• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Politik dan Isu Semasa / Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia

Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia

By Hazmin Hamudin | 15 April 2013 | 73 Comments

Pesanan Ikhlas Daripada Perdana Menteri Malaysia (1)

Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia. Semalam tengok ada surat di atas meja yang ditujukan khas kepada aku. Lain macam pulak bila tengok sampul surat ni. Apabila dikoyak sampul surat tersebut dan dikeluarkan isinya, jelas kelihatan kertas yang dilipat cantik seperti sebuah brosur. Rupa-rupanya ia merupakan Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia yang mempunyai maksud tersendiri.

Dengan sekarang ni musim pilihan raya, tidak hairanlah rakyat Malaysia akan menerima surat Pesanan Ikhlas Dari Perdana Menteri Malaysia ini. Masing-masing  punya cara tersendiri untuk meraih sokongan rakyat tidak kira dari pihak kerajaan mahupun pembangkang. Dalam hati tertanya-tanya jugak apa ‘pesanan ikhlas’ yang ingin disampaikan oleh Perdana Menteri kita ni.

Pesanan Ikhlas Daripada Perdana Menteri Malaysia (2)

Apabila dibelek ke halaman berikutnya, maka akan terlihatlah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mendoakan kesejahteraan pembaca dan juga harapan beliau bantuan BR1M telah sampai kepada penerima. Sekarang barulah aku faham bahawa surat ini mungkin dihantar kepada semua penerima bantuan BR1M tidak kira sama ada bujang atau berkahwin. Pandai nampaknya Perdana Menteri kita ini menyusan strategi untuk meraih undi.

Pesanan Ikhlas Daripada Perdana Menteri Malaysia (3)

Seterusnya apabila dibuka kertas tersebut ke saiz A4, terdapat pula penjelasan berkenaan bantuan BR1M yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat yang layak.

Pesanan Ikhlas Daripada Perdana Menteri Malaysia (4)

Apabila dibuka kertas tersebut tanpa sebarang lipatan, maka akan terserlahlah wajah ‘hensem’ Perdana Menteri kita di atas kertas bersaiz A3 dengan mesej pelbagai lagi usaha akan dijana bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pertamanya, terima kasih diucapkan kepada PM kita ni kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan rakyat. Berkenaan dengan BR1M, ya, aku sudah menerima bantuan RM250 tersebut. Terima kasih sekali lagi diucapkan. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.

Dengan semakin hampirnya tarikh Pilihan Raya Umum ke-13, bermacam-macam strategi yang diatur oleh BN untuk memenangi hati rakyat termasuklah cara sebegini. Apa pandangan korang berkenaan strategi BN ni?

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • ejam 17 April 2013 at 8:33 PM

    nasib baik PM tak hantar pesanan ni, so tak rasa bersalah ler kalau tak pangkah dacing..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 10:17 PM

      Wah.. Macam dah tau je nak pangkah mana ni bro

      Reply
  • izan mama mia 16 April 2013 at 11:44 PM

    br jew dpt td

    Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 16 April 2013 at 8:50 PM

    Kawe tak dapat poooonn… PM nih … 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 8:02 AM

      Ok la tu tak dapat. Maybe dia bagi surat lain kot. Haha

      Reply
  • siti fatimah 16 April 2013 at 7:35 PM

    sy dpt surat ini,tapi tak dpt pun duit br1m tersebut knp?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 8:01 AM

      Itulah.. Mungkin sebenarnya surat ni dihantar secara random dan tidak berdasarkan penerima BR1M. Saya sendiripun tidak pasti berkenaan perkara ini.

      Reply
  • thaqibzaki 16 April 2013 at 6:39 PM

    Setakat ni tak pernah dapat lagi apa-apa surat dari PM. Belum nasib kot. Takpun memang bukan takdir. wuwuwu.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 April 2013 at 8:00 AM

      Ayat pasrah ke apa ni.. Hehe

      Reply
  • t.a.t.a 16 April 2013 at 1:11 PM

    First BR1M, tak dapat sebab masuk nama emak yang warga emas. So I pull out her name and did a rayuan. But never received any feedback or whatsoever.

    Second BR1M, I did registered online. Yet, never received any reply until now. Both BR1Ms I did via LHDN.

    I never asked them whether my name was on the list or not. They must have a system where they can detect a receiver whom never received the BR1M. Just afraid they salahguna kuasa or has a misunderstanding somewhere, since my name obviously on the list (if what you’re saying is correct) but I never received any.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:09 PM

      Kalau memang ada salah guna kuasa, memang tak patut la kan. Sepatutnya walaupun kita tak dapat, kenalah maklumkan supaya kita tidak tertunggu-tunggu. Bila jadi kes macam ni, diorang juga yang rugi tambahan lagi musim PRU sekarang ni. Banyak benda boleh jadi sensitif.

