• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56

By Hazmin Hamudin | 31 August 2013 | 25 Comments

Hari Kemerdekaan

Pada hari ini genaplah negara kita meraikan ulang tahun kemerdekaan yang ke-56. Sebagai seorang rakyat Malaysia, apakah erti kemerdekaan pada diri kita? Cukupkah hanya sekadar mengibarkan bendera sudah boleh membuktikan yang kita ini adalah seorang yang merdeka? Apalah erti kemerdekaan yang kita sambut setiap tahun kalau kita sendiri masih lagi tidak memahami apakah erti kemerdekaan itu sendiri.

Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Tema Hari Kemerdekaan Ke-56

Tema hari kemerdekaan untuk tahun ini ialah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku. Tema yang dipilih ini lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara bangsa. Ia juga bagi memberikan peringatan kepada rakyat bahawa pentingnya bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran rasa sayang dan cintakan Negara.

Logo Hari Kemerdekaan Ke-56

Logo Hari Kemerdekaan Ke-56

Imej grafik bernombor 56 adalah simbolik sempena Hari Kemerdekaan Ke-56. Imej berwarna merah dan putih melambangkan Jalur Gemilang menyaluti simbol 56 menandakan kecintaan dan keharmonian tanahair yang merdeka. Manakala Bulan Sabit melambangkan kedaulatan.

Dikesempatan ini, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 56 kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga keaman dan kemakmuran yang dikecapi akan terus dikekalkan. Rakyat juga saling hormat menghormati antara satu sama lain tak kira bangsa dan agama. Salam merdeka.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • AKMA.my 4 September 2013 at 11:50 AM

    Baru sempat nak BW…Selamat Hari Merdeka Hazmin 🙂

    Reply
  • suriaamanda 3 September 2013 at 8:33 AM

    Salam kemerdekaan jugak buat HH

    Reply
  • Strider 2 September 2013 at 5:17 PM

    opss..lupa plak nak ucapkan Selamat Hari Merdeka bro…

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • Baby Jane 2 September 2013 at 4:54 PM

    tak dapat cuti merdeka tahun ni hehe

    Reply
  • Sop 2 September 2013 at 12:48 PM

    salam kemerdekaan buat semua rakyat malaysia 🙂

    Reply
  • Hafizul 2 September 2013 at 9:37 AM

    Selamat hari kemerdekaan bro..hehe

    Reply
  • kakiblog 2 September 2013 at 1:23 AM

    ya selamat merdeka!

    Reply
  • akubiomed 1 September 2013 at 11:33 PM

    Selamat menyambut Hari Merdeka. Pertahankan kemerdekaan yang dikecapi.

    Reply
  • puan kutu 1 September 2013 at 6:41 PM

    selamat menyambut hari merdeka!

    Reply
  • Joe 1 September 2013 at 5:40 PM

    Selamat hari kemerdekaan.

    Reply
  • mia liana 1 September 2013 at 11:34 AM

    selamat menyambut hari kemerdekaan ya.. hazmin..

    Reply
  • Sylarius Yusof 1 September 2013 at 8:42 AM

    Selamat Hari Kemerdekaan ke-56. Walaupun kita merdeka, tetapi kedudukan orang Melayu dari segi ekonomi dan sosial masih lagi terkebelakang. Rasa macam Merdeka kita ni merdeka yang sekerat-sekerat je. Mungkin boleh dipanggil sebagai 50% Merdeka?

    Reply
  • ajumohit 31 August 2013 at 9:58 PM

    salam merdeka buat semua 😉

    Reply
  • tmm 31 August 2013 at 8:19 PM

    selamat…..

    Reply
  • papa mifz 31 August 2013 at 4:10 PM

    salam Merdeka yer bro…!!

    Reply
  • Razlan 31 August 2013 at 3:20 PM

    Salam merdeka semua,terharu dengan pencapaian negara selama ini.

    Reply
  • hafiz 31 August 2013 at 2:40 PM

    Salam merdeka buat bro sekeluarga

    Reply
  • Mohd Shubhi 31 August 2013 at 1:02 PM

    Selamat sambut hari merdeka yang ke 56…dengan penuh keinsafan!

    Reply
  • AUC 31 August 2013 at 1:01 PM

    selamat menyambut hari kemerdekaan jg dari auc

    Reply
  • JR 31 August 2013 at 11:08 AM

    Negara merdeka, bangsa merdeka, jiwa juga perlu merdeka…Kenangilah jasa semua pejuang kemerdekaan yg berjuang utk negara, bukan saja pejuang yg berkompromi dgn penjajah British yg tercatat nama mereka dlm buku sejarah sekolah yg patut dikenang jasanya, tetapi juga pejuang yg rela masuk penjara dan diri serta keluarga disiksa penjajah kerana ingin memerdekakan negara tapi nama mereka tak tercatat dlm buku sejarah sekolah juga perlu dikenang jasa mereka…

    Merdeka! Merdeka! Negara merdeka, jiwa merdeka, mental merdeka!!!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 2 September 2013 at 2:34 PM

      Begitu semangat bro JR. Kalau seluruh rakyat bersemangat macam bro JR, pasti keamanan dapat dikekalkan 🙂

      Reply
  • Anuar 31 August 2013 at 9:10 AM

    Selamat Menyambut hari Kemerdekaan yang ke 56.. “Malaysiaku Berdaulat, Tanah Tumpahnya Darahku”..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2013 at 10:43 AM

      Selamat Hari Merdeka jugak bro.

      Reply
  • Juan 31 August 2013 at 1:51 AM

    Selamat Hari Merdeka. Best tgk mercun tadi, walaubagaimanapun erti kemerdekan tu yg lagi penting

    Reply
    • Hazmin Hamudin 31 August 2013 at 10:43 AM

      Selamat Hari Merdeka bro. Tengok mercun dekat mana?

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Yang Wajib Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #13 | Minum Petang

By Hazmin Hamudin

Globe X G-Shock GRX5600GE-1 United By Fate

By Hazmin Hamudin

Keputusan Badminton All England – Pusingan Kedua

By Hazmin Hamudin

Perbezaan Lelaki Handsome Dan Tak Handsome

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in