• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Berita / PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip

PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip

By Hazmin Hamudin | 3 August 2014 | 26 Comments

Post by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ).

Ini baru betul. PDRM Akan Ambil Tindakan Terhadap Kelvin Yip. Takda la orang akan cakap pihak berkuasa di Malaysia ni tidak adil dalam menguatkuasakan undang-undang di negara kita ni. Kenyataan yang diambil daripada Facebook PDRM:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan sekali gus akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik akaun Facebook yang menggunakan identiti Kelvin Yip kerana memaparkan kenyataan yang nyata menyinggung sensitiviti umat Islam di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis kini menyiasat akaun Facebook terbabit bagi mengesan pemiliknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

 Tahniah. Setelah dikecam hebat akhirnya PDRM membuka kertas siasatan. Harap PDRM tak berat sebelah dalam menangani isu berkaitan perkauman dan agama macam ni. Sejak kebelakangan ni, isu agama dan racis semakin menjadi-jadi.

Jangan pula dah buka kertas siasatan, tapi akhirnya nanti perkara ni senyap macam tu je. Dah selalu sangat jadi macam ni. Apa-apa pun kita tunggu dan lihat sama ada pemilik akaun FB Kelvin Yip tersebut akan diseret ke muka pengadilan ataupun tidak.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Fyda Noh 5 August 2014 at 3:49 AM

    Sekarang makin senang nak bangkitkan isu perkauman, main tulis kat FB dengan alasan kebebasan bersuara. Polis sekarang buka FB je nak tangkap orang 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 9:01 AM

      Tu la. Kena hati-hati sekarang ni. Terlampau bebaspun tak boleh. Banyak mata memerhati. Silap cakap, memang abis la.

      Reply
  • puan kutu 4 August 2014 at 3:55 PM

    Sepatutnya kena cpt bertindak.semoga cepat kes diadili

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 8:59 AM

      Betul tu kan. Benda-benda sensitif melibatkan agama ni memang kena ambil tindakan cepat.

      Reply
  • anies 4 August 2014 at 3:50 PM

    kenapa lmbt sgt bertindak? da lbh seminggu da…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 8:59 AM

      Biasa la. Nak kena kecoh-kecoh macam ni baru nak ambil tindakan. Ni pun jangan senyap je dah la.

      Reply
  • suriaamanda 4 August 2014 at 3:50 PM

    betul tuh..sekarang ni mereka mcm dah x peduli dah sensitivity masyarakat islam..compare ngan perayaan dan kepercayaan diorang..rasanya belum ada lagi pihak kita orang muslim duk hina2 diorang mcm tu…harap2 kertas siasatan ini benar dan bukan propa semata2

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 8:58 AM

      Kita boleh je hormat lagi diorang tu. Tapi diorang macam hampeh. Sekarang ni nak cakap kena hati-hati. Banyak mata yang memerhatikan SA. Jangan main sedap je.

      Reply
  • Hafizul 4 August 2014 at 2:53 PM

    Adoiii la..macam2 hal sungguh ha…haha

    Reply
  • Syaifuddin Alias 4 August 2014 at 2:52 PM

    tak habis2 dua orang ni ..hmm ..

    Reply
  • Fiza Rahman 4 August 2014 at 2:50 PM

    Alahaiii…tertinggal ketapi pasal ni lah. Nak google jap ☺

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 8:57 AM

      Hehe. macam mana boleh tertinggal keretapi ni sis.

      Reply
  • cho zila 4 August 2014 at 1:18 PM

    harap ada tindakan.. letih tengok perangai orang yang tak boleh duduk dalam negara yang berbilang bangsa dan agamani.. jadi saling hormat menghormati…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 8:56 AM

      Itulah. Jangan cakap nak ambil tindakan tapi kemudiannya senyap macam tu je dah la kan.

      Reply
  • Melastik Bintang 4 August 2014 at 12:45 PM

    Malaysia ni terlalu lembut dengan hal macam ni… tgk Namawee ? apa hukuman yang dia dapat ? takde kan? siap boleh buat filem lagi… Tapi bila ustaz Shahul punya kes? korang tengok apa dia kena…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 August 2014 at 8:55 AM

      Memang takda hukuman pun dia ni. Kes tak selesai pun. Siap pasport pun boleh pulak bagi balik. Tak faham aku.

      Reply
  • akubiomed 4 August 2014 at 12:03 PM

    Inilah masalah apabila kurang ambil tahu mengenai adat resam dan agama kaum lain.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 August 2014 at 12:42 PM

      Itulah. Bila bercakap tak fikir, inilah jadinya. Akhirnya makan diri sendiri jugak.

      Reply
  • zara 4 August 2014 at 10:25 AM

    Mereka tidak bersyukur diberi peluang tinggal di negara Malaysia..keciwaaa..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 August 2014 at 12:42 PM

      Bila dah terasa selasa sangat. Hilanglah rasa syukur tu kan.

      Reply
  • Hero Borneo 4 August 2014 at 7:57 AM

    buat macam ini baru mereka tahu bahawa negara ini tak boleh sesuka hati

    Reply
    • Hazmin Hamudin 4 August 2014 at 12:41 PM

      Betul tu bro. Negara kita pelbagai agama. Nak cakap tu kena beringat jugak.

      Reply
  • Mazni Azmi 3 August 2014 at 3:10 PM

    Ambil tindakan betul betul.

    Jangan pilih bulu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 August 2014 at 4:07 PM

      Kena adil. Rakyat pun tak bising.

      Reply
  • hafiz 3 August 2014 at 2:01 PM

    ini baru adil….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 3 August 2014 at 4:07 PM

      Ya betul tu bro.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Google Doodle | Paul Cézanne

By Hazmin Hamudin

Masalah Tiada Internet

By Hazmin Hamudin

Statistik hazminhamudin.com Bulan Disember 2012

By Hazmin Hamudin

Kembali Pulang

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #8

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2023 · Genesis Framework · WordPress · Log in