• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Gym / Terbeli EZ Bar Curl Pulak

Terbeli EZ Bar Curl Pulak

By Hazmin Hamudin | 28 August 2014 | 11 Comments

EZ Bar Curl

Aku baru je terbeli EZ Bar Curl ni minggu lepas. Penambahan satu lagi peralatan untuk aku senaman sekarang ni. Sebelum ni aku aku dah beli Pull Up Bar secara online – entri Layan Pull Up Bar Dekat Rumah. Memang best kalau ada mini gym sendiri dekat rumah. Boleh senaman sepuasnya.

Kalau sebelum ni aku beli secara online, tapi kali ni aku beli dekat Fitness Concept Mid Valley. Batang bar tu punya la berat aku nak usung dalam Mid Valley tu. Bayangkan kalau beli secara online dah berapa pulak cas untuk penghantaran. Harga? Sebatang besi padu ataupun lebih dikenali sebagai EZ Bar Curl ni berharga RM95. Tu harga dekat Fitness Concept la ye. Boleh je dapat harga lagi murah dekat tempat lagi kalau rajin cari.

Fungsi EZ Bar Curl

Mesti korang nak tahu apa fungsi EZ Bar Curl ni kan. Kalau yang dah tahu tu boleh la komen mana yang tak betul atau ada penambahan lain. Aku pun takda la pakar sangat. Baru nak berjinak-jinakkan dengan dunia besi padu ni. Hehe.

Pasti golongan lelaki pernah terfikir ataupun merasa bangga jika mempunya otot lengan yang menarik. Melatih otot lengan merupakan salah satu latihan kegemaran kebanyakkan orang dan mungkin korang salah sorangnya. Salah satu bahagian lengan yang sering dilatih adalah otot bicep.

Salah satu latihan terbaik untuk membesarkan otot bicep adalah dengan menggunakan EZ Bar Curl. EZ Bar Curl merupakan varian dari barbel yang sering digunakan untuk melatih otot lengan terutamanya otot bicep.

EZ Bar Curl vs Straight Bar

Memang lebih selesa kalau buat senaman bicep menggunakan EZ Bar Curl berbanding Straight Bar. Bentuk melengkung dari bar pada pegangan EZ Bar Curl menyebabkan pergelangan tangan dan lengan berada dalam posisi yang selesa. Tapi sebenarnya kedua-dua bar mempunyai kelebihan yang tersendiri dan target yang berbeza.

Bilalah nak dapat bicep yang diidamkan pun aku tak tahu. Nampak je macam senang tengok orang boleh dapat bicep besar-besar tapi hakikatnya sampai muntah hijau punya seksa. Ambik masa dan perlukan teknik yang betul sebenarnya. Sebab tu no pain no gain orang kata. Kena usaha lebih lagi ni.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Siti travelog 9 September 2014 at 12:08 AM

    Orang rumah pun baru je beli benda ni. Yang 15 kg berat, dia guna sambil baring dan berdiri. Kalu guna masa baring, kena ada alatan lain lagi yg tak tau la apabenda namanya… harga sama je RM 95 jugak beli di Kota Bharu (bar bengkok-bengkok tu)

    Reply
  • Mak lagenda 29 August 2014 at 8:54 AM

    Waaaaaa..abam min main besi dah skrg niii!! Mesti kental2 tubuh lps ni kan. Auwwww…seram nyah!

    Miahahahahahaha..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 29 August 2014 at 10:53 AM

      Haha. Takda maknanya kental mak. saja buat hiasan dekat bilik je benda ni. hahaha

      Reply
  • Mus 28 August 2014 at 3:12 PM

    dah beli kena rajin workout bro.. jangan ponteng!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2014 at 3:13 PM

      Nak harap ni pun tak boleh jugak bro. Kena pergi gym tu yang kena rajin.

      Reply
  • akubiomed 28 August 2014 at 1:49 PM

    Dekat rumah bro ada bent press table tak? Lebih mudah buat senaman mengunakan bent press table.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2014 at 3:13 PM

      Takda bro. Kalau ada memang lagi mudah dan teknik pun jadi betul.

      Reply
  • hafiz 28 August 2014 at 11:58 AM

    wah nanti dah sapa boleh join lelaki spornoseksual..hihihi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2014 at 12:00 PM

      Lain macam pulak istilahnya ni. Takut pulak dengar. haha

      Reply
  • ewanthology 28 August 2014 at 11:29 AM

    sementara semangat tengah berkobar kobar ni…layan je bro…kena rajin exercise.

    ps: bro nak tanya, pomade hari tu beli kat mana? saya cari kat kedai runcit dan aeon tak jumpa la…dan lagi satu pomade yg bro boleh rekomenkan untuk saya pakai supaya tak menganggu aliran air sembahyang di rambut.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 28 August 2014 at 11:44 AM

      Memang kena disiplin disamping semangat yang tinggi kalau nak dapat badan yang cantik. Kalau guna bahan terlarang tu lain cerita. Hehe.

      Pomade saya beli dengan penjual di Instagram bro. Ada banyak sebenarnya yang jual. Kalau nak kedai dekat SS15 Subang ada. Kalau nak yang senang dibasuh bro boleh pakai water based pomade. Memang tiada masalah dengan solat rasanya.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Kekalahan Pertama Manchester United Untuk Musim 2011

By Hazmin Hamudin

Presiden Libya Muammar Gaddafi Disahkan Terbunuh

By Hazmin Hamudin

Makan Tengah Hari Di Restoran Saba’

By Hazmin Hamudin

Wordless Wednesday #11

By Hazmin Hamudin

Syampu Antara Punca Gemuk

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2021 · Genesis Framework · WordPress · Log in