Man From Mars, Woman From Venus
Waktu aku belajar dulu, aku pernah ditugaskan untuk membuat assignment secara berkumpulan mengenai buku man from mars, woman from venus ni. Buku tersebut ditulis oleh John Gray PhD dan menerangkan bagaimana lelaki dan wanita mempunyai sifat yang berlainan dan bertindak dengan cara yang berbeza. Ini menunjukkan bahawa lelaki sukar untuk memahami wanita kerana perbezaan tersebut dan sebaliknya.
Tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, masing-masing mempunyai pendapat, pendirian serta cita rasa yang berbeza antara satu sama lain. Oleh itu, aku sangat mencadangkan untuk sesiapa yang mempunyai masalah dalam perhubungan percintaan atau pun berumah tangga untuk membaca buku tersebut. Dekat bawah ini aku ada ambik ringkasan mengenai buku tersebut untuk bacaan korang semua.
1. Lelaki Dari Planet Marikh, Wanita Dari Planet Zuhrah.
Lelaki dan wanita adalah sangat berbeza dalam cara pemikiran, tindakan dan perlakuan. Kefahaman mengenai perbezaan ini dapat membantu dalam perhubungan. “Kita sering tersalah anggap bahawa cinta pasangan kita akan balas dan bertindak sama seperti tindakan kita apabila cintakan seseorang”.
2. Si Tukang Betul dan Si Penyempurna-Rumahtangga.
Wanita mengadu lelaki tidak mendengar luahan mereka dan cuba cari jalan untuk menyelesaikan masalah mereka. Lelaki pula mengadu wanita sering cuba membetulkan mereka dan cara mereka melakukan kerja. Lelaki menilai diri melalui kekuatan,persaingan dan pencapaian. Mereka perlu mencapai kejayaan dengan daya mereka sendiri, manakala perempuan menilai melalui perasaan dan kualiti perhubungan mereka.
Wanita tidak patut cuba menasihatkan lelaki kerana ia akan kelihatan seperti kritikal dan tidak dapat diterima oleh lelaki. Lelaki pula perlu mendengar masalah wanita dengan tidak mencadangkan penyelesaian tetapi dengan mendengar untuk memahami apa yang telah mereka lalui.
3.Lelaki Sorok Dalam Gua dan Wanita Bercakap.
Lelaki menghadapi stress dengan memasuki ruang persendirian mereka dimana mereka akan menjadi lebih fokus dan tenang. Manakala wanita lebih teruja dan ia melibatkan perasaan,mereka mahu bicara tentang masalah mereka.
Lelaki cenderung tidak membebankan masalah mereka pada orang lain. Mereka rasa perlu untuk menyelesaikan ia bersendirian. Pada ketika itu, mereka akan senyap, hilang daya tumpuan pada persekitaran dan kelihatan terasing, kurang respon dan bersifat pelupa. Wanita mungkin berkecil hati tentang perkara ini tetapi perlu bersabar atas sifat lelaki tersebut.
Wanita pula lebih cenderung untuk berkongsi masalah dengan orang lain sebagai tanda kepercayaan. Mereka terbuka dalam soal berkongsi perasaan kecewa dan kekesalan.Wanita bukan cuba mencari penyelesaian segera tetapi hendak didengari mengenai masalah mereka dahulu untuk difahami. Apabila wanita cuba bicara tentang masalah mereka,pada pandangan pihak lelaki pula terasa yang mereka diberi tanggungjawab untuk memberi penyelesaian pada masalah tersebut. Di sini lelaki harus faham dimana mereka tidak perlu mencanangkan sebarang penjelasan atau penyelesaian tetapi apa yang perlu dibuat adalah mendengar dan memahami apa yang diluahkan dari hati wanita.
4. Bagaimana Untuk Memotivasikan Pasangan Sendiri.
Kedua-dua pihak dimotivasikan dengan rasa cinta. Lelaki rasa dicintai apabila mereka diperlukan oleh kekasihnya, wanita rasa dicintai apabila mereka dibelai. Bagi menyemarakkan rasa cinta lelaki harus sentiasa dipenuhi dengan perasaan dipercayai dan dihargai. Wanita perlu kerap menunjukkan sesuatu yang membuat lelaki rasa diperlukan oleh mereka. Wanita pula memerlukan kasih sayang dan dijaga di mana lelaki harus sentiasa menunjukkan perasaan empati dan kasih.
