• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar
  • Home
  • Penulis
  • Arkib

Hazmin Hamudin

  • Penafian
  • Hubungi
You are here: Home / Event / Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M

Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M

By Hazmin Hamudin | 17 November 2012 | 49 Comments

Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H 1

Suasana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M. Hari Khamis aku telah menghadiri  Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H/2012M. Majlis telah diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Pagi-pagi lagi aku dah terpacak dekat PICC tu. Selalu tengok dekat tv je macam mana Majlis Sambutan Maal Hijrah ni berlangsung. Kali ni aku dapat saksikan sendiri depan mata bagaimana Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan ni berlangsung. Memang suatu pengalaman yang cukup menarik.

Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H 2

Pada tahun ini, tema Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah dipilih bagi memberi gambaran tentang seseorang individu itu perlu tegas tetapi tidak ekstrim dalam menyelesaikan sesuatu hal yang berkaitan prinsip. Gambaran yang diberikan itu adalah sama seperti bagaimana Nabi Muhammad SAW melakukan transformasi dalam melaksanakan tanggungjawabnya kepada umat Islam semasa melakukan penghijrahan.

Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H 3Kumpulan nasyid Hijjaz turut memeriahkan lagi Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dengan membuat persembahan semasa acara pembukaan. Kumpulan Hijjaz bagi aku memang antara kumpulan nasyid yang terbaik dan masih lagi bertahan sehingga sekarang.

Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H 4

Majlis telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan suasana penuh harmoni. Tempat Datuk Seri Najib berucap tu memang dekat la dengan tempat aku duduk ni. Turut hadir bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Acara kemuncak bagi Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434H/2012 tiba apabila pengerusi majlis mengumumkan nama penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah pada tahun ini. Ia menjadi milik bekas Setiausaha Agung Kehormat kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Allahyarham Tan Sri Datuk Dr Abdul Hamid Othman, 73. Walaupun beliau telah pergi menghadap Illahi, tetapi jasanya kepada negara tetap dikenang sampai bila-bila.

Perhimpunan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1434H 5

Majlis Sambutan Maal Hijrah pada hari itu diakhiri dengan persembahan pantomim di bawah pimpinan pelakon, komposer dan penulis terkenal, Siso. Antara yang terlibat adalah kumpulan Hijjaz dan juga kumpulan daripada UKM dan juga USIM. Memang hebat persembahan diorang ni. Semoga Awal Muharam merupakan pembuka kepada tahun hijrah yang membawa erti sangat besar kepada seluruh umat Islam di dunia.

Comments
  • Post a comment
    Cancel reply

  • Sop 19 November 2012 at 11:50 PM

    meriah,,,
    untuk bro dapat sertai…

    Reply
  • cmratu 19 November 2012 at 5:03 PM

    Untungnya dapat tengok live.. 🙂

    Reply
  • shraqs 19 November 2012 at 3:24 PM

    Wah menarik tu…
    Aku tengok selingan kat TV je..

    Reply
  • sabree hussin 19 November 2012 at 11:33 AM

    tak berkesempatan pulak nak attend majlis ni. Rugi

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 12:23 PM

      Takpe bro, tahun depan boleh try datang.. 🙂

      Reply
  • Hairul Azni 19 November 2012 at 12:48 AM

    Seronok kalau dapat pergi ke majlis macam ni..buat masa sekarang ,saya masih belum berpeluang lagi..

    Reply
  • jebateja 19 November 2012 at 12:02 AM

    Untung le hang yop……den jugak lah tak nenguk….keja manjang….ahakz

    Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain 18 November 2012 at 11:33 PM

    Wah! bagus dapat pegi ehhh… Semoga menambah kan lagi azam tahun baru

    Reply
  • azura 18 November 2012 at 10:00 PM

    sambutan maal hijrah selalu bersederhana itulah yang elok

    Reply
  • ajik 18 November 2012 at 9:47 PM

    salam maal hijrah bro. terima kasih singgah blog.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:53 AM

      Sama-sama bro.

      Reply
  • krole 18 November 2012 at 5:05 PM

    salam maal hijrah~

    Reply
  • Aida Omar 18 November 2012 at 12:06 PM

    Salam Maal Hijrah dan Awal Muharam Hazmin 🙂 bestnya dapat pergi, hazmin pergi under ape eh? ke sendiri2. Untuk tema kali nie wasatiyyah tunggak kesatuan ummah tu memang bermakna berbalik kepada pemerintahan Nabi Muhammad SAW.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:40 AM

      Saya pergi under Lembaga Getah Malaysia.. 🙂

      Reply
  • Mummy Akmar 18 November 2012 at 8:33 AM

    Meriah betul upacara sambutan ni…

    Reply
    • syaifuddin alias 19 November 2012 at 11:58 AM

      sangat meriah kan mummy ? hehe

      Reply
  • mawardiyunus 18 November 2012 at 1:00 AM

    wahhhhhhhh menarik… xpnah join event cmnie

    Reply
  • donnyien 18 November 2012 at 12:55 AM

    sungguh menarik majlis sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan ni..

