• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Blog Hazmin / Renew Hosting Serverfreak

Renew Hosting Serverfreak

By Hazmin Hamudin | 30 April 2013 | 47 Comments

Renew Hosting Serverfreak

Masuk bulan Mei 2013 maka genaplah setahun aku menggunakan perkhidmatan hosting daripada serverfreak ni. Setelah berfikir sehabisnya, akhirnya aku mengambil keputusan untuk renew hosting serverfreak ni. Alhamdulillah sepanjang aku menggunakan hosting serverfreak ni tiada lagi apa-apa masalah yang timbul.

Kiranya tidak rugilah aku mengambil keputusan untuk berpindah daripada NetKL ke serverfreak ni. Rasanya semua blogger sudah sedia maklum bahawa serverfreak adalah salah satu penyelia hosting terbaik yang mendapat pandangan positif yang banyak dari para pelanggan. Rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka dan customer support yang tidak pernah mendukacitakan pelanggan.

Cuma yang mendatangkan masalah kepada semua blogger untuk berpindah ke serverfreak adalah disebabkan oleh harganya yang boleh dianggap mahal. Oleh sebab itu ramai blogger yang mencari alternatif lain dengan harga yang lebih murah. Kalau difikirkan balik kalau harga murah, tapi servis terukpun tak guna jugakkan. Kalau blogger yang pandai generate income dengan blog, harga ni bukan masalah rasanya.

Serverfreak dah hantar invoice dekat aku bulan lepas melalui email untuk aku buat bayaran renew pakej hosting yang aku langgan sebelum tamat tempoh. Kalau dah tamat alamatnya tak boleh bukak blog la kan. Pakej Web Hosting Serverfreak yang aku langgan adalah pakej Dulexe dengan bayaran RM180 setahun (percuma 1 domain). Memang banyak jugak nak bayar sebab aku belum lagi pernah buat duit dengan blog ni.

Aku ada terbaca dekat blog rakan yang ada menggunakan promo code semasa hendak membeli hosting serverfreak mendapat diskaun 20% secara berulang setiap tahun. Bermakna setiap tahun mereka akan mendapat diskaun sebanyak 20% tersebut. Kalau RM180 aku hanya perlu membayar RM144 sahaja setiap tahun dengan promo code tersebut. Mula-mula aku hantar tiket kepada pihak hosting bertanyakan bagaimana hendak menggunakan promo code tersebut. Tapi malangnya promo code hanya boleh digunakan untuk pembelian pertama kali sahaja dan bukan untuk pelanggan yang renew macam aku.

Aku rasa macam tidak adil pulak sebab pelanggan yang hendak renew tidak mendapat apa-apa kelebihan berbanding pelanggan yang baru hendak mendaftar. Jadi aku terus membalas email tersebut sambil meluahkan ketidakpuasan hati aku dekat pihak hosting. Pelanggan setia yang hendak renew tiada mendapat apa-apa diskaun. Hehe. Pihak hosting membalas dengan memberikan diskaun sebanyak 10% kepada aku. Aku balas lagi dan akhirnya mereka memberikan diskaun sebanyak 20% dengan bayaran renew RM144 dan menghantar invoice baru kepada aku.

Cuma cara email tersebut dibalas tidak menunjukkan sikap ramah dan layanan yang baik seperti yang mereka berikan sebelum ini. Mungkin mereka tidak berpuas hati sebab aku mintak diskaun tu. Lantak la asalkan aku dapat diskaun 20% daripada harga asal yang aku rasa akupun patut dapat jugak. Hehe.

Segala urusan pembayaran untuk renew hosting telah aku buat tanpa sebarang masalah pagi tadi. Alhamdulillah, blog aku akan terus bernyawa untuk tempoh setahun lagi. Dah boleh la nak merapu balik dekat blog ni. Semoga pihak serverfreak akan terus memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan mereka.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Hafizul 4 May 2013 at 2:22 PM

    Serverfreak ni best kan..selamat hari ulangtahun untuk hosting bro..haha

    Reply
    • Hazmin Hamudin 5 May 2013 at 11:11 AM

      Memang best serverfreak ni. Yang tak best part harga je.

