• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Kesihatan / Sakit Badan Selepas Bersenam

Sakit Badan Selepas Bersenam

By Hazmin Hamudin | 21 February 2014 | 26 Comments

Sakit Badan

Antara cabaran apabila memulakan senaman setelah rehat yang panjang ialah sakit badan. Dalam bahasa saintifiknya ialah “delayed onset muscle soreness (DOMS)”. Bahasa mudahnya pulak ialah sakit badan atau otot selepas bersenam. Minggu lepas aku berhenti bersenam di gym selama seminggu akibat kesihatan yang kurang baik. Sebelum tu pun aku dah kurang jugak pergi ke gym. Akibatnya bila nak mula bersenam balik sudah pastilah badan akan sakit-sakit.

Pagi ni sudah semestinya sakit badan akan terasa terutamanya di bahagian biceps, triceps dan chest aku ni. Kalau suruh aku angkat barang berat-berat memang fail la jawabnya. Ni lah akibat malas nak pergi gym dan kesihatan yang tak menentu sekarang ni.

Pepatah terkenal daripada Barat “No Pain No Gain” ada benarnya bila dikaitkan dengan senaman. Kalau nak dapat apa yang kita inginkan memang kena rasa dulu kesakitan dan kepahitannya. Hehe. Kiranya kalau orang yang angkat besi hari-hari ni kalau tak sakit badan tu memang tak sah la. Kalau nak ikutkan takda siapa yang suka sakit-sakit badan ni. Tapi apabila mengenangkan apa ganjaran yang aku akan dapat nanti, sakit badan sikitpun tak kisah la.

Sebenarnya sakit badan selepas bersenam ni bagus. Hehe. sebab ia membuktikan bahawa senaman kita tu adalah berhasil, dan yang pasti tubuh kita menjadi semakin kuat selepas ia sembuh. Kuat la sangatkan. Haha. Ada orang kata ianya menyumbang kepada afterburn effect dimana pembakaran lemak akan berlaku sepanjang otot kita sakit tu. Siapa yang tak nak lemak dekat badan makin berkurangkan.

Apa kata mulai sekarang rajin-rajinkan diri bersenam. Tak payah pergi gym pun takpa. Jogging atau buat senaman kardio pun dah ok. Jom bersenam.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Tutyrahiza 7 February 2016 at 8:07 AM

    Saya pun sekarang alami muscle soreness akibat rutin senaman yang jarang buat. Saya suka sebab tu penanda aras bahagian otot yang saya target tu betul2 berkesan

    Reply
  • ain 29 January 2016 at 10:36 AM

    dh lme tak trainning…pstu bile dh start blik…memg sume sakit..lelagi bhagian bahu..maklumlah trainning bola bling

    Reply
  • Puan Hanim 31 January 2015 at 5:35 PM

    Bersenam memang bagus. tapi kena betul caranya..
    Kalau tak boleh mendatangkan kecederaan pulak..
    Rawat Sakit Lutut Akibat Senaman Berlebihan

    Reply
  • Yeen 13 January 2015 at 4:26 AM

    Yeah.. sekarang saya pun dah suka nak berlari sebagai aktiviti sihat! Dulu-dulu rasa tak enjoy.. tapi sekarang, kalau tak lari rasa pelik pulak! Jom sukaSEHAT! jom sukaRUN!

    Reply
  • kamal 16 March 2014 at 7:10 PM

    Jika jarang senam, memang awalnya sakit=sakit badan kita. Tapi kalau sudah terbiasa akan terasa nyaman dan segar.

    Reply
  • Kamil Salleh 28 February 2014 at 4:23 PM

    Biasalah tu bila lama tak bersenam… gua pun lama jugak tak berjoging. Perutpun semakin membuncit. Ia akan hilang dalam 2-3 hari.

    Reply
  • Hafizul 26 February 2014 at 11:37 AM

    Emm sakit ni biasa la..kalau selalu bersenam ok la..kan bro..hehe

    Reply
  • Myra Jay 24 February 2014 at 11:39 AM

    MJ pun baru2 ni ada bersenam, dan sakit2 otot lepas bersenam tu 😀

    Reply
  • zik 23 February 2014 at 9:13 PM

    dah lama tak bersenam, badan mesti sakit punya.. tapi sebelum senam, kena renggangkan otot terlebih dahulu.. kalau tak, luka dalam ,.