    Reply
  • fendy 17 November 2012 at 10:45 PM

    PICC..memg best…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 11:02 PM

      Banyak kali pergi PICC ke bro?

      Reply
  • Juan 17 November 2012 at 9:49 PM

    saya x pernah lagi pi majlis mcm ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 11:01 PM

      Bila lagi nak merasa bro? Hehe

      Reply
  • sweetkurma 17 November 2012 at 9:28 PM

    wahhh tahniah sebab dapat meraikan bersama

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:57 PM

      Terima kasih kak.. Mula-mula macam tak semangat nak pergi. Bila dah pergi memang best sangat.

      Reply
  • daddyziyyad 17 November 2012 at 8:53 PM

    Oh, rostrum berucap letaknya ditengah tengah audien..selalu kat depan sekali..

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:56 PM

      Itulah… Penyampaian anugerah tokoh Maal Hijrah juga di tengah-tengah penonton. Bagus juga dibuat mcm ni. Lebih dekat dengan PM kita.

      Reply
  • JR 17 November 2012 at 8:50 PM

    Alangkah baiknya jika Dr Mahathir juga hadir dan diletakkan sebelah Pak Lah Badawi. Barulah nampak kedua-duanya telah berhijrah dari zaman konfrontasi kepada zaman realiti…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:54 PM

      Betul tu bro. Saya setuju kalau Tun Mahathir hadir sekali masa tu sebaris dengan bekas PM…

      Reply
  • wakgelas 17 November 2012 at 8:39 PM

    wak dh lama nak amek gambar foto malam2 kat PICC tuuu.. UHhuuu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:53 PM

      Memang cantik wak PICC malam2… Lepas ni boleh la ambik pic PICC malam2 pulak wak.

      Reply
  • akubiomed 17 November 2012 at 8:35 PM

    Masih lagi tidak dapat melihat hero malaya berbaju Melayu. 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:52 PM

      Hahaha… Takda siapa yang sudi nak ambik gambar saya bro.

      Reply
  • papa mifz 17 November 2012 at 7:35 PM

    bertuah juga kalau dapat aktiviti2 macam nih kan…

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:51 PM

      Bukan senangkan nak dapat merasai suasana macam ni. Best2

      Reply
  • zool 17 November 2012 at 4:27 PM

    memang menarik tu..
    sekali je penah masuk PICC tu

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:49 PM

      Takpa bro, next time boleh try datang lagi PICC ni…

      Reply
  • Nadot 17 November 2012 at 3:53 PM

    tu la pasal..cam menarik n meriah je tengok… colourful je tengok..cantik! 😉

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:48 PM

      Yela.. Semua berbaju melayu berwarna warni. Memang meriah..

      Reply
  • syaifuddin alias 17 November 2012 at 3:29 PM

    meriahnya bro …warna warni yang dalam event ni

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:47 PM

      Dah macam tadika pulak rasa bro cakap macam tu.. Haha

      Reply
      • syaifuddin alias 18 November 2012 at 4:01 PM

        haha..maksudnya bro ..cantik laa tu ..hehe

        Reply
        • Hazmin Hamudin 19 November 2012 at 8:53 AM

          Saja gurau-gurau bro.. Kih3.

          Reply
          • syaifuddin alias 19 November 2012 at 12:00 PM

            haha..eh takpe bro, apa macam hari tu ? memang best berkumpulkan ? haha

            Reply
  • jna 17 November 2012 at 3:00 PM

    WAHHHHH best gilaaaaa wonderful moment everrrr~!

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 10:45 PM

      Memang best pun Jna… Tak sia-sia bangun awal-awal pagi…

      Reply
  • Eizil 17 November 2012 at 1:09 PM

    Macam menarik jer boleh dapat pergi ke majlis sebegini. Owhh DS Najib bukan berucap dari atas pentas ya… 😀 ingatkan atas pentas…

    Salam maal hijrah bro.

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 2:02 PM

      Sebenarnya Majlis ni orang awam pun boleh datang jugak.. DS Najib dan VIP lain duduk di tengah-tengah tempat penonton.. Pentas utama tu untuk buat persembahan je. Hehe

      Reply
  • schaze 17 November 2012 at 12:31 PM

    ramainya org datang
    bertuahnya dapat pergi 🙂

    Reply
    • Hazmin Hamudin 17 November 2012 at 1:18 PM

      Mula-mula macam malas nak pergi. Bila dah pergi rasa best pulak. Hehe.

      Reply

Primary Sidebar

Media Social

  • Email
  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter

Random Post

Urutan Ringkas Peristiwa Israk dan Mikraj

By Hazmin Hamudin

Restoran Mee Tarik Warisan Asli, Sungai Besi

By Hazmin Hamudin

Jangan Jadikan Facebook Sebagai Tempat Melepaskan Perasaan

By Hazmin Hamudin

Google Doodle | Paul Cézanne

By Hazmin Hamudin

Pemuda Tunjuk Cara Jadikan Komputer Seperti iPad

By Hazmin Hamudin

Archives

Copyright © 2025 · Genesis Framework · WordPress · Log in