      Reply
  • beckhrooy 2 May 2013 at 9:29 PM

    mungkin pihak hosting boleh fikirkan benda ini pada masa akan dtg

    Reply
  • blackrosehunter 2 May 2013 at 9:32 AM

    hak pengguna bro..hehehe

    Reply
  • blackrosehunter 2 May 2013 at 3:17 AM

    hehehe..boleh tawar menawar tu..hehe..betul gak bro..yang penting diskaun tu..sebab servis elok tu diorang letak harga mahal

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 9:14 AM

      Memang tak dinafikan servis elok. Tapi untuk pengguna lama tiada apa-apa diskaun memang tidak adil. hehe

      Reply
  • Sop 1 May 2013 at 11:44 PM

    pembekal hosting yang mantap sgt perlu bg blogger
    ada beberapa blogger alami masalah hsoting skrg ni
    pihak pembekal x dapat dihubungi… masak tu… 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 May 2013 at 9:11 AM

      Macam kenal je siapa. Kalau pihak hosting tidak dapat dihubungi memang masalah parah tu.

      Reply
  • auc 1 May 2013 at 1:18 PM

    baru 4 bulan dgn SF ni, dapat harga 20% promote RM144 dulu dgn free domian. berbaloi 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2013 at 4:31 PM

      Untung la bro dapat guna promo code tu. Macam saya tak dapat. Kena mintak diskaun pulak. Nasib dapat.

      Reply
  • titan 1 May 2013 at 11:24 AM

    hoho..artikel ko ni boleh digunakan untuk mana-mana blogger yang nak dapatkan harga renew tu.. masa ni..serverfreak dah takde pilihan lain..terpaksa gak bagi harga RM144 tu pada mereka yang dulunya tak guna kupon renew 20% tu masa awal-awal join dulu..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2013 at 12:25 PM

      Haha… Boleh cuba bagi siapa nak cuba.

      Reply
  • kozumi_ro 1 May 2013 at 8:23 AM

    Serverfreak memang terbaik, kozumi pernah menggunakannya..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2013 at 9:11 AM

      Sekarang koz dah tukar hosting lain ke?

      Reply
  • ajumohit 1 May 2013 at 5:43 AM

    wah terbaik punya menawar ni bro, mereka ni more to services sepatutnya customer service mestilah bagus nak pastikan kesetiaan pelanggan

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2013 at 9:11 AM

      Itulah, ramai yang dok puji patut servis tu dijaga la kan kak.

      Reply
  • luqmanzakaria 1 May 2013 at 1:03 AM

    aku still gunakan Netkl ..tak pernah tahu pon pasal serverfreak ni..huhuh

    Reply
    • Hazmin Hamudin 1 May 2013 at 9:09 AM

      Dulu mula-mula pakai netkl, tp lepas netkl buat peraturan yang mengarut dengan hosting diorang terus tukar.

      Reply
  • ejam 30 April 2013 at 11:43 PM

    bagus tindakan bro minta diskaun, tapi kalau cara mereka balas dah menunjukkan sikap tidak profesional itu nampaknya perlu mereka perbaiki lagi sikap mereka kepada pelanggan.
    kita minta cara baik, kalau nak bagi boleh bagi, kalau tak nak bagi boleh beri alasan yang menyenangkan hati barulah happy.

    aku pula sejak serverfreak popular aku terpaksa keluar dari hosting mereka kerana merasakan blog semakin slow dan terasa berat untuk diakses.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 11:50 PM

      Betul tu bro.. Kalau tak boleh cakap elok-elok. Sayapun takda nak panjang-panjangkan lagi. Tapi kira tak adil la diorang buat promo code utk yang baru dan diskaun tu pulak setiap tahun.

      Sekarang pakai hosting apa bro?

      Reply
      • ejam 30 April 2013 at 11:55 PM

        sekarang pakai datakl.com pula.
        hati tenang blog jalan dgn lancar dan tak berat sangat..

        Reply
        • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 11:58 PM

          Dengar datakl antara yang terbaik jgk. Nanti kalau serverfreak buat masalah boleh jugak try.

          Reply
        • beckhrooy 2 May 2013 at 9:30 PM

          data kl tiptop hehe

          Reply
  • JR 30 April 2013 at 6:31 PM

    Saya pakai blogspot saja. Maklumlah blog saya cuma utk syok2 sendiri aje….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 11:48 PM

      Hehe.. Mana-mana pun ok je bro JR. hehe. Dulu saja nak timba pengalaman dengan wordpress ni..