    Reply
  • BUNDA 23 February 2014 at 9:19 AM

    mungkin tak buat regangan atau memanaskan badan sebelum bersenam…

    Reply
  • Syahril Hafiz 22 February 2014 at 9:30 PM

    Muda muda macam ni kena lasakkan badan, tapi kalau dah start lasakkan badan seperti bersenam berat2 kena teruskan jangan berhenti, kalau takkk.. sakit badan le..

    Reply
  • akubiomed 22 February 2014 at 2:41 PM

    Saya pernah kena nerve inflamation pada bulan Puasa 2 tahun lepas. Selama sebulan terkena masalah ini selepas berehat bermain badminton pada bula Puasa. Serik.

    Reply
  • ewanthology 21 February 2014 at 11:40 PM

    lepas tu klu dah biasa bersenam, bila stop badan pulak rasa tak berapa sedap.

    Reply
  • wazy 21 February 2014 at 11:20 PM

    Biasa la tu bro,kalau dah lama tak bersenam memang ad arasa sakit-sakit badan sikit

    Reply
  • yui 21 February 2014 at 9:56 PM

    jom2 senaman.. sblm tdo leh senam gak..kih2

    Reply
  • lizz 21 February 2014 at 9:20 PM

    Akak ni dah lama gaak x bersenam..haritu lutut sakit dkt 2 bln dah x bersenam liat lak rasa nak muLa blk…btl tu dik tak yah gi gym kat umah pun boleh berzumba ngan youtube hehe…

    Reply
  • hafizmd 21 February 2014 at 8:33 PM

    hehe…terbaiklah bro! kalau rasa sakit kiranya berkesanlah tu…

    Reply
  • titan 21 February 2014 at 7:29 PM

    sakit lepas bersenam tu normal la..ada la tu benda yang koyak. haha..

    Reply
  • tiha 21 February 2014 at 6:21 PM

    haah la
    jarang2 dah bersenam
    teringin nak start semula

    Reply
  • Strider 21 February 2014 at 5:06 PM

    memangn tak dinafikan kalau mula2 nak bersenam nie memang badan akan sakit2..in fact aku rasa kalau pegi jogging jer pun boleh sakit2..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • JR 21 February 2014 at 4:11 PM

    Biasalah tu…mula2 sakit, lepas tu ketagih! Bila dah ketagih awas….senaman punya pasal, hujan ribut pun diredah juga!

    Reply
  • Bahrain 21 February 2014 at 3:23 PM

    Betullah, kalau dah lama tak senam memang badan akan sakit kadang-kadang mengambil masa berhari-hari nak hilangkan sakit tu.

    Reply
  • Nafira 21 February 2014 at 1:13 PM

    huhuhuhu.. memang susah nak amalkan senaman secara konsisten..
    terlalu byk komitmen yg perlu di lakukan. so, anggaplah keje rumah itu sebagai senaman..boleh?? hehehe

    Reply
  • ajumohit 21 February 2014 at 12:22 PM

    oihhh lamanya menyepi, nak tya mcmana workout kat gym ok x? wahh muscle sana sini gitu hehehe

    Reply
  • t.a.t.a 21 February 2014 at 11:24 AM

    Min, badan aku pulak sakit sebab tak bersenam. Sayang pulak rasanya nak buang lemak yang dah lama bertepek kat badan ni.

    Hahahaha.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 21 February 2014 at 11:39 AM

      Haha, Boleh je kalau rasa nak ternak lemak2 tu. Tak salahpun.. :p

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Keputusan Perlawanan Persahabatan Skuad Olimpik Malaysia U23 vs Kemboja 7 Jun 2011

By Hazmin Hamudin

Syampu Antara Punca Gemuk

By Hazmin Hamudin

Paderi Bakar Al-Quran

By Hazmin Hamudin

Tarikh dan Tempat Untuk Melihat Anak Bulan Puasa 201

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Fasha Sandha dan Jejai

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in