• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / Tak Habis-Habis Cerita Pasal Valentine’s Day

Tak Habis-Habis Cerita Pasal Valentine’s Day

By Hazmin Hamudin | 14 February 2013 | 61 Comments

Budak 13 Tahun Ditangkap Khalwat

Hari ni 14 Februari mesti korang ingatkan apa yang berlaku? Bab Valentine’s Day bukan main senang lagi melekat dalam kepala masing-masingkan. Hari-hari penting dalam Islam korang ingat tak? Bila tiba Valentine’s Day ataupun  hari berkasih sayang, aku dah boleh agak dah apa aktiviti budak-budak zaman sekarang ni. Esoknya pulak dah tahu berita apa yang akan terpampang di muka depan media massa dekat Malaysia ni.

Bangga la kan sebab muka korang keluar muka depan surat khabar. Siapa yang tak bangga kalau dah keluar muka depan surat khabar. Mak bapakpun tumpang gembira weh anak-anak diorang semua keluar muka depan surat khabar. Ingat senang ke nak masuk surat khabar ni. Satu Malaysia dapat tengokkan. Tapi yang ni bangga jadahnya la kan. Masuk surat khabar sebab kena tangkap khalwat. Memang ‘bangga habis’ mak bapak korang.

Yang aku tak tahan tu budak 13 tahun kena tangkap khalwat dekat hotel bajet semasa malam hari kekasih. Dah la sekolah tak abis lagi, ni duit belanja mak bapak bagi pergi buat melabur dekat hotel bajet. Memang hebat betul kejayaan budak ni. Umur baru 13 tahun dah kenal erti nikmat dunia. Tu belum kira lagi pasangan-pasangan lain yang berjaya juga menempatkan diri mereka di dada-dada akhbar.

Yang korang pergi sambut hari kekasih ni pasal apa? Dah terang-terang dilarang bagi orang Islam pergi sambut Valentine’s Day ni. Mak bapak sendiri tak nak pulak korang pergi beri kasih sayang setiap harikan. Ni dah gatal nak raikan untuk kekasih pulak. Habiskan sekolah tu dulu kawan, baru fikir nak bahagiakan kekasih pulak. Korang boleh baca Hukum Menyambut Valentine’s Day ni pulak untuk info lanjut.

KUALA LUMPUR: “Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak,” kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

p/s: Hari Velentino Rossi takda ke?

Sumber: myMetro

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • dennis 18 February 2013 at 2:40 PM

    Sabarlah. Ini semua dugaan

    Reply
  • sweetkurma 17 February 2013 at 10:15 PM

    subhanallah, astagfirullah, akak pun tak ingat pasal hari valentine ni, tak ingat pulak anak2 ada ke tak keluar ke mana mana, sebab tak pernah ambik pusing tapi risau jugak anak2 ambik pusing, untuk yang akan datang akak kena lebih berhati hati tentang tarikh itu dan akan pastikan anak2 teruna tak celebrate

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 February 2013 at 9:10 AM

      Betul tu kak. Ibu bapa kena pastikan anak-anak tak keluar masa malam 14 feb tu. Bukan apa, risau jugak buat benda bukan-bukan kan nanti.

      Reply
  • hanafi abdullah 17 February 2013 at 1:57 AM

    kerana nafsu semua benda mau buat termasuk perkara terlarang..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 February 2013 at 9:10 AM

      Sebab tu la pentingnya iman dalam diri kita kan. Untuk elak benda macam ni la.

      Reply
  • wai 16 February 2013 at 10:03 PM

    Laa budak-budak ni.. Kata tak suka bau busuk.. Tak kan tak reti kot bau neraka tu busuk bangat dengan terbakarnya badan-badan berulat.. Skema betul budak-budak sekarang ni la.. Macam pandai je..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 February 2013 at 9:11 AM

      Diorang tau sedap je tu. Akibatnya tak ambik pusing langsung..

      Reply
  • jebateja 16 February 2013 at 6:29 PM

    Payah benor nak ngajor bebudak ni erk….tapi den raso makin berkurangan lah org islam sambut valentine ni….tak mcm zaman den dulu2…may be dakwa sgt efektif bila internet ada….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 18 February 2013 at 9:12 AM

      Betul tu. Rasa dulu lagi teruk budak2 yang sambut velentine ni.. Internetpun membantu jugak untuk menyedarkan masyarakat ni.

