• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Perayaan / Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H

By Hazmin Hamudin | 4 November 2013 | 34 Comments

Salam Maal Hijrah

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H kepada semua pengunjung blog ini, khasnya kepada mereka yang beragama Islam. InshaAllah esok pada hari Selasa bersamaan 4 November 2013 kita akan menyambut tahun baru mengikut kalendar Islam. Setepatnya kalau mengikut kalender Islam adalah selepas waktu Maghrib pada hari ini kita akan meraikan 1 Muharram 1435H

Sedar tak sedar begitu cepat masa meninggalkan kita. Hari ini merupakan hari terakhir tahun 1434 Hijrah. Aku tahu sudah pasti ramai anak-anak muda yang lebih mengetahui tahun baharu Masihi daripada tahun baharu Islam itu sendiri. Buktinya? Berapa ramai la sangat yang akan memenuhi masjid dan surau pada petang ni kalau nak dibandingkan semasa konsert atau sambutan ambang tahun baharu setiap tahun.

Akupun tak nak sentuh banyak mengenai benda tu. Karang cakap aku poyo pulak nak nasihat-nasihat ni sedangkan akupun tunggang langgang. Sendiri mau ingat la kan. Aku pasti yang akan baca entri ni dah besar-besar. Dah boleh fikir. Dah tahu baik buruk.

Kebiasaan bila tiba kemunculan tahun baharu dalam kalender Islam, kita akan membaca Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun yang akan dibaca selepas waktu Asar dan juga selepas waktu Maghrib nanti. Kalau tak tahu lagi boleh rujuk entri Doa Akhir Tahun Dan Awal Tahun Hijrah. Jangan lupa baca hari ni ok.

Tema Sambutan Maal Hijrah 1435H/2013M

Majlis sambutan Maal Hijrah 1435Hperingkat kebangsaan kali ini yang sekali lagi membawa tema ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’, akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tahun lepas aku turut terlibat dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M. Memang pengalaman yang menyeronokkan apabila dapat melihat sendiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan depan mata. Tapi tahun ni aku hanya mampu menonton di depan kaca televisyen je.

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435H dan selamat bercuti kepada semua. Semoga hijrah kita ke arah kebaikan sentiasa mendapat keberkatan daripadaNYA.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • AUC 6 November 2013 at 8:00 PM

    Rasanya belum terlambat lg nak ucapkan ni..

    selamat menyambut maal hijrah 1435..

    Reply
  • ayut 6 November 2013 at 4:15 PM

    Salam maal hijrah hazmin….

    Reply
  • Mak lagenda 6 November 2013 at 3:59 PM

    Salam maal hijrah min!! Moga2 kehadiran tahun baru ini akan lebih baik dr tahun2 sebelumnya buat kita semua ya..

    Reply
  • lizz 6 November 2013 at 11:34 AM

    salam maal hijrah dik…Moga tahun baru ini kita semua lebih berjaya dan lebih bahagia dan moga hari-hari akan datang lebih baik dari hari sebelumnya….

    Reply
  • Khairul Zamri 5 November 2013 at 11:43 PM

    salam maal hijrah bro 🙂

    Reply
  • puteri kasih 5 November 2013 at 10:54 PM

    Salam maal hijrah buat hazmin sekeluarga 🙂

    Reply
  • ikhram 5 November 2013 at 10:32 PM

    salam maal hijarah juga
    semoga kita adalah yg lebih baik dari yg dulu

    Reply
  • hafizmd 5 November 2013 at 9:25 PM

    salam maal hijrah bro!

    sama2 kita tingkatkan ibadah kurangkan benda2 takde pekdah =)

    Reply
  • pahan 5 November 2013 at 7:34 PM

    salam maal hijrah bro 🙂

    Reply
  • Rizkyzone.com 5 November 2013 at 7:08 PM

    mari kita tingkatkan nilai ibadah kita agar lebih baik dari tahun22 yang lalu

    Reply
  • Lana 5 November 2013 at 6:24 PM

    Salam Maal Hijrah hazmin.. 🙂

    Berhijrah bukan pada tahun baru saja, untuk setiap detik sebenarnya.

