• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Informasi / Rahsia Intim Buah-Buahan

Rahsia Intim Buah-Buahan

By Hazmin Hamudin | 4 March 2012 | 8 Comments

Semua orang tahu bahawa buah-buahan baik untuk untuk kesihatan, namun tidak ramai yang menyedari ia juga boleh menaikkan mood dan menyemarakkan perasaan kasih sayang.

Menurut pakar diet tempatan, Indra Balaratnam, sesetengah buah-buahan boleh menghidupkan imaginasi dan menyemarakkan keintiman.

Buah-Buahan

“Pisang yang disifatkan sebagai simbol kesuburan disebabkan bentuknya yang menyerupai organ lelaki, kaya dengan vitamin B yang meningkatkan metabolisme dan tenaga untuk menguatkan nafsu dan libido.

Buah anggur pula menurut mitos, adalah anugerah tuhan untuk kesuburan manusia.

Strawberi pula telah sekian lama dianggap sebagai buah yang ‘seksi’ kerana warnanya merah menyala dan isi lazar dan berair. Ia kaya dengan vitamin C, menjadikannya makanan yang berkhasiat untuk menambah kesuburan. Hidangan strawberi dengan ais krim akan menjadikan suasana lebih romantik. Manakala strawberi cecah coklat cair menjadikan manisan lebih lazat.”

Buah-Buahan Asmara

Avokado

Masyarakat Aztec di Peru menggelar avokado sebagai pokok buah zakar. Ia kaya dengan vitamin B6 yang membantu mengurangkan tekanan. Ia juga adalah sebahagian daripada pengeluar hormon testosteron.

Cara pengikat kasih: Avokado boleh digunakan dalam banyak jenis masakan. Buah avokado yang masak boleh dibuat puri untuk dijadikan kuah cecah guacamole. Gaul dengan jagung manis untuk dijadikan snek sebelum tidur.

Tembikai

Pakar mendapati likopena, beta karotena dan antioksidan dalam buah tembikai mempunyai keupayaan untuk mengendurkan saluran darah dan seterusnya meningkatkan libido (keinginan seks).

Cara pengikat kasih: Selain dibuat jus, tembikai boleh menghidupkan suasana percutian di pulau tropika yang indah jika dibuat moktel.

Buah tin

Pasangan kekasih mendapati bentuk dan rasa buah tin yang manis dapat menyemarakkan perasaan dan keintiman mereka. Dari segi pemakanan, buah tin kaya dengan asid amino yang membentuk hormon seks.

Cara pengikat kasih: Tutup mata pasangan anda dan suruh dia mengunyah buah tin untuk menambah rangsangan.

Betik

Disebabkan bentuknya seperti payu dara wanita, betik dianggap erotik dalam budaya masyarakat tradisional. Ia kaya dengan antioksidan dan vitamin C. Ini menjadikan betik sumber yang baik untuk meningkatkan kesuburan. Betik adalah buah serba guna. Yang muda boleh dibuat kerabu atau salad untuk sajian romantik. Betik yang masak lazat dimakan begitu sahaja, lebih-lebih lagi jika disejukkan dalam peti sejuk.

Cara pengikat kasih: Cedok isi betik dengan sudu dan suapkan ke mulut pasangan anda.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • akubiomed 5 March 2012 at 2:37 PM

    Sudah wajib berumah tangga dah lah ni 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 3:06 PM

      Janganlah macam tu bro… Malu jap… Hahaha…

      Reply
  • suri 5 March 2012 at 11:50 AM

    alah buah epal tak der ker..? buah sering jumpa buah betik tu klu blik melaka dpt mkn heee sb mak ayah ada tanam kt blkg umh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 2:12 PM

      Buah-buahan lain tak pasti pulak. Mungkin kita boleh menggunakan imaginasi kita untuk buah lain pulakkan.. siap tau 🙂

      Reply
  • yas 5 March 2012 at 1:15 AM

    Nampaknya tembikai dan betik la yg bakal selalu dimakan….sbb yg tu je yg kerap dijumpaii…hehehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 7:33 AM

      Sebab yang lain tu bukan buah buahan tempatan… Lepas ni ramailah yang makan buahkan lepas baca benda ni. Hehehe

      Reply
  • titan 4 March 2012 at 10:18 PM

    haha, baru aku tau ni..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 March 2012 at 7:31 AM

      Menarikkan info ni…

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Zizan Raja Lawak Dengan Kereta Terbarunya (Evo 10)

By Hazmin Hamudin

Gerhana Matahari Cincin Berlaku Pada 20 Mei 2012

By Hazmin Hamudin

Tiada Had Harga Telefon Pintar Untuk Rebat RM200

By Hazmin Hamudin

Apabila Harga Minyak Naik 20 Sen

By Hazmin Hamudin

Takda Kesedaran Sivik Langsung !

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in