• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Pandangan / Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta

Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta

By Hazmin Hamudin | 9 May 2012 | 4 Comments

Terjun Jambatan Kerana Cinta

Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta. Kenapa orang sanggup mati kerana putus cinta? Kadang-kadang aku rasa cinta ni pelik. Kerana cinta kadang-kadang manusia itu mampu untuk bertindak di luar jangkaan dan ada kalanya boleh mendatangkan bahaya.

Adakah kita sanggup mati kerana cinta kepada insan yang belum pasti menjadi suami ataupun isteri kita? Seharusnya kita tidak perlu terjerat oleh perasaan cinta yang sebegitu sehingga sanggup menggadaikan nyawa apabila kecewa. Motifnya hanya kerana KECEWA.

“Saya tak boleh hidup tanpa awak. Saya boleh mati kalau awak pergi. Saya tak tahu macam mana nak hidup kalau awak tinggalkan saya.”

Begitu hebatnya penangan cinta hingga ada yang sanggup mati kerana cinta sesama manusia. Sehinggakan ada yang ingin terjun jambatan, sanggup gantung diri, minum racun dan bermacam-macam lagi setelah dikecewakan. Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki di Pulau Pinang sehingga sanggup bertindak untuk terjun jambatan.

“Ketika saya mendekatinya, dia menjerit sambil berdiri di tepi jambatan untuk terjun.

“Saya hampiri lelaki itu dan cuba memujuk sebelum dia meminta saya hubungi bekas kekasihnya bagi memaklumkan tindakannya itu.”

Itu kata Ho Leng Hong, 24, saksi kejadian yang berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 7.8, menghala ke Butterworth di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lelaki terbabit berusia 20-an dari Taman Merak, Simpang Ampat, dekat sini, cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang selepas kecewa akibat putus cinta.

Ho berkata, sebelum kejadian dia dalam perjalanan ke Kulim, Kedah dan mendapati orang ramai berusaha menyelamatkan seorang lelaki yang berdiri di tepi jambatan.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • cintailah cinta 29 May 2012 at 3:35 PM

    cinta tak pernah pelik, orang yang bawa cinta cinta tu yang pelik. cinta adalah rasa yang dianugerahkan oleh Allah kepada makhluknya supaya bersatu dan memakmurkan kehidupan di muka bumi. bawa cinta dengan akal, bukan hancur kerana kecewa dengan cinta. cintakan akan membawa manusia ke syurga, bukan ke jambatan, bangunan tinggi atau racun tikus….

    Reply
  • Tieah Madian 9 May 2012 at 10:40 PM

    Rasanya orang macam ni meletakkan cinta kepada manusia itu pada satu tempat yang tertinggi dan utama.. Cintailah yang Maha Mencintai..

    Reply
  • Jebeng Otai™ 9 May 2012 at 8:36 PM

    pergh..x berbaloi nk wat camtu sbb pompuan..

    Reply
  • akubiomed 9 May 2012 at 12:50 PM

    Bukan penyelesaian yang bijak. 🙁

    Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Dato’ Fazley Juara MasterChef Selebriti Malaysia 2012

By Hazmin Hamudin

Tak Pernah Jemu Makan Dekat Sini

By Hazmin Hamudin

Terjun Jambatan Kerana Putus Cinta

By Hazmin Hamudin

iPhone dan Galaxy Tab Diharamkan Oleh Arab Saudi

By Hazmin Hamudin

Menara KL Hilang?

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in