5. Perbezaan Bahasa.
Bahasa dan ayat antara lelaki dan wanita adalah sama tetapi maksud yang disampaikan masing-masing adalah berbeza dan sering mengelirukan. Wanita bicara secara kiasan dan menggunakan kata umum. Jika lelaki bicara, mereka akan maksudkan secara terus, spesifik dan ini akan membuatkan mereka biasanya mentafsirkan kata-kata wanita sebagaimana ia maksudkan dengan kata sebenar. Di sini puncanya timbul kekeliruan pada pihak lelaki terhadap kata-kata wanita dan wanita pula akan menuduh lelaki tidak memahami mereka.
Lelaki bicara hanya untuk menyampaikan maklumat. Wanita pula bicara untuk banyak sebab. Mereka sering mengadu yang lelaki kurang bercakap. Wanita harus faham jika lelaki itu sedang dalam proses mengasingkan diri iaitu dengan melarikan diri sebentar atau keluar dengan kawan-kawannya, dia harus diberi peluang untuk berbuat demikian. Manakala lelaki pula harus menerangkan kepada pasangan mereka mengapa mereka perlu tempoh pengasingan tersebut..
6. Lelaki Seperti Getah.
Lelaki boleh mendekati sangat rapat kepada pasangan mereka kemudian dia akan lerai sebentar. Maksudnya, setelah mereka sudah memenuhi hubungan mesra pada pasangan,mereka akan cenderung untuk rasa bebas dalam diri mereka dan menginginkan autonomi. Kemudian setelah mereka memenuhi perasaan tersebut, mereka ingin kembali untuk mendapatkan hubungan mesra itu kembali. Perkara ini akan sentiasa bertukar-arah antara keperluan hubungan mesra dan autonomi. Apabila seorang lelaki itu mengasingkan diri,dia harus diberi kebebasan sementara sebelum dia kembali pada pasangannya semula.
7. Wanita Seperti Ombak.
Perasaan wanita naik turunnya seperti ombak. Pada perasaannya kemuncak,mereka mempunyai rasa kasih sayang yang cukup untuk diberikan pada pasangannya. Tetapi apabila perasaan itu menurun,mereka tidak upaya untuk menghargai dan menerima pasangan mereka telah lakukan. Apabila saat perasaan ombaknya memecah seorang lelaki tidak harus bertindak untuk membantu mereka. Lelaki harus mendengar, terima terhadap perasaan mereka dan sampaikan perasaan keyakinan, jaminan terhadap mereka.
8. Membongkar Perbezaan Keperluan Emosi.
Wanita memerlukan penjagaan, kefahaman, hormat, kesetiaan, perakuan dan keyakinan dari pasangan mereka. Lelaki pula memerlukan kepercayaan, penerimaan, penghargaan, sanjung, pengesahan dan sokongan oleh pasangan mereka. Adalah terbaik jika kita dapat memberikan apa yang diperlukan oleh pasangan masing-masing.
9. Bagaimana Mengelak Perselisihan Faham.
Ia harus dielakkan selagi boleh, berunding jangan berbalah. Apabila lelaki rasa tercabar, dia akan fokus untuk buat dirinya rasa benar dan lupa untuk bertindak sifat lebih penyayang terhadap pasangan mereka. Dia akan membuatkan pasangannya lebih marah dan tidak membenarkan apa perasaan yang dialami oleh wanita itu ketika itu. Biasanya kes ini boleh bermula dalam konteks lelaki yang cuba menyelesaikan masalah wanita walaupun niatnya baik. Punca yang remeh akan boleh mengakibatkan perbalahan yang tidak berkesudahan. Kita harus terima yang pasangan kita bukan sempurna.
10. Pemberian Kredit Untuk Pasangan Masing-Masing.
Lelaki percaya dia mendapat kredit yang tinggi dengan melakukan sesuatu yang besar contohnya memberi jambangan bunga yang banyak. Tetapi bagi wanita, semuanya tak kira banyak atau sikit ia hanya diberi satu nilai kredit yang sama nilainya. Dalam pandangan wanita mereka telah merasakan buat sesuatu untuk pasangan mereka dan menilai kredit berdasarkan pandangan mereka sendiri. Dengan melakukan banyak tindakan yang mereka rasakan sebagai kasih sayang, mereka akan memberi markah banyak untuk diri mereka sendiri. Sebab itu mengapa ramai wanita mengadu yang mereka rasakan telah memberi banyak kasih sayang tetapi tidak menerima yang setimpal oleh pasangan mereka. Pada pandangan lelaki pula mereka telah melakukan apa yang mereka rasa cukup dan mungkin lebih, terutama setelah melakukan satu perkara yang besar buat pasangan mereka.