      Reply
  • t.a.t.a 16 April 2013 at 12:56 PM

    Saya pun dapat juga pesanan ikhlas ini. Tetapi yang hairannya, saya tak dapat BR1M. Adakah saya tidak layak? Saya pun tak tahu. Sebab tak pernah dapat apa-apa reply sama ada saya layak atau tidak.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:59 PM

      Pelik jugak sebab dari segi ayat sepatutnya yang dapat BR1M pasti akan dapat surat ni. Dah cuba call atau bertanya pihak yang berkaitan sama ada nama tersenarai sebagai penerima atau tidak?

      Reply
  • TiranaAduka 16 April 2013 at 12:37 PM

    kadang-kadang tu kalau dah terdesak semua keluar…..sejak dulu lagi dah cengini…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:54 PM

      Biasa la tu. Bila dah goyang, macam-macam cara keluar nak raih sokongan.

      Reply
  • onlajer 16 April 2013 at 12:17 PM

    aku tak dapat pulak yang ini , tapi kad hari raya aidiladha dapat hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 12:53 PM

      Lagi hebat dapat kad raya. Tahun ni mesti dapat duit raya pulakkan.

      Reply
      • onlajer 16 April 2013 at 12:58 PM

        Jangan harap la bhai aku bukanya kerja kerajaan, haha

        Reply
        • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 1:00 PM

          Kih3.. Marah bebenor ni.. Ala.. Slumber je pau Najib. Tu pun kalau menang PRU 13 ni.

          Reply
          • onlajer 16 April 2013 at 1:02 PM

            tak delah bro bukan marah ini nasihat haha

            Reply
            • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 1:06 PM

              Bapak jangan marah bapak, nanti kena jual.. Haha

              Reply
  • jebateja 16 April 2013 at 8:29 AM

    Kawe pun dpt bro….kawe sebat jerk…tapi kawe heran satu perkara jerk….dulu hari2 kawe baca dlm Kosmo…kalau kerajaan terus bagi subsidi negara leh bankrap….now….lain plak….sebab kawe tak minat politik…malas plak kawe nak google apa ke sebab nya…..ahakz…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 10:20 AM

      Tu namanya rezeki jangan ditolak bro.. Itulah, sepatutnya subsidi minyak tu penting sangat. nape la susah sangat nak bagi.

      Reply
  • Oneblogsocial 16 April 2013 at 4:32 AM

    Kita terima apa adanya,pilihan raya adalah keyakinan mana yang lebih layak kita pilih,arti layak ialah mampu membawa negara yang lebih maju tanpa menyebabkan kerugian pada rakyat dan negara.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:42 AM

      Betul tu.. Jangan tersilap memilih pemimpin. Takut rosak negara di kemudian hari.

      Reply
  • Juan 16 April 2013 at 2:37 AM

    aku bersangka baik jer kepada semua,

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:41 AM

      Bersangka baik tu adalah sebaiknya bro

      Reply
  • shida 16 April 2013 at 12:56 AM

    haha…
    kompem dpt gk surat cinta ni kat kg..
    nt shida baca dengan penuh penghayatan~~ 😛

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:41 AM

      Hehe.. Baca depan orang kampung tau..

      Reply
  • beckhrooy 15 April 2013 at 11:34 PM

    strategi ni mungkin dapat tarik org di atas pagar, apa2 pun undi apa yg korang rasa terbaik

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:40 AM

      Itulah.. Buat keputusan biarlah tepat.

      Reply
  • auc 15 April 2013 at 11:04 PM

    ada gak dpt mesj dari BN, tapi ayatnya mcm terdesak sgt nak meraih sokongan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:40 AM

      Biasa la time nak pilihan raya ni bro. Merayu bagai tu perkara biasa.

      Reply
  • ajumohit 15 April 2013 at 10:30 PM

    jadi buatlah pilihan yang tepat ye ;), mana tahu tahun depan ada rezeki lagi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:39 AM

      Harap tahun depan ada la rezeki lagi. Risau gaji dah tak layak je untuk tahun depan. Hehe

      Reply
  • Myra Jay 15 April 2013 at 10:28 PM

    Wahhhh bestnya dpt surat dari PM…

    Smbil menghargai smbil undi diraih.. Hehee

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:39 AM

      Hehe.. Best ke? Kalau PM bagi duit ke baru la best.

