Sudah beberapa bulan aku terpaksa membiasakan diri tanpa jam di tangan akibat jam sedia ada telah rosak. Bukan rosak dari segi mekanikal, tetapi cermin telah retak dan terpaksa di hantar untuk diperbaiki. Jam bagi aku adalah suatu keperluan yang perlu ada sebab masa itu sendiri memang sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Setelah beberapa lama melakukan tinjauan dan kajian di internet, akhirnya aku memutuskan untuk membeli sebuah jam daripada jenama G-Shock keluaran Casio ni.
Rasanya semua orang tahu akan ketahanan jam model G-Shock ni tak kira apa model yang dikeluarkan. Dulu-dulu memang aku tidak pernah terfikir untuk membeli jam jenama G-Shock ni kerana sedia maklum dengan harganya yang mahal. Bila dah bekerja ni, dapatlah jugak kumpul duit untuk membeli jam G-Shock untuk merasa sendiri kelebihan jam ni.
Jenama skateboard iaitu GLOBE telah berkolaborasi dengan Casio untuk mencipta model ekslusif iaitu GLOBE x Casio G-Shock GRX5600GE-1. Jam ni merupakan edisi terhad (limited series) keluaran Casio. Jam yang berilhamkan tentera ini mempunyai ciri-ciri Tide/Moon graphs, sistem pengecas solar (TOUGH SOLAR) dan pelbagai ciri menarik yang lain. Nak terangkanpun aku tak berapa faham lagi ciri ciri jam ni. Lepas ni bolehlah aku tengok fasa-fasa bulan dekat jam ni. Hehe.. Fungsi yang menarik dekat jam ni adalah Full Auto EL Backlight with Afterglow di mana kita boleh setting lampu jam ni untuk bernyala secara automatik apabila berada pada darjah yang berbeza apabila berada di tempat gelap. Korang faham tak? Kalau tak faham boleh Google. Hehe..
Body G-Shock GRX5600GE-1 adalah bersarungkan body matte black ataupun hitam mati. Tali jam adalah jenis Resin dan terdapat tulisan ‘GLOBE United by Fate’. Apa yang menarik perhatian aku pasal jam ni juga adalah LCD jam ni yang berwarna merah dan juga menggunakan konsep reverse LCD. Mesti lagi sekali korang tak faham apa itu reverse LCD kan. Kalau tak faham silalah tanya kepada uncle Google yang sedia membantu pada bila-bila masapun. Cuma satu masalah adalah reverse LCD sukar dilhat di tempat yang terang atau di bawah matahari. Mungkin ini merupakan konsep tentera yang diterapkan pada jam ni bagi mewujudkan ciri-ciri ‘stealth‘.
Bahagian belakang G-Shock GRX5600GE-1 terdapat logo GLOBE tanda kolaborasi antara Casio dan juga GLOBE menambahkan lagi ciri-ciri ekslusif pada jam ni. Mungkinkah selepas ni aku akan mula menjadi pengumpul jam G-Shock keluaran terhad sebagai hobi baru? Kalau ada duit lebih apa salahnya kan. Lagipun model-model jam G-Shock ni tidaklah semahal jam jenama Eropah yang lain untuk dibuat koleksi peribadi. Kira aku berpuas hatilah dengan harga dan ciri-ciri yang ada pada jam ni. Kalau lepas ni berjaya sambar jam G-Shock yang lain, bolehlah aku buat entri lagi. Tunggu jela jam apa yang akan aku beli pulak lepas ni kan.