      Reply
  • hafizrahim 16 February 2013 at 4:02 PM

    darah muda..cepat terpengaruh..nanti dah besar baru diorang sedar semua tu dah terlambat

    Reply
  • The malay male 16 February 2013 at 12:42 PM

    ada je kes tangkap khalwat malam valentine,

    Reply
  • mie 16 February 2013 at 5:58 AM

    ramai menjadi popular…
    siap dapat kaunseling free lagi..
    ehehehe

    Reply
  • Mohd Luthfi 16 February 2013 at 1:15 AM

    tak paham betul aku. dah tau 14feb ni hari panas nak romen, masih lagi pg hotel bajet… haih

    Reply
  • Strider 15 February 2013 at 8:09 PM

    ini antara berita yang jarang didengari..ade jugak perempuan yang dah matang boleh jadikan budak kecik sebagai pemuas nafsu…andaikata budak 13 tahun itu perempuan pasti orang akan pandang lelaki sebagai pedofile..

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • schaze 15 February 2013 at 7:51 PM

    dekat otel besar2 4-5bintang lagi banyak tau deme buat maksiat huhu

    Reply
  • Juan 15 February 2013 at 3:33 PM

    macam macam hal sekarang nih, risau tgk

    Reply
  • hafizmd 15 February 2013 at 2:51 PM

    Budak2 ni pendek akal betullah. Moga2 insaf dan bertaubat.

    Wanau’zubillah

    Reply
  • Yasmin Aris 15 February 2013 at 2:18 PM

    kurang didikan agame ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:37 PM

      Mudah betul pengaruh.. yang kakak tu pun satu hal.. lagi diajarnya budak tu.

      Reply
      • hafizmd 15 February 2013 at 2:51 PM

        Mungkin bukan kakak kandung

        Reply
  • nurul yui 15 February 2013 at 9:33 AM

    mcm2 kes…

    Reply
  • Mak Lagenda 15 February 2013 at 1:09 AM

    Yg remaja/belia dok berkhalwat pun dah x bley nak diterima akal, inikan plak budak2 hingusan yg baru ginjak ke usia 13 tahun..Ya Allah..apa nak jadi nih??

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:37 PM

      Jadi makin teruk mak.. Makin risau jadinya kalau ada anak-anakkan mak..

      Reply
  • akubiomed 15 February 2013 at 12:17 AM

    Semua ini berpunca tiada kekuatan iman.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:36 PM

      Sokong 100% bro

      Reply
    • hafizmd 15 February 2013 at 2:52 PM

      Khutbah tadi ada sebut puncanya ada 2 iaitu luaran dan dalaman

      Reply
  • anif 14 February 2013 at 11:35 PM

    Masalah manusia sejagat yang takkan selesai sampai bila-bila..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:35 PM

      Kalau iman tak kuat, ni la jadinya. Tambah advance 13 tahun dah tau erti khalwat ni.

      Reply
  • daddydee 14 February 2013 at 11:13 PM

    Hari velentino rossi ada setiap malam minggu kat dataran…hehehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:35 PM

      Hehe.. Hari ‘velentino rossi’ dekat dataran tu tak haram dalam islam lak ye

      Reply
  • Nastyna 14 February 2013 at 10:35 PM

    kecik2 lagi ha. yg dilarang tu la yg nak dibuat.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:34 PM

      Betul tu. Yang dilarang tu yang best nak dicubakan.

      Reply
  • suri 14 February 2013 at 9:49 PM

    biar mereka bukan islam sambut tpi kita jangan ne semua pengaruh filem, pengaruh dari bacaan yang mengarut dn sebagainya tu sb jadi begini

    Reply
  • suri 14 February 2013 at 9:48 PM

    salam..
    huhu..sukar nak kata sb org kita faham tp jenis buat2 tak faham hii..

    Reply
  • auc 14 February 2013 at 9:19 PM

    Gitu acuan
    ginilah jadinya

    Reply
  • JR 14 February 2013 at 7:50 PM

    Mereka dari spesis peninggalan manusia zaman jahiliyah yg masih memuja dogma St Valentine….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:56 PM

      Hidup lagi ye spesis ni.. Kalau banyak membiak lagi bahaya la dunia ni.

      Reply
  • ajumohit 14 February 2013 at 6:29 PM

    nauzubillah apa nak jadi dengan anak2 muda, mintak dijauhkanlah hendaknya dari perkara tak elok mcm tu, patutnya dari buat gangnam baik buat kursus bermotivasi utk anak remaja kita

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:55 PM

      Betul tu kak.. Yang gangnam tu pun satu hal. Elok duit tu dibuat pengisian yang berfaedah. Ni la jadinya.