      Reply
      • Myra Jay 16 April 2013 at 8:30 AM

        Ai, bukan ke dah dapat duit BR1M tu? 🙂

        Reply
        • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 10:21 AM

          Dah dapat dah hari tu MJ. Ni najib tanya khabar dah dapat ke belum. Hehe. Saja gurau senda najib ni.

          Reply
  • mr. kopi pasta 15 April 2013 at 10:19 PM

    untungla dapat surat cinta dari PM…huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:38 AM

      Takda la untung mana. Kalau dapat duit baru untung. Hehe

      Reply
  • Denaihati 15 April 2013 at 9:49 PM

    tahniah dapat surat dari pm ni. tak semua orang dapat ni…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:38 AM

      Itulah.. Tapi berdasarkan komen, ramai juga yang dapat rasanya.

      Reply
  • cik siti 15 April 2013 at 9:12 PM

    baru dpt msg dari BN…suh sokong BN…huhu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:37 AM

      Siap ada yang SMS ye. Nasib tak dapat. Hehe

      Reply
  • khairul asrol 15 April 2013 at 9:11 PM

    lol! kuasa kerajaan digunakan dengan sebaiknya. hahah. tak semua perdana menteri sanggup buat macama gini ni. 😀

    Reply
    • Hazmin Hamudin 16 April 2013 at 7:37 AM

      Selagi berkuasa, gunakan sebaiknya. Hehe

      Reply
  • zool 15 April 2013 at 8:15 PM

    adik aku ada dapat surat ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 8:32 PM

      Ramai jugak rupanya yang dapat surat ni kan.

      Reply
  • JR 15 April 2013 at 6:44 PM

    Malangnya saya tak dpt pesanan “ikhlas” ini. Tapi jiran sebelah rumah dapat pesanan “ikhkas’ tsb, dia kata kertas tu tlh dijadikannya bekas makanan kucing2nya…

    Mengungkit2 BR1M memang sesuatu yg ikhlas kan???

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:41 PM

      Kalau dah mengungkit tu bukan lagi suatu yang ikhlas bro JR. Hehe.

      Reply
  • titan 15 April 2013 at 5:52 PM

    bab yang aku suka bab BN sekarang ni..rajin diorang hantar surat dan sms ke rumah..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:40 PM

      SPAM nama nya tu. Hehe… Baik hantar duit ke. Ada jugak faedahnya.

      Reply
  • Khairul Zamri 15 April 2013 at 5:22 PM

    hahaha ensem kan 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:40 PM

      Memang hensem tu. Hehe

      Reply
  • WRizuan 15 April 2013 at 4:39 PM

    demam weh 🙂 hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:40 PM

      Demam pilihan raya ke bro? Hehe

      Reply
  • wahida 15 April 2013 at 3:40 PM

    jom mengundi!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:39 PM

      Jom kak. Semua tak sabar dah ni.

      Reply
  • MrJocko 15 April 2013 at 3:26 PM

    satu undi,,, satu suara 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:39 PM

      Hehe… Undi jangan tak undi.

      Reply
  • hafizmd 15 April 2013 at 2:50 PM

    Usaha yg baik wajar mendapat pujian.

    Itu ambe pasti.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:39 PM

      Kalau baik, sudah pasti rakyat akan hargaikan bro.

      Reply
  • iOS Gear 15 April 2013 at 2:47 PM

    Tahniah sebab terpilih untuk menerima BR1M baru2 ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:38 PM

      Sama-sama bro. Rezeki jangan ditolak orang kata. Hehe

      Reply
  • Hairul Azni 15 April 2013 at 2:45 PM

    Saya bukan penerima BR1M..memang tak dapatlah surat ni..terima kasih kerana berkongsi Hazmin..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:37 PM

      Sama-sama bro. Saja nak tengok apa pandangan orang lain berkenaan surat ni di waktu musim pilihanraya ni.

      Reply
  • hafiz 15 April 2013 at 12:40 PM

    dapat juga surat ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:37 PM

      Bro pun dapat BR1M jugak ke?

      Reply
  • Hafizul 15 April 2013 at 11:00 AM

    Prihatin PM kita kan?

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:25 PM

      Terlebih prihatin sampai boleh buat jadi rimas rasanya ni.

      Reply
  • schaze 15 April 2013 at 10:30 AM

    kite pon dapat. hihi
    alhamdulillah 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 15 April 2013 at 7:00 PM

      Dah dapat BR1M ye? Hehe

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Penuh Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011)

By Hazmin Hamudin

Buku Bogel Menuju Tuhan Sudah Sampai

By Hazmin Hamudin

Mencari Mood Menulis Semula

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan Fasha Sanda Dan Jejai Di Perlis

By Hazmin Hamudin

Kekangan Masa

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2022 · Genesis Framework · WordPress · Log in