TECHNICAL SPECIFICATIONS
- Tough Solar Power
- Shock Resistant
- 200M Water Resistant
- Full Auto EL Backlight with Afterglow
- Moon Data (moon age of the specific date, moon phase graph)
- Tide Graph (tide level for specific date and time)
Preset tide sites: 100 (global) - World Time
31 times zones (48 cities + UTC), city code display, daylight saving on/off - 4 Daily Alarms and 1 Snooze Alarm
- Hourly Time Signal
- 1/100 second stopwatch
Measuring capacity: 59’59.99”
Measuring modes: Elapsed time, split time, 1st-2nd place times
Countdown Timer (TR1)
Measuring unit: 1 second
Countdown input range: 5 seconds to 99 minutes 55 seconds (5-second increments and 1-minute increments)
Other: Auto-repeat Function (Timer-to-timer, 5 repeats)
Countdown Timer (TR2)
Measuring unit: 1 second
Countdown input range: 5 seconds to 99 minutes 55 seconds (5-second increments and 1-minute increments)
Other: Auto-repeat Function (Timer-to-timer, 5 repeats) - Full Auto Calendar (pre-programmed until the year 2099)
- 12/24 Hour Formats
- Button operation tone on/off
- Accuracy: +/- 15 seconds per month
- Battery power indicator
- Power saving function
- Storage battery: Solar rechargeable battery
- Approx. battery life: 11 months on full charge (without further exposure to light)
- Module 3216/3223
Size of case/total weight
GRX5600 48.9 x 42.8 x 13.4mm / 57g
Sumber gambar: forum.watchuseek.com
Yeke ok2 tq bro bkan ape dh pkai 1thun lbih thu pakai je
Xpenah nk setting2 pn hehe..cuma bru2 ni nombor&jarum jam dh xsama,mungkin ade trslah tekan.
Takda masalah bro.. Saya pun baru nak merasa pakai G-Shock ni. Dalam jam ni takda setting untuk Malaysia, kena pilih time zone yang sama. Yang terdekat Singapore je la.
Salam bro nk tnya klau GA100 nk setting kod negara untuk Malaysia ape ek?tq…
Alamak bro.. Saya pun baru je lagi pasal G-Shock ni. Kalau takda Malaysia, boleh guna time zone yang sama macam Singapore dan Hong Kong
Tak pernah lagi merasai kehebatan g-shock ni..tahniah kerana hasil simpanan dah berjaya untuk membeli jam ni..hehe
NOHOROM STYLO GILA!!
Runner marathon macam ko kena angkat jugak ni satu.. Kih3
haha jam ni gaya macam berat je. xnak aku pkai masa lari
Mmg G-Syok dapat jam mcm ni… cuma kawe dah bertahun-tahun tak pakai jam tangan… Rasanya sejak ada handphone 😀
Terasa G-Syok pakai jam ni. Hehe.. Jangan lepas ni handphone menggantikan jam tangan pulak dah la.
Wow Casio G-Shock dikuasakan oleh solar. Saya pernah kirim kawan beberapa tahun dahulu beli jam Casio ketika beliau ke Jepun. Sayangnya jam tersebut telah rosak.
Kalau ke Jepun lagi banyak pilihan yang boleh dibeli di sana. Kenapa tak repair je jam tu bro?
Kakak ni kalau yg canggih-canggih pun bukan tahu fungsinya. Beli yg tengok ada masa dan tarikh aje biasanya
Janji boleh tengok jam kan kak.. Hehe.. 🙂
err… tak faham, kalau baca google lagi tak faham hahaha. takper,good for future reference 😉
Hehe.. Takpe, lama-lama nanti mesti faham.. 🙂
Salam. Power ni, berapa RM bro?
Belum cukup power lagi ni bro. Banyak lagi model G-Shock yang hebat. Tapi harga cecah ribu2 la. Yang ni RM500 je
aku guna jam pada hp je
dah banyak tahun dah…
Kalau bateri hp tahan lama, ok je bro nak tengok jam dekat hp. Kalau tak pening jugak.
Omak aiii…den jam yg kilang bg jer…ahakz….ahakz….tak mampu boli mahai2,….ahakz
Jam kilang bagipun ok jugak. Janji ada jam untuk tengok masa bro. Hehe
tahniah bro. hebatlah feature g-shock model ni.