      Reply
    • hafizmd 15 February 2013 at 2:53 PM

      itulah aju..risau gak..kat taman kita kadang2 ada jugak budak2 sekolah cuba buat aksi tak senonoh…ditegur buat tak tau jer…

      wanau’zubillah

      Reply
  • azmanisma 14 February 2013 at 5:36 PM

    Hmm……aku tau nak cakap apa dah budak2 sekarang,masa umur 13 tahun nak pegang tangan pompuan pun malu,ini kan pulak tidur sama-sama.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:54 PM

      Betul la tu bro, dulu masa umur macam ni mana la nak kenal semua ni. Ni la kesan teknologi agaknya.

      Reply
  • hairulafiz 14 February 2013 at 5:00 PM

    itulah bila dah kena bagi macam alasan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:53 PM

      Muda lagi baru 13 tahun dah pandai berkhalwat.. Teruk betulkan.

      Reply
  • schaze zainn 14 February 2013 at 5:00 PM

    bengong deme ni

    lg di larang lagi di buat

    kalau tak larang

    makin bertambah lak.

    hewhew

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:52 PM

      Kalau tak larang lagi la parah jadinya kan..

      Reply
  • Sop 14 February 2013 at 4:42 PM

    yg x elok tu la nak sambut2 kan…
    yg baik2 x nak lak sambut.. mcm2 alasan lak

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:51 PM

      Itulah tu.. Kalau yang berkaitan dengan agama tak nak pulak disambutnya kan.

      Reply
  • remyhazza 14 February 2013 at 4:05 PM

    budak2 zaman sekarang…. terlalu mengikut nafsu akibat lemah pengisian iman didada…..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:51 PM

      Ni la dinamakan zaman teknologikan. Takda sempadan dah. Semua benda budak-budak sekarang tau dah.

      Reply
  • nurmisnan 14 February 2013 at 3:23 PM

    Mereka bukan bodoh tetapi terlalu ikut nafsu hinggakan tidak mengenali
    salah dan benar setiap perbuatan. Bila sudah terantuk baru tersedar..

    pengajaran utk mereka yang taksub pd Valentine day..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:50 PM

      Terlebih maju budak-budak zaman sekarang ni. Dulu 13 tahun tak pernah kenal lagi maksud maksiat tu. adoi

      Reply
  • Sharafie 14 February 2013 at 2:51 PM

    perghhh…13 tahun beb..besar mana je tu nak main dengan 20 tahun..adoi…sedih aku baca kisah ni..
    bab hari velentino rossi tu aku suka..hahaha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:48 PM

      Apa yang besar mana tu bro? Hehe.. Kalau ada hari velentino rossi pasti rempit-rempit pulak yang suka.

      Reply
      • Sharafie 15 February 2013 at 12:41 AM

        hahaha..paham² sendiri jela kan..aku ni cakap berlapik lagi..hehe..aku la yang nak join valentino rossi tu..hehe..nak pinjam motor dia sekejap…

        Reply
        • Hazmin Hamudin 15 February 2013 at 2:41 PM

          Haha.. Faham bro.. Saja tanya bg clear lagi..

          Reply
  • daddyziyyad 14 February 2013 at 2:41 PM

    melayu islam macam ni mmg bodoh..nak buat kesalahan pun bodoh, tak tahu pilih hari..dah terang2 malam ambang kemerdekaan/malam valentine’s day/mlm tahun baru/etc, pejabat agama aktif buat serbuan..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:48 PM

      Budak-budak baru nak up ni doc. Tengah gatal ni. Buat malu je.

      Reply
      • hafizmd 15 February 2013 at 2:54 PM

        gatal tak bertempat budak2 ni…lempang baru tau

        Reply
  • Cikgu Hairul 14 February 2013 at 1:21 PM

    Hari kekasih la sangat. Dah tertangkap sendiri susah takpe. Ni menyusahkan mak bapak juga.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 14 February 2013 at 7:47 PM

      Muda lagi pulak tu. Sah-sah dah susahkan mak bapak.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tak Habis-Habis Cerita Pasal Valentine’s Day

By Hazmin Hamudin

Pengalaman Menjadi Pekak

By Hazmin Hamudin

Erk ! – Blog Aku BEST

By Hazmin Hamudin

Kembali Menggunakan Pengangkutan Awam

By Hazmin Hamudin

Lawak Hari Ini | Staff Penipu

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in