Pada peringkat permulaan kita menulis blog, sudah pasti tidak ada seorangpun akan menyedari akan kewujudan blog kita kecuali jika kita memberitahu kepada rakan-rakan, kawan pejabat dan sanak saudara di sekeliling kita melalui percakapan atau pun dengan memberi url blog tersebut. Itu pun jika mereka mengenali apa itu blog dan berminat untuk mengunjungi blog kita. Kalau tidak berminat, sudah pastilah blog kita tidak akan mempunyai pembaca !
Oleh itu perlulah kita bertanya kepada diri kita semula apakah tujuan sebenar kita berblog. Adakah untuk syok sendiri dengan meluahkan perasaan ataupun menulis apa-apa sahaja tapi sekadar kita seorang sahaja yang baca dan mengetahui tentang entri yang kita tulis ? Kalau inilah tujaan sebenar kita berblog amatlah rugi medium blog tadi hanya digunakan hanya untuk tatapan diri kita sendiri sahaja. Kalau tujuan kita berblog untuk luahan hati disamping menjadi bacaan kepada orang lain, bagaimana pula cara untuk anda mengiklankan blog anda supaya semua orang tahu akan kewujudan blog anda tadi ?
Cara yang paling mudah dan paling meluas digunakan oleh kebanyakan blogger sekarang ni adalah melalui blogwalking. Apa itu blogwalking? Blogwalking adalah satu teknik untuk meningkatkan visitors ataupun trafik dengan melawat blog orang lain sama ada kenal atau pun tidak. Melalui cara ini kita akan meninggalkan jejak sama ada melalui komen pada entri-entri ataupun di shoutbox pada blog yang dilawati. Dengan cara ini, secara tidak langsung anda akan dapat memperkenalkan blog anda kepada orang lain.
Sekarang ini Facebook merupakan medium untuk aku memasarkan blog aku kepada semua orang. Bagi aku facebook juga merupakan tempat yang paling sesuai untuk kita memperkenalkan blog. Pada zaman sekarang ni, jika ditanya pada setiap orang pastinya mereka mempunyai akaun Facebook. Setiap forum atau pun fanpage di Facebook akan aku gunakan untuk mengiklankan setiap entri yang telah aku buat dan ini terbukti berkesan kerana setiap kali aku membuat entri baru dan meletakkannya di Facebook, pasti trafik blog aku akan meningkat.
Kesimpulannya, jika ditanya pentingkah kita mengiklankan blog sudah pastilah aku akan mengatakan ianya sangatlah penting supaya semua orang dapat mengenali blog tersebut. Cuma terpulanglah cara ataupun medium apa yang kita pilih untuk kita memasarkannya kepada pembaca lain.
betul jugak..iklan n usaha itu penting..
meh mr hazmin..try this out..
http://cikbungasakura.blogspot.com/2011/02/tongue-twister.html
ha memang betul tu….
erm salam perkenalan..
http://raihanibtisam.blogsport.com
@Umar Faruq
Betul tu bro..iklan,iklan jugak..tp entri kena berkualitim
Baru dapat pembaca setia..cewah..
haa.. betul2.. iklan kan blog korang.. jgn biarkan jadi restoran yang takde pelanggan.. 😀
@wani
Rasanya tiada jalan pintas utk naikkan trafik. yang penting kita kena usaha dan bersungguh melakukannya.
btl tuu….tp nak jln pintas..kne iklan gakk…hhehehe