Layan Pull Up Bar dekat rumah. Dah lama sebenarnya aku nak beli Pull up bar ni. Dari hari, bulan bawak ke tahun tak beli-beli jugak. Akhirnya terjebak jugak nak beli. Itupun sebab tengok harganya yang mengiurkan. Terus tertarik nak sambar satu. Kalau tak memang tak beli-beli la chin up bar ni.
Aku beli secara online je Pull up bar ni. Harga? RM33 tidak termasuk pos ye. Hari ni pagi beli esok dah sampai dah. Memang cepat. Tak payah penat-penat nak pergi kedai.
Bab ketahanan nak menampung berat badan yang paling aku risau ni. Batang besi macam tu main sangkut dekat frame pintu je. Silap hari bulan ada yang jatuh tergolek nanti ni bila bergayut. Tu memang mengundang masalah namanya. Tapi bila dah cuba bergayut boleh tahan kukuh jugak. Nak pasang tu kena tengok arahan betul-betul. Langkah keselamatan tu sangat penting. Jangan diabaikan pulak bab keselamatan ni.
Apa fungsi Pull up bar ni? Pull up bar ni aku nak guna untuk senaman bahagian belakang badan. Nampak je macam mudah nak buat senaman guna bar ni. Bunyi senang macam bergayut je. Tapi sebenarnya sangat susah untuk beginner ok. Cuba buat kalau nak tahu macam mana kepayahan senaman pull up ni.
Kalau banyak duit dah lama aku buat home gym ni. Hehe. Hanya mampu berangan jela buat masa ni. Setakat benda simple macam ni pun dah ok dah. Tak payah nak susah-susah bergayut dekat taman. Tiap masa boleh buat dekat rumah je. Makin hari makin bersemangat nak menyihatkan tubuh badan. Haha.
Salam bro. Nk tnya sikit. Kt mna nk order bar tu. Yg slalu aq jmpa kat kdai dlm rm80 ja
Boleh order secara online dekat nile.com.my bro.
ok. tq banyak bro
Harga menggiurkan…..hurm…ayat baru ni…hehehehehe…
nampak mcm tak tahan je ni min. hati2 ye kalo nk guna ni. karang drpd tujuan nak betulkan tulang belakang kang lain plak jadinya kalo terjatuh.
InshaAllah kak. Sentiasa berjaga jugak. Tak boleh over confident yang benda tu stabil. kaki kena standby je untuk landing. Hehe
Wahh bestnyer..
senang ada kat rumah ni bebila masa boleh nak pull up ๐
Chayok2 ๐
Itulah.. Benda dekat rumah senang sikit nak buatkan MJ
sebenarnya aku pun pikir benda yang sama gak..unless kalau drill kat frame pintu tu rasa laa macam kukuh sikit..hehehe
Regards,
-Strider-
Nak drill tu leceh sikit. Haha. Tp hari tu try tak drill ok je. Kalau jatuh tanggung sendiri la. Haha
dah beli ni kenelah rajin bergayut ye ๐
Tu la. Dah ada takkan nak simpan je pulakkan.
Weh, aku je ke semua orang ni? Blog ni font gedabak gila. http://i.imgur.com/FBCgJ6J.png
Betul la weh. Apasal lak jadi besar gedabak ni. Adoi.. Sebelum ni ok je..
Wah… bila dah ada macam ini bangun pagi nak masuk bilik air gayut dulu. Petang boleh gayut lagi, malam kalau free pun boleh gayut lagi. Benda dah depan mata senang.
Itulah kak… Tiap masa boleh bergayut ni. Senang dah ada dekat rumah.
Saya punca telah tinggal di rumah orang tua saya. ๐
Dulu layan jugak ke benda ni bro? Hehe
rasanya untuk kempiskan perut pun okey jugakkan…ingatkan rool untuk langsir tadi..ehehehe
Haha.. Macam rool langsir ke kak?
Tengok pull up bar ni, teringat masa duduk asrama dulu. Time tengah menggila buat chin-up dulu, kat jenang pintu dorm pun jadi. Masa tu tengah musim gusti lengan, so, masing-masing training untuk kuatkan muscle sebelum tournament antara kelas bermula. haha
Sekarang ada lagi tak muscle dekat tangan tu? Haha.
Haah Min, kau tahu Shah Rikh Khan tu rumah dia satu floor memang dia khaskan untuk gym dia. Siap ada trainer lagi Min. Kau buat la macam tu. Best tau Min.
Dia banyak duit. Boleh la buat macam tu. Kalau banyak duit dah lama dah buat gym. Puas hati. Haha