• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Cuti Umum / Selamat Hari Pekerja 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

By Hazmin Hamudin | 1 May 2011 | 4 Comments

Sumber: Google

Hari Pekerja atau disebut juga sebagai Hari Buruh diraikan pada 1 Mei setiap tahun. Hari pekerja mula diiktiraf oleh kerajaan pada tahun 1973 apabila ia mengisytiharkan 1 Mei setiap tahun sebagai cuti umum.
Perhimpunan Hari Pekerja yang diadakan di Malaysia mula dianjurkan oleh kerajaan pada tahun 1991 secara tetap setiap tahun sebagai mengiktiraf dan menghargai sumbangan golongan pekerja kepada pembangunan negara. Perhimpunan tersebut juga oleh sektor awam dan turut disertai oleh sektor swasta bertujuaan untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara pihak kerajaan, majikan dan pekerja. Pekerja merupakan nadi bagi setiap syarikat, organisasi ataupun negara. Tanpa pekerja yang produktif dan proaktif adalah sukar bagi syarikat atau sesebuah organisasi untuk beroperasi apa lagi berkembang dari semasa ke semasa.

Pada tahun ini, perhimpunan yang bertemakan ‘Pekerja Merealisasi Transformasi Negara’ akan diadakan pada 7 Mei di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan 12,000 warga pekerja dan majikan dijangka hadir untuk memeriahkan sambutan tersebut. Sebagai penghormatan kepada golongan pekerja, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah bersetuju untuk menyampaikan amanat khas pada perhimpunan berkenaan.
Selamat menyambut Hari Pekerja 2011 dan selamat bercuti untuk semua pekerja di Malaysia ni. Bagi golongan pekerja marilah kita kuatkan semangat dan tekad untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti demi negara tercinta. Sementara golongan majikan pula diharap lebih menghargai segala pengorbanan dan sumbangan yang diberikan pekerja masing-masing sebagai perangsang dan pembakar semangat kepada pekerja untuk lebih gigih bekerj.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • puanbee 2 May 2011 at 2:28 AM

    eheemmm perasmian domain dan hosting baru ..ting ting ting

    Reply
    • hazminhamudin 2 May 2011 at 3:22 AM

      hahaha…jumpa pulak ye domain baru…
      dah la tak ikut arahan..hahaha
      takda bgtau sapa2 lagi la kak..
      tak abis edit lg…

      Reply
  • mizznora 1 May 2011 at 5:47 PM

    hi hi hi…kte datang singgah ni… hehe… nway selamat hari pekerja… 😉

    Reply
    • hazminhamudin 2 May 2011 at 3:20 AM

      Selamat hari pekerja jugak..datang jgk singgahkan..haha

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Wordless Wednesday #10

By Hazmin Hamudin

Keputusan Badminton All England – Pusingan Kedua

By Hazmin Hamudin

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56

By Hazmin Hamudin

Gambar Majlis Pernikahan Ally Iskandar dan Farah Lee

By Hazmin Hamudin

Renew Hosting Serverfreak

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in