    Reply
  • cik tom 5 November 2013 at 3:22 PM

    salam maal hijrah bt hazmin sekeluarga 🙂

    Reply
  • Strider 5 November 2013 at 2:06 PM

    Selamat menyambut maal hijrah bro..semoga tahun ini akan memberi lebih keceriaan dan rahmat insyaallah…

    Regards,
    -Strider-

    Reply
  • t.a.t.a 5 November 2013 at 1:57 PM

    Selamat tahun baru dear.

    aku kerja.

    Reply
  • suriaamanda 5 November 2013 at 12:39 PM

    salam maal hijrah HH…

    Reply
  • tmm 5 November 2013 at 12:33 PM

    salam maal hijrah bro… ada azam baru?

    Reply
  • wazy 5 November 2013 at 12:04 PM

    Salam Maal Hijrah buat bro ,sama-sama kita sematkan azam di tahun baru ni

    Reply
  • anif 5 November 2013 at 11:29 AM

    Selamat menyambut Maal Hijrah. Mulakan dengan azam baru dan langkah positif! 😀

    Reply
  • blogger lelaki 5 November 2013 at 10:20 AM

    salam maal hijrah bro..se moga tahun baru ini akan lebih baik unutk kita semua

    Reply
  • ahmadyani 5 November 2013 at 10:06 AM

    Semoga kebaikanlah yang kita dapat dan kita buat sepanjang tahun yang mendatang.

    Reply
  • Anak Askar Pencen 5 November 2013 at 8:04 AM

    Wasatiyah tu memang kena sangat dengan life kita time-time macam ni. Musim harga barang naik ni, memang kena hidup bersederhana, baru dapat berjimat-cermat.

    Reply
  • Anim 5 November 2013 at 7:35 AM

    kak aminkan bacaan doa awal tahun dan akhir tahun oleh imam di TV1. semalam ada siaran langsung bersama YDP Agong dan PM. tak kisahlah kat mana pun hazmin. di masjid, di surau, di tv mahupun baca sendiri dalam bilik, yang penting jangan tertinggal saat2 itu..saat kita memohon dosa kita diampunkan. wallahua’lam.

    Reply
  • annassul firdaus 5 November 2013 at 2:50 AM

    ia memberi info yang menarik..segala maklum balas dr awak saya hargai dan mengucapkan berbanyak terima kasih..salam perkenalan dari saya

    Reply
  • kakiblog 5 November 2013 at 1:59 AM

    ya..salam maal hijrah dari admin kakiblog

    Reply
  • OH Ping Blog 5 November 2013 at 1:37 AM

    salam maal hijrah….
    semoga tahun baru nie beroleh barakah

    Reply
  • Joe 4 November 2013 at 10:44 PM

    Salam Maal Hijrah… Cuti ke bro?

    Reply
  • TehR 4 November 2013 at 8:29 PM

    SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA
    moga2 kita sentiasa mendapat rahmayNya
    dunia dan akhirat

    Reply
  • makwardah 4 November 2013 at 7:42 PM

    Terimakasih. Perkongsian yg baik.

    Reply
  • jebateja 4 November 2013 at 5:51 PM

    Selamat Meyambut Tahun Baru Hijrah Bro….ini baru tahun baru kita….kan….

    Reply
  • azura 4 November 2013 at 5:45 PM

    salam maal hijrah Hazmin…

    Reply
  • wir 4 November 2013 at 5:25 PM

    salam hazmin….selamat menyambut tahun baru maal hijrah ye…

    Reply
  • Mieya Atiera 4 November 2013 at 3:33 PM

    Salam Maal hijrah juga buat Bro dan keluarga 🙂

    Reply
  • Farid Adam 4 November 2013 at 2:47 PM

    Salam maal hijrah. Semoga tahun depan lebih baik daripada tahun yang lepas

    Reply
  • onlajer 4 November 2013 at 1:27 PM

    Ya selamat menyambut Maal Hijrah bro

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Tiada Apa Yang Menarik

By Hazmin Hamudin

Senarai 49 Pertubuhan Kongsi Gelap Di Malaysia

By Hazmin Hamudin

Tidak Sensitif Gempa Bumi Di Aceh, KFC Thailand Mohon Maaf

By Hazmin Hamudin

Selamat Tahun Baru 2019

By Hazmin Hamudin

Menang Tender

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in