Terima kasih tuan Denaihati. Itulah, sebelum beli kena pilih jugak feature yang menarik. Baru berbaloi dengan harga.
wah…stylo giler G-Shock nie…rasa cam nak beli pulak tapi ade dah ade satu G-Shock gak..cuma patern lama skit laa..hehehe
Regards,
-Strider-
G-Shock model apa bro punya?
memang tak lengkap kalau tak pakai jam, menarik nmpk jam ini, kene dgn gaya pemakainya, kira hadiah birthday la ni ye? 😉
Tu la.. Masa tu sangat bernilai. Sebab tu kena ada jam untuk tengok masa. Hadiah untuk diri sendiri kak. Hehe
aku dah jarang pakai jam tangan sekarang ini
Kurang berminat pakai jam ke bro?
wah handsome gshock tu beli bpe ratus?
Beli RM500.. 🙂
mesti mahal ni. akupun rasa tak best kalau xpakai jam..tp aku lebih prefer jam analog bbding jam digital. jam digital just utk bersukan 🙂
Nak kata mahal tu mungkin bergantung jugak. Hehe.. Ok la sekali sekali beli mahal sikit untuk kepuasan dan kualiti. Lepas ni mungkin cari jam analog pulak..
JR dah lama tak pakai jam, agaknya dah 4 tahun. Cuma bergantung kpd jam di henset…
Handset sekarang ni batt tak tahan lama bro JR. Sebab tu saya kena pakai jam tangan jugak.
wow smartlah jam tuh…pasti lebih segak bergaya lepas pakai jam tuh kan bro…:)
Hehe.. Biasa je bro. Takda la sampai smart bergaya kan. Saja beli untuk kepuasan diri.
sama lah baru beli jam sezen..
Jam ape tu bro? Baru pertama kali dengar.
lama tak pakai jam
hehehe
Ok la tu kalau biasa takda jam kan. Macam saya memang tak boleh 🙂
seb baik x leh pakai jam2 ni. alergik.. jadi gatal2 kat tangan hehehe
Hehe.. Pakai jam tali besipun gatal-gatal tangan jugak ke kak?
salam..wah sy jam hilang mana letak alahai..pasni kena jaga jam no baik2 ya..syg sungguh klu beu beli retak…pecah lgi huu…
Memang kena jaga baik-baikpun jam ni suri. Hehe. Bukan senang nak dapatkan.
wahhhh detailnya cerita pasal jam, teliti betul lah, bagus bagus
Hehe.. Sebelum beli sesuatu barang tu suka selidik dulu kak. Tu abis tau semua detail tu.
hmmm… dah bertahun xpakai jam tgn…
g shock ni mahal laa gak kan?
*kursus kawen yg saya ambil tu, dekat setiawangsa,KL… namanya Mahligai Firdaus.. terkenal jugak tempat kursus tu… nak g amek kursus gak ke? hehehehe
Boleh la. Takda la mahal manapun kan.
Boleh tahan hebat G shock nie..berapa harganya bro.
Sekali sekala keluar duit untuk kepuasan bro.. Harga RM500.
cantik gak jam ni ye…saya peminat g shock gak
Ada koleksi G-Shock ke bro? boleh tahan la jam ni dengan tangan yang kecik. Tak terlalu besar. Hehe
Jangan terpedaya dengan G-Shock. Saya dah pakai sekali. Malangnya jam tu rosak sebab jatuh. Bukan jatuh dari tingkat 30 pun, jatuh dari atas meja. Bila g kedai nak claim warranty dia kata tak boleh sebab terjatuh. Kan pelik tu. Orang dok kata G-Shock tahan walaupun dibaling. Tapi sebaliknya berlaku. Emmm…
Cikgu beli jam G-Shock model yang mana ye? Macam mana boleh tak tahan macam tu. Saya baru pertama kali menggunakan G-Shock. Kena tengok prestasi dia dulu.