buat..pernah SA citerkan kat HH kan masalah kesihatan SA…huhu…insyaallah kalau dah ok SA nak mulakan belajar berlari semula…HH jadi coach bleh?

    Reply
  • JR 3 August 2014 at 4:36 PM

    Saya tak pernah pergi gym. Lagi pun sekarang dah berumur mungkin tak sesuai lagi badan berketul-ketul, nanti bini kecut perut pula. Joging aje hari-hari selarat mungkin, termasuk bulan puasa. Masa muda-muda dulu teringin juga ke gym, tapi hati sangsi sebab terpengaruh dengan metos kawan-kawan yang kata lelaki yang kerap ke gym boleh menyebabkan sesuatu ‘peralatan penting’ di tubuhnya mengecil, hehehehe….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 August 2014 at 5:12 PM

      Alamal. Seram sejuk pulak dengar part ‘peralatan penting’ di tubuh mengecil tu bro JR. Hehe. Mitos je semua tu. :p

      Reply
  • Mrsyatie 3 August 2014 at 7:54 AM

    warghhhh!! PG tak pernah pegi gymmm! T_T

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 August 2014 at 5:13 PM

      hehe. Bukan semua orang suka pergi gym ni PG. Ikutkan takda la best mana.

      Reply
  • akubiomed 3 August 2014 at 12:16 AM

    Wah angkat besi abang kita nih. 🙂

    Reply
  • Anim 2 August 2014 at 8:35 AM

    eloklah tu..biar berketul2 kena pada tempatnya jangan hanya pada perut saja, haha. maklum…lepas raya ni banyak undangan rumah terbuka kan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 11:06 AM

      Hehe. Betul tu kak. Tak nak la seketul deka perut je. Buruk benor nampaknya macam tu.

      Reply
  • Hero Borneo 2 August 2014 at 6:40 AM

    bagus buat badan berketul-ketul masa bujang…mana tahu dapat gadis model bro!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 11:05 AM

      Takda la sampai nak gadis model pun bro. Saje nak bagi badan nampak sedap je. Hehe

      Reply
  • Hannyabdullah 2 August 2014 at 12:27 AM

    Sis tak datang2 lagi mood nak ke gym ni..dari dulu sampai le sekarang tak muncul2..hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 August 2014 at 1:32 AM

      Hehe. Sis pun tak gemok sangatkan. Ok dah tu. Tak pergi gym pun takpe.

      Reply
  • Faizal Nizam 1 August 2014 at 11:28 PM

    Aku pun Isnin ni nak start balik. Bulan puasa memang tak sempat. Setakat exercise ringan-ringan je la.

    Reply
  • zool 1 August 2014 at 9:38 PM

    bagus tu.. jangan bertangguh kalau nak buat sesuatu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 10:09 PM

      InshAllah kalau takda apa2 masalah, isnin akan mula balik rutin ke gym ni bro.

      Reply
  • Jari manis 1 August 2014 at 7:38 PM

    Salam hazmin, baru tahu rupanya klau nk muscle mcm tu perlu msintsin ke gym lsh eh klau stop boleh jadi kurus dan muscle tu hilang ke, susah jgk rupanya eh nk jaga badan tough ni hikss

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 7:41 PM

      Wasalam. Memang kena maintain workout. Bukan tu je. Makan pun kena juga juga. Protein apa semua kena ambik. Bab nak maintain tu memang susah. Hehe

      Reply
  • titan 1 August 2014 at 6:28 PM

    hoho..

    nak jadi abang gym balik rupanya.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 8:00 PM

      Cuti rehat di bulan puasa bro. Lepas ni sambung balik. Haha

      Reply
  • sharinginfoz 1 August 2014 at 4:14 PM

    Selamat pi gym

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 7:59 PM

      Terima kasih bro.

      Reply
  • wawa 1 August 2014 at 3:43 PM

    Balas kunjungan.. selamat hari raya dan selamat ber’workout’ kembali.. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 7:59 PM

      Terima kasih sudi berkunjung. hehe

      Reply
  • Syaifuddin Alias 1 August 2014 at 11:22 AM

    katang boh ..hahaha… orang terengganu kata macam tu laa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 12:03 PM

      Biasa je boh. Kurus balik dah. Haha

      Reply
  • 4feet8 1 August 2014 at 11:19 AM

    Chaiyok min.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 11:21 AM

      Haha. Ke laut dah ni nanie.

      Reply
  • ewanthology 1 August 2014 at 10:38 AM

    lepas raya nanti… yg bahagian perut tu kena work out lebih skit.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 August 2014 at 10:46 AM

      Betul tu bro. Dah la part perut tu yang paling seksa sekali nak hilangkan.

      Reply
  • ewanthology 1 August 2014 at 10:37 AM

    bila time raya ni… yg bahagian perut tu kena work out lebih skit.

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Minum Teh Elak Serangan Jantung

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pertunangan Akma AF Dan Farih Hamshi

By Hazmin Hamudin

Datuk Wan Mohamad Zaki Dilantik Ketua Pengarah Risda Yang Baharu

By Hazmin Hamudin

Selamat Datang WordPress

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #5

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in