      Reply
  • gamep01nt 30 April 2013 at 5:14 PM

    mahal oi 180…. jom guna blogger!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 11:47 PM

      Tak patah balik ke blogger memang payah la oi. Haha

      Reply
      • gamep01nt 1 May 2013 at 8:21 AM

        apa yg payah..nak seribu daya. ahahahha. blogger server hosting dari google. mmg xyah risau dah uptime. 100% uptime.

        Reply
  • zool 30 April 2013 at 3:45 PM

    serverfreak ni memang agak bagus juga… saya jarang mengalami masalah untuk blog rear-wheel.com

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 3:52 PM

      Memang komen dan review daripada semua blogger sangat bagus. harap mereka terus kekalkan macam ni.

      Reply
  • suri 30 April 2013 at 3:39 PM

    jika puas hati pakai baik kekalkan shja admin.jgn pusing2 nak tukar hosting lain pula hee.tgokc am saya dah mula pening2..selmat ber renew 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 3:51 PM

      Hehe.. Suri kenapa pening pulak dengan hosting. Setakat ni pakai serverfreak memang takda masalah lagi. harap akan datang pun sama la.

      Reply
  • suri 30 April 2013 at 3:38 PM

    blogger dan hosting mmg tak boleh di pisahkan

    Reply
  • hafiz 30 April 2013 at 3:19 PM

    ooo boleh ek mintak diskaun…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 3:46 PM

      Cuba jaya tu je bro. Tak sangka pulak dapat. Tapi sepatutnya tak adil la kita bayar mahal, orang lain murah untuk pakej yang sama.

      Reply
  • khairul asrol 30 April 2013 at 3:11 PM

    wahh sumpah teringin nak guan wordpress. dengar banyak peluang lebih bagus baik dari segi SEO, affiliate, advertising. bulan 5 atau 6 kot nanti baru pindah wordpress.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 3:46 PM

      Kalau nak lebih professional dan lebih serius dengan blog, elok tukar ke wordpress la. Hehe.. Apa tunggu lagi.

      Reply
  • daddyziyyad 30 April 2013 at 2:33 PM

    entah bila la saya nak guna domain sendiri…setakat ni,pakai ajalah blogspot dulu..ekekekekeke

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 3:45 PM

      Ala.. Ikut mana yang selesa je doc. Hehe..Dua-dua pun ok sebenarnya.

      Reply
  • nurul yui 30 April 2013 at 1:45 PM

    hihi,lg mcm2 nak merapu kan =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 1:47 PM

      Merapu tu wajib.. Hehe..

      Reply
  • LieyaLatif 30 April 2013 at 1:25 PM

    Sonok lak akak bc entry ko ni…sbb akak buta it ni…akak kan dik tingin nak pakai domain sendiri ….bagus org muda celik it nih….

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 1:38 PM

      Hehe.. Ala.. Senang je kak.. Akak pakai la domain sendiri. Kalau domain je murah lagi…

      Reply
  • akubiomed 30 April 2013 at 1:19 PM

    Sudah pun dapa notis pembaharuan pakej hosting. Tunggu masa sahaja hendak membuat pembayaran. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 1:37 PM

      Hehe.. Siap la untuk keluarkan duit bro.. Time nak renew ni memang berat sikit la. Hehe

      Reply
  • Melastik Bintang 30 April 2013 at 12:27 PM

    haha minta diskaun sampai lebam la bro.. =)

    Reply
    • Hazmin Hamudin 30 April 2013 at 12:31 PM

      Haha.. Wajib mintak. Orang lain dapat promo code tiap tahun, tapi aku tak dapat. Mana boleh. Kih3

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Hari Isnin yang Blues

By Hazmin Hamudin

Tarikh dan Tempat Melihat Anak Bulan Syawal 2011

By Hazmin Hamudin

Restoran Ana Ikan Bakar Petai Bangi Teruk?

By Hazmin Hamudin

Salji Di Dublin, Ireland

By Hazmin Hamudin

Kes Penipuan Hard Disk Di PIKOM PC Fair

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in