11. Bagaimana Untuk Berkomunikasi Dalam Konflik Perasaan.
Perasaan marah dan kesal perlu disampaikan dengan cara yang lebih penyayang. Surat atau kata cinta adalah antara satu cara baik untuk meluahkan perasaan negatif dengan lebih rasa kasih.
12. Bagaimana Untuk Meminta dan Menerima.
Ada 3 cara bagaimana untuk meminta dan terima apa yang dipintakan.
- Tanya dengan baik-melibatkan masa yang tepat dan tona yang tidak mendesak.Buat secara ringkas dan berterus terang.
- Praktik untuk cuba minta sokongan atau bantuan walaupun sudah menjangkakan jawapannya tidak atau tidak perlu.
- Minta dengan tegas-antara kunci penting dalam cara ini adalah dengan berdiam diri setelah meminta.
13. Memelihara Rasa Cinta Berkekalan
Untuk berjaya dalam percintaan, kita harus memahami terdapat banyak musim dalm percintaan. Adakala naik dan adakalanya surut. Kita tidak boleh menganggap pasangan kita mempunyai tahap perasaan cinta yang sama seperti kita. Kita harus mempelajari kasih sayang pasangan kita dari luar dan juga dalam.
sumber : tentang cinta
fakta no.6 mmg tepat sekali..terima kasih kerana kongsikan fakta.Saya juga ada membaca buku tersebut.Sungguh berbaloi.Semoga hari anda bahagia.:)
@nadnad
hehe..thanks..tak sangka betul ramai yang minat entri kali ni..salam perkenalan 🙂
hey nice post…double like.. thanks visited my blog..
salam perkenalan 🙂
@.: lalala :.
ur welcome.. 🙂
tq jgk sebab dtg melawat BLOG HAZMIN
tengs sebab visit my blog =)
nice entry ^.-
@Fairyfarina
ramai jugak yg minat buku ni kan..
tu la..kebanyakannya butul..tu yg boleh jual tu buku ni..hehe
blum abis lg baca buku ni…tp ada byk betolnya fakta2 yg dia tulis
@Alynzs Liya
Nampak gayanya kamu follors yang ke 100..yea..hehe..tq datang melawat.. 🙂
datang sini jalan2 😉
@cik faten
Selalu la datang ke blog hazmin utk baca entri entri yang lain pulak..
@Nour Akmal
Tq..harap dapat beri pandangan dan sokongan ok..
hye..
singgah cni..
gud luck dlm dunia blog ni..=)
http://www.jarijemariemas.blogspot.com
nice entry… bez la… xpenah jumpe info nie lagi… 🙂
@Cik Chieda
ego kot lelaki ni..hehe..tp kan keras keras lelaki sebenarnya cepat kesian juga..apa kata u baca buku John Gray nie..mana tahu ada jawapan dalam tu.
@hazmin.. setuju… ape la yang ada dalam fikiran lelaki eh? susah nak faham. perempuan ni jenis sensitif tapi lelaki selalu ambil endah tak endah jer.. betul2 tak faham.
@Cik Chieda
try la cari u…i pun dulu baca on9 je..pdf format.mmg tak puas la..sampai skrg i still yakin yg laki n perempuan mmg takkan paham satu sama lain.
salam singgah… agak menarik buku ni. tp i xpnah jumpe pun… huhu.. kne cari ni nmpknya. i mmg setuju sgt2 la pemikiran lelaki dgn perempuan sgt2 berlainan. i dgn my bf slalu sgt berbeza pndapat tntg sesuatu perkara.. kadang2 x paham n taktaw apa yg ada dlm kepala dia tu.
@Amira Naddia
hehehe..naseb anda tahu ttg lelaki :p
tq dtg sini
@Epola-orang
haha..tak perlu takut la..patut lg happy
takut plk rse nak kawen.
hoho >.<
salam singgah dr cik epo. juge blogger baru 🙂
lelaki tak suke di bebel. ckp sekali sudah..
mngalah itu perlu
dtg sini dan followed kamu!
thanks sudi singgah d belog ku yg slebet itu
@aisneezy
yup..memang saling perlu dan memerlukan…cuma cara kita berfikir berbeza
tp yg pentingnye..
pmpn perlukan lelaki+lelaki perlukan pmpn..
kn?
@Nurul Afifah Addnan
Cepat cari buku ni..best best..hehe..
byk boleh belajar
teringin giler r nk bce buku tu..
@cik pulau
memang menarikpun..kira istilah 'laki paham perempuan dan perempuan faham lelai' tu tak betul sebab dua2 berbeza.
menarik info ni..
thanks..
cik pulau tak pernah jumpa pun buku ni.
hope one day nanti dapat baca.. ^^,