• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Hiburan / Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

Trofi Kemenangan Yuna Dengan Lagu Penakut Di AIM 18 Di Tarik Balik

By Hazmin Hamudin | 23 November 2011 | 14 Comments

Penyanyi Yuna mengesahkan mengenai penarikan balik trofi Lagu Terbaik menerusi Penakut yang dimenangi di Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) baru-baru ini. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.

Trofi Yuna Ditarik Balik

“Ya ia benar. Tetapi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyukai lagu tersebut,” ujarnya.

Dalam ruangan Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan. Trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain  yang memenangi dalam kategori Lagu Pop Terbaik.

Yuna dalam satu mesej lain di laman Twitter memberitahu dia tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dan memohon supaya ia diajukan kepada pihak penganjur iaitu RIM dan AIM.

Trofi Kemenangan Yuna Ditarik Balik

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • titan 25 November 2011 at 2:42 PM

    even malu ke apa..memang tak patut aim/rim tu buat macam tu. Dah nampak macam aim ni bengong semacam. Walaupun lagu anuar tu lagi best dan sedap..tapi bila dah announce keputuan..1 bumi leh tahu..jadi plak macam ni..aku rasa anuar zain pun rasa macam nak hantuk kepala kat dinding.. dia malu, yuna pun malu..

    entahlah..aku tak sangka masih ramai orang bangang sekarang nih..ingatkan semua bijak-bijak..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 25 November 2011 at 3:08 PM

      Abis terjejas kredibiliti AIM tu.. Anuar Zain pun malu nak ambik hadiah tu daripada Yuna. Inikan pulak Yuna yang terpaksa serahkan semula anugerah tu. Memang hebat betul drama AIM kali ni.

      Reply
  • puanbee 24 November 2011 at 10:30 PM

    kesian yuna ..huhu ..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2011 at 10:31 PM

      tu la.. malu je dia kan.. nasib la dia tak saman AIM tu

      Reply
  • chii 24 November 2011 at 1:51 PM

    chii sendiri x pernah dgr lagu penakut..tp yg chii tau..Qi suka lagu penakut..eheheh..lagu kekasih hati la katakan :p

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2011 at 4:11 PM

      Tu la.. Mcm mana nak dpt lagu popular kalau ramai yg tak tahu lagu penakut ni kan.. Kalau sebut lagu anuar zain tu, confirm la ramai yg tau..

      Reply
  • ch000tz 24 November 2011 at 11:21 AM

    terima jer lah hakikat….dah gi london doesn’t mean dah hebat!

    tgk FBholic punya hal plak: http://ch000tz.blogspot.com/2011/11/facebookholic.html

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2011 at 11:32 AM

      Ikutkanpun bukan salah yuna.. Salah dari pihak penganjur yg tersilap kira.. Yuna cuma naik pentas ambik trofi je.. Benda ni tak berpihak mana mana pihak, cuma kredibiliti AIM dah tercalar la.

      Reply
  • cikgu naman 24 November 2011 at 10:56 AM

    AIM..AIM..benda macam ni pun boleh jadi..ingat peringkat kampung punya anugerah ape..hehe

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2011 at 11:30 AM

      Anugerah ‘professional’ industri muzik dah tercemar dgn terjadinya benda mcm ni.. Pemenang plak jd mangsa keadaan plus dapat malu..

      Reply
  • suri 24 November 2011 at 9:40 AM

    lgu yg dipertandingkan mmg bagus cuma rzki tiada

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2011 at 11:29 AM

      Yuna muda lg.. Banyak lg masa untuk dia.. Mana tau 2 3 tahun nanti nama dia gah pulakkan..

      Reply
  • Fitrihadi 24 November 2011 at 1:11 AM

    takpe ar.. bukan rezeki dia kot.. dan lagu anuar zain tu lebih deserve it sebab terbaik.. lepas ni boleh cuba lagi..
    .

    Reply
    • Hazmin Hamudin 24 November 2011 at 11:27 AM

      Mungkin lagu yuna tu berkualiti, tp belum dpt tarik perhatian pendengar.. Ramai yg tak tau lagu penakut tu..

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Penangan SEO Live Streaming Malaysia vs Indonesia Piala AFF Suzuki

By Hazmin Hamudin

Senarai Jalan Ditutup Sempena Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia

By Hazmin Hamudin

SPA Ikan Di ‘Tagal’ Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau Sabah

By Hazmin Hamudin

Rindu Nak Menulis Blog

By Hazmin Hamudin

Restoran Mee Tarik Warisan Asli Bandar Baru